Perbelanjaan Pembelian Pemain Liga China Mengatasi Liga Perdana Inggeris

Jendela perpindahan Liga Super China telah ditutup pada 28 Februari, dengan beberapa nama besar dan nama yang pernah besar telah membawa haluan ke negara Tembok Besar tersebut. Wang ditabur bagaikan dedak buat sang ayam, kontrak gaji berganda-ganda ditawarkan dengan sewenang-wenangnya menjadikan Liga Super China sebagai destinasi untuk mengumpul duit pencen buat ramai pemain bola sepak dunia.

Antara nama yang dikenali berpindah ke Liga China ialah Hulk, Oscar, Obi John Mikel, Paulinho dan ramai lagi. Secara totalnya, kelab Liga Super China telah berbelanja sebanyak  £331 juta (RM1.82 billion), jauh mengatasi perbelanjaan kelab-kelab Liga Perdana Inggeris,  £215 juta(Rm1.18 billion) pada musim sejuk lalu.

Hulk dengan bersahaja menjaringkan gol di China. Nasib baik dia tak datang Malaysia.

Walaubagaimanapun, jendela musim sejuk bukanlah jendela utama perpindahan pemain di England memandangkan liga sedang berlangsung dalam tempoh tersebut, dengan jendela musim panas menjadi pilihan untuk pasukan berbelanja membeli pemain baharu.

Pada musim panas yang lalu, kelab-kelab Liga Perdana Inggeris telah berbelanja lebih daripada £1 billion (RM5.5 billion), dengan kelab di tangga keenam memecahkan rekod dunia apabila membawa pulang pakar dab, Paul Pogba dari Juventus dengan harga £90 juta (RM495 juta).

Berikut adalah senarai 10 perpindahan termahal Liga Super China setakat ini.

Tiada Tevez dalam senarai ini. Apa Tevez sudah pulang ke Argentina seperti biasa? Sumber gambar : Transfermarkt.co.uk

Ini pula perbandingan perbelanjaan musim sejuk Liga Super China dan beberapa negara di eropah.

Gambar : BBC

Baca Juga

Baca Juga