Pergaduhan Penyokong Melaka dan Negeri Sembilan

MELAKA: Provokasi melampau menyebabkan berlaku pergaduhan antara penyokong Melaka United dan NS ketika aksi perlawanan memasuki minit ke-70 perlawanan di Stadium Hang Jebat, malam ini.

Insiden tolak menolak diikuti beberapa penyokong bergelut antara satu sama lain di bahagian kanan belakang gol NS itu yang kelihatan sukar dikawal dan dapat dilihat dengan jelas dari tempat duduk utama stadium.

Pergaduhan Penyokong Melaka dan Negeri Sembilan

Bagaimanapun situasi terbabit berjaya dikawal pasukan keselamatan walaupun aksi perlawanan sedang rancak berlangsung. Namun situasi kembali tegang apabila penyokong NS tidak dapat meninggalkan stadium selepas kemarahan penyokong tuan rumah yang mendakwa mereka dikasari akibat insiden itu.

Dalam kekecohan itu, sebilangan penyokong dilaporkan terkena batu yang dilontar pihak yang khianat. Sehubungan itu, kira-kira 100 penyokong NS terpaksa dikumpulkan di dalam stadium ketika pasukan keselamatan cuba mengawal keadaan.

Turut berada di lokasi kejadian ialah Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Shaikh Abd Adzis Shaikh Abdullah yang mengerahkan anggota polis mengesan pelaku. Sehingga jam 12.15 penyokong pasukan NS masih dilihat berada di satu sudut dalam stadium berkenaan.

Sementara itu, Shaikh Abd Adzis berkata pihak polis sudah berjaya mengawal keadaan. Sekumpulan penyokong kemudian diiring keluar dengan bas kira-kira jam 12:30 pagi tadi.

Selanjutnya di : Berita Harian

Seorang Penyokong Melaka menenangkan penyokong supaya tidak bertindak balas kepda provokasi pihak lawan dan membalas dendam. Sikap yang patut ada pada setiap penyokong bola sepak.

Gambar Sekitar Stadium Hang Jebat

pergaduhan-penyokong-melaka-dan-negeri-sembilan-1
Polis Mengawal Keadaan
pergaduhan-penyokong-melaka-dan-negeri-sembilan-4
Penyokong Negeri Sembilan Yang Terkepung Di Dalam Stadium
pergaduhan-penyokong-melaka-dan-negeri-sembilan-7
Penyokong Melaka Berhimpun Diluar Stadium Selepas Perlawanan
pergaduhan-penyokong-melaka-dan-negeri-sembilan-6
Penyokong Negeri Sembilan Yang Terkepung Di Dalam Stadium

Baca Juga

Baca Juga