Pengurus Manchester City, Pep Guardiola menegaskan bahawa beliau tidak akan menjadi pengurus pasukan lawan samada yang baru atau lama di masa hadapan.
Pep Guardiola juga menjelaskan bahawa beliau lebih rela bersara untuk bermain golf daripada menjadi pengurus Manchester United atau Real Madrid.
Bekas pengurus Barcelona itu merupakan calon utama pilihan Alex Fergusan untuk menjadi penggantinya di Old Trafford namun Pep memilih ke Bayern Munich.
TIdak dapat Guardiola maka David Moyes yang menjadi pewaris Ferguson di Old Trafford tetapi tidak kekal lama.
Guardiola: I'd rather play golf than coach Man Utd or Real Madrid pic.twitter.com/HztGQG0a27
— Invincibles49 (Different Knock FC) (@Martinelli14Szn) January 7, 2020
Jika ketika itu Pep memilih Setan Merah adakah mereka akan menjadi pasukan yang tidak terkalahkan? Kalau la kan?
Manchester City akan menentang Manchester United dalam perlawanan separuh akhir Carabao Cup dam City mensasarkan kejuaraan hatrik selaku juara bertahan.
Pep Guardiola membuat kenyataan itu ketika sidang media menjelang perlawanan menemukan dua musuh setempat di bandar Manchester.
“Selepas melatih City aku tidak akan melatih United. Sama seperti aku tidak akan melatih Real Madrid. Tidak akan.”
?| Pep Guardiola when asked if he would ever manage Man United:
‘I will never train them. Like I would not train [Real] Madrid. I will be in the Maldives if I don’t have other offers or on the golf courses.”
— City Chief (@City_Chief) January 7, 2020
Ketika ditanya jika itu satu-satunya kerja yang ada adakah beliau akan terima?
“Aku akan berada di Maldives jika tiada sebarang tawaran. Mungkin bukan Maldives kerana di sana tiada padang golf.”
Semoga tiada yang sentap dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh Pep Guardiola ini yang nyata menghormati kelab yang diuruskan beliau sepanjang kerjayanya.