Pep Guardiola: Prestasi Semasa Arsenal Akan Bawa Mereka Ke 100 Mata

Pengurus Manchester City, Pep Guardiola mezahirkan rasa resahnya dengan prestasi semasa Arsenal yang dilihat akan membawa anak buah bimbingan Mikel Arteta akan mencapai 100 mata pada musim ini.

Arsenal kini lapan mata dihadapan Manchester City selepas anak buah Pep Guardiola sekadar berkongsi mata ketika menentang Everton dan Arsenal juga seri ketika menentang Newcastle United.

Pep Guardiola dalam situasi berjaga-jaga untuk membiarkan skuad kendalian Mikel Arteta pergi lebih jauh di hadapan dalam perebutan kejuaraan kerana dia percaya Arsenal mampu mencapai mata satu abad – satu pencapaian yang hanya City capai pada 2018.

Pengendali dari Sepanyol itu telah memberi amaran kepada pemain Manchester Citynya bahawa mereka perlu memberi aksi ‘hampir sempurna’ sepanjang musim ini untuk mengejar Gunners.

Arsenal terikat dengan keputusan seri tanpa jaringan oleh pasukan tangga ketiga Newcastle United di laman sendiri pada malam Selasa, tetapi itu tidak melegakan Guardiola dan berkata:

“Mereka boleh membuat lebih daripada 100 mata jika mereka mengekalkan konsistensi ini dan kami tidak akan dapat mengejar mereka. Kami harus hampir sempurna dan berharap mereka kehilangan mata.”

“Malam tadi mereka sangat baik. Kami perlu mengurangkan jurang dengan bermain dengan baik dan memenangi permainan.”

“Ini adalah Liga Perdana dan setiap perlawanan adalah sukar. Saya tidak tahu apabila saya diminta untuk ramalan saya, kita akan lihat apa yang berlaku sehingga akhir. Selepas Piala Dunia, banyak perkara akan berlaku.”

Pep Guardiola meramalkan akan terjadi perubahan di Premier League dan segalanya mungkin kerana Premier League adalah liga paling kompetitif di dunia.

“Ada banyak minggu (berbaki) dan banyak yang akan berlaku. Kami belum menamatkan separuh musim. Banyak perkara akan berlaku untuk semua kelab dan pasukan, kita akan lihat.”

“Menentang Everton, kami tidak kecewa atau sedih dengan apa yang kami lakukan. Kami mempunyai margin untuk diperbaiki dan diharapkan kami dapat melakukannya dalam perlawanan seterusnya.”

Bernardo Silva telah menimbulkan keraguan baru mengenai masa depannya dengan mencadangkan dalam temu bual baru-baru ini bahawa dia mungkin akan meninggalkan Etihad pada musim panas.

Guardiola berkata bintang Portugal itu kekal sebagai watak penting bagi juara bertahan itu, tetapi mengulangi bahawa keputusan muktamad terletak pada Bernardo Silva.

“Dia pemain utama, sangat penting di dalam dan di luar padang. Kami boleh bercakap dan berbual dengan baik dan anda sentiasa belajar sesuatu.”

“Dia sangat boleh dipercayai menentang pasukan teratas. Tiada apa yang berubah tentang masa depannya, ia adalah miliknya.”

Untuk Perlawanan menentang Chelsea, Pep Guardiola tidak memandang rendah kemampuan pasukan bimbingan Graham Potter yang dilihat agak huru-hara dan kucar kacir itu.

“Perlawanan yang sukar, lawan yang keras. Diuruskan dengan baik, Stamford Bridge? Apa yang saya katakan tidak penting. Situasinya jika anda pergi ke sangat sukar seperti selalu namun dalam masa yang sama perlawanan yang sukar menanti dalam tempoh dua minggu ini.”

Bermula minggu ini selain Premier League, Piala FA dan suku akhir Carabao Cup juga akan berlangsung dan kedalaman skuad akan teruji.

Disebalik kehandalan, kegilaan serta ketajaman Erling Braut Haaland yang telah menjaringkan 21 gol dalam 15 perlawanan, Arsenal masih berjaya meninggalkan City dengan 8 mata.

Jadi kebimbangan Pep Guardiola sangat berasas untuk memadamkan jurang mata itu mereka memerlukan aksi sempurna dan berharap Arsenal keciciran mata.

BACA:  Pep Guardiola Dah Beri Gambaran City Akan Dapat Gol Seawal Minit Ke-5 Permainan