Perbandingan Statistik Salah di Liverpool dan Roma

Mohammed Salah berpindah ke Anfield dalam perjanjian bernilai £37 pada jendela perpindahan musim panas lepas dan jika dibandingkan dengan pasaran pemain hari ini, nilai tersebut sangatlah berbaloi dengan apa yang telah ditunjukkan Salah musim ini.

Pemain antarabangsa Egypt itu telah berjaya menjaringkan 43 gol dalam semua pertandingan bersama Liverpool, dan 31 daripadanya hadir dalam Liga Perdana Inggeris.

Beliau telah menyamai rekod tertinggi jaringan Liga Perdana Inggeris dalam satu musim dan hampir pasti akan meleburkan rekod tersebut dengan liga masih lagi berbaki 3 perlawanan.

Ana dulu asal Roma tau!

Takdir yang menentukan pertemuan yang tak disangka takdir jua menentukan perpisahan. Salah ditakdirkan bertemu kelab lamanya Roma.

Salah dan rakan sepasukannya kini dalam persiapan untuk menghadapi perlawanan separuh akhir Liga Juara-Juara Eropah menentang AS Roma Selasa ini.

Marilah mari pergi mengundi tunaikan kewajipan pada negara. Sebelum mengundi marilah kita melihat statistik Salah ketika bersama Rona dan kini bersama Liverpool.

Gol

Jaringan gol Salah ketika dua musim bersama Roma hanya 34 gol dan kini belum habis semusim di Anfield Salah sudah mencetak 43 gol.

Di Liverpool ana jadi mesin cetak gol berprestasi tinggi.

Roma

Penampilan : 83
Gol : 34
Ratio : 193.6 minit/gol
Percubaan : 192
Percubaan tepat : 83

Liverpool

Penampilan : 47
Gol : 43
Ratio : 89.3 minit/gol
Percubaan : 176
Percubaan tepat : 86

Selepas 46 perlawanan perlawanan bersama Liverpool, Salah sudah melakukan 176 percubaan hampir sama dengan 192 percubaan ketika dua tahun di Roma.

Dari segi percubaan tepat bersama Liverpool Salah sudah melakukan 86 dan bersama Roma hanya 83.

Assist

Selain menjaringkan gol, Salah juga berkemampuan melakukan bantuan gol dan juga mencipta peluang.

Selain mencetak ana boleh laminate dan binding sekali.

Roma

Assist : 18
Cipta peluang : 163
Ratio cipta peluang : 2.2 per perlawanan

Liverpool

Assist : 13
Cipta peluang : 82
Ratio cipta peluang : 2 per perlawanan

Bantuan gol dan peluang dicipta bersama Roma selama dua musim lebih tinggi berbanding di Liverpool hampir semusim jew.

Dribbles

Bagi pemain yang kreatif seperti Salah sudah semestinya sentiasa mahu melakukan dribble sebelum membuat bantuan gol atau mencipta peluang.

Roma

Dribble sempurna : 120
Ratio : 1.6 dribble / 90 minit

Liverpool

Dribble sempurna : 106
Ratio : 2.6 dribble / 90 minit

Kadar kejayaan Salah melakukan dribble meningkat dari 43.3 peratus ketika bersama Roma kepada 59.2 peratus bersama Liverpool.

Nyata kini Salah merupakan ancaman teruk kepada Roma kerana belum habis semusim bersama Liverpool, statistik yang di catat hampir menyamai statistik selama dua musim bersama Roma dan ada yang sudah lebih baik.

Baca Juga

Baca Juga