Perancis Lakukan Aksi Comeback Yang Sungguh Menakjubkan Untuk Mara Ke Final

Sepanyol berjaya melakukan aksi comeback yang sungguh menakjubkan untuk menewaskan Belgium dalam aksi peringkat separuh akhir saingan UEFA Nations League.

Perancis mula ketinggalan pada minit ke-37 permainan, selepas bintang Atletico Madrid, Yannick Carrasco meledak gol untuk menewaskan Hugo Lloris.

Skuad kendalian Roberto Martinez itu dengan segera memperoleh gol tambahan tiga minit selepas itu hasil jaringan bekas bintang Inter Milan, Romelu Lukaku.

Penyerang utama Chelsea itu bijak menewaskan LIoris untuk Belgium selesa mendahului perlawanan 2-0 sebelum tamat aksi babak pertama perlawanan.

Walau sudah ketinggalan dengan kedudu 2-0, Les Bleus langsung tidak tertekan dan masih tetap menunjukkan keinginan untuk menang.

Berbaki 30 minit sebelum perlawanan tamat, Perancis akhirnya berjaya memperoleh gol pertama mereka menerusi Karim Benzema.

Benzema tenang menewaskan rakan sepasukannya di peringkat kelab, Thibaut Courtois, seterusnya berjaya merapatkan jurang gol.

Tujuh minit selepas itu, Perancis berjaya menyamakan kedudukan, selepas Kylian Mbappe tenang menyempurnakan sepakan penalti yang dimenangi oleh Antoine Griezmann.

Segala usaha dan kerja keras Perancis sepertinya akan berakhir dengan sia-sia selepas Romelu Lukaku sekali lagi meledak gol untuk Red Devils pada minit ke-88 permainan.

Walau bagaimanapun, selepas merujuk VAR, pengadil perlawanan membatalkan gol tersebut kerana mendakwa beliau berada dalam kedudukan offside.

Tenang dengan keputusan itu, Perancis berjaya memperoleh gol kemenangan di masa tambahan permainan, untuk mengesahkan kemenangan 3-2 menewaskan Belgium.

Pemain left back AC Milan, Theo Hernandez berjaya meledak gol untuk membawa pasukannya mara ke aksi perlawanan akhir bertemu Sepanyol.

Kemenangan itu secara tidak langsung membawa Perancis untuk mara ke perlawanan akhir saingan UEFA Nations League, dengan mereka selepas ini akan bertemu Sepanyol.

Ia merupakan berita buruk untuk skuad Belgium yang terus menerus kecundang di pentas bola sepak antarabangsa, walau mereka mempunyai barisan pemain terbaik dunia.

Skuad emas Belgium kekal kemarau kejuaraan dengan mereka selepas ini tentunya akan memberi sepenuh perhatian pada aksi Piala Dunia Qatar.

Perancis membuktikan mereka masih lagi kuasa besar dalam dunia bola sepak antarabangsa, dengan melakukan comeback yang sungguh menakjubkan.

Sumber: SPORTbible

BACA:  EURO 2020: AET Perancis 3-3 Switzerland (Pen. 4-5)