Peraturan Baru IFAB Menjelaskan Kenapa Man United Mangsa Ketidakadilan VAR

Rekod kemenangan 4 perlawanan berturut turut Manchester United berakhir di tangan Real Sociedad yang berkunjung ke Old Trafford.

Namun kemengan itu dicapai dengan cara yang agak kontroversi. Di mana pengadil memberikan penalti selepas bola terkena tangan Lisandro Martinez.

Perlawanan dimulakan dengan kedua dua pasukan mengadakan sesi penghormatan kepada kemangkatan Ratu Elizabeth II.

Beberapa penyokong United kelihatan menangis di tempat penonton, manakala penyokong Sociedad mengangkat selendang biru dan putih mereka sebagai penghormatan semasa senyap minit itu.

Tiada muzik pra-perlawanan dan bendera di Old Trafford diletakkan separuh tiang sebagai tanda “penghormatan tertinggi” kelab terhadap Ratu.

“Manchester United berkongsi kesedihan seluruh negara berikutan pengumuman dari Istana Buckingham mengenai kemangkatan Yang Mulia, Ratu,” kata satu kenyataan kelab.

“Kelab mengiktiraf sumbangan besar beliau kepada kehidupan awam, termasuk sukan, baik di sini di United Kingdom, di seluruh Komanwel, dan di seluruh dunia.”

Antony tak beri impak

Pemain sayap yang menjaringkan gol pada debut menentang Arsenal, Antony sekali lagi diturunkan. Dengan Cristiano Ronaldo mengetuai jentera serangan pasukan mereka.

Namun aksi Antony agak tidak mengancam dalam perlawanan ini. Pemain berusia 22 tahun itu bergelut untuk memberikan impak. Kemudian persembahan Man United juga agak turun naik.

Cristiano Ronaldo hanya membuat permulaan kedua di United musim ini, manakala pemain tengah Brazil Casemiro diberi permulaan pertama sejak tiba dari Real Madrid.

Kedua-dua pemain tidak dapat mencetuskan inspirasi untuk United, yang menyaksikan tandukan minit ke-35 daripada Ronaldo tidak dibenarkan kerana ofsaid.

VAR buat kelakar

Sociedad meraih kemenangan mereka pada minit ke-59 apabila pertahanan United, Lisandro Martinez, dihukum secara kontroversi kerana handball.

Bola hanya mengenai lengan Martinez selepas bola melantun dari lutut Martinez. Pengulas perlawanan malah menyatakan bahawa tidak mungkin pengadil yang dianggap antara yang paling berpengalaman di Eropah itu akan memberikan penalti.

Ternyata pengulas silap, kerana selepas pemeriksaan VAR keputusan itu disahkan dan Brais Mendez melakukan sepakan penalti melepasi David De Gea.

Peminat mempersoalkan penalti tersebut. Bagaimana Martinez yang tidak tahu arah bola sebelum sampai ke tangannya kerana melantun pada kakinya, telah dihukum.

Peraturan handball menjelaskan bahawa: Ianya bukan kesalahan jika bola terkena pada tangan atau lengan pemain:

i. terus [bola datang] daripada kepala atau bahagian tubuh termasuk kaki

ii. terus [bola datang] dari kepala atau tubuh termasuk kaki oleh pemain lain yang berhampiran

iii. jika tangan atau lengan pada kedudukan rapat dengan badan dan tidak membuatkan posisi badan melebar.

Berdasarkan penjelasan di atas, itulah sebabnya pengulas perlawanan yakin bahawa ianya bukan satu handball atau penalti.

Dalam situasi Martinez, ianya tertakluk kepada peraturan i. Di mana bola tersebut melantun daripada pahanya dan terus terkena tangan. Martinez sendiri tidak tahu kedudukan bola itu di mana.

Mark Goldbridge menganggap keputusan itu sebagai satu lawak jenaka.

Sambil dia menegaskan bahawa Man United telah dirompak oleh VAR.

Pengulas BT Sport berkata ia tidak sepatutnya penalti, kerana jelas bahawa bola itu terkena kakinya dahulu dan kemudian tangannya. Terdapat peraturan baru untuk situasi seperti itu.

Dalam peraturan IFAB terkini untuk musim 2022/23, peraturan yang mengatakan handball tidak terpakai jika bola mula-mula menyentuh bahagian badan lain sebelum tangan. Jadi ianya tidak dikira handball.

Selain daripada penalti itu, Man United juga harus menyalahkan diri sendiri kerana sangat tumpul di hadapan gol. Mereka ada 15 percubaan ke arah gol tanpa sebarang gol terhasil.

Selepas memenangi empat perlawanan Liga Perdana berturut-turut, United dikalahkan buat kali ketiga dalam pemerintahan bos ten Hag.

Sumber artikel: Axello.net

Baca Juga

Baca Juga