Peristiwa Buat Pep Mula Sedar Arteta Akan Menjadi Pengurus Arsenal

Pep Guardiola telah tampil mendedahkan satu peristiwa yang membuatkan dia sedar bahawa Mikel Arteta akan menjadi pengurus Arsenal apabila dia tidak meraikan jaringan Manchester City ketika menentang Arsenal.

Pep Guardiola dan Mikel Arteta akan mempertaruhkan ilmu pengurusan mereka terhadap satu sama lain ketika Manchester City menerima kunjungan Arsenal di pusingan keempat Piala FA pada hari Jumaat.

Ia akan menjadi pertemuan pertama antara kedua-dua pasukan musim ini, dengan dua perlawanan Liga Perdana dijadualkan pada akhir musim ini. Macam tahu-tahu je perebutan juara antara dua pasukan ini.

Dan menjelang pertembungan Piala FA di Etihad, Guardiola mendedahkan apa yang pernah Arteta lakukan apabila Man City menjaringkan gol menentang Arsenal, sebagai tanda dia ditakdirkan untuk menguruskan The Gunner.

Bercakap dalam sidang akhbar pra-perlawanan pada Khamis, bekas bos Barcelona itu berkata bekas pemain tengah Arsenal itu tidak akan meraikan gol menentang pasukan lamanya semasa menjadi pembantunya di Manchester City.

“Saya berkata banyak kali kepada pemain dan kakitangan saya. Saya mempunyai ramai penolong jurulatih dan saya berkata saya tidak mahu sesiapa yang tidak bersetuju dengan saya. Kami merasakan jika ada pasukan boleh menawarkan dia menjadi pengurus, dia akan pergi,”

“Ia boleh berlaku satu atau dua tahun sebelum ini, ia tidak berlaku. Saya bukan lelaki untuk mengatakan tidak anda perlu kekal bersama saya. Semua orang mempunyai impian.”

“Saya tahu dia pergi ke kelabnya, pasukan yang dia impikan. Dia penyokong, kerana fakta dia bermain di sana, dia adalah kapten di sana. Dia suka kelab itu.”

Pep Guardiola berkata dia sesekali tidak akan menghalang mana-mana pembantunya pergi jika mendapat tawaran menjadi pengurus apatah lagi ke pasukan yang mereka sayangi.

“Saya masih ingat ketika kami bersama di sini apabila kami menjaringkan gol, dia banyak melompat dan meraikan kecuali satu pasukan. Satu pasukan setiap kali kami menjaringkan gol, saya melompat, melihat ke belakang, dan dia duduk di sana.”

“Ia adalah Arsenal. Ketika detik itusaya berkata lelaki itu suka Arsenal.”

“Seperti saya, berlatih di sini atau Barcelona jika saya berlatih sebagai pembantu dan Barcelona memanggil saya, saya akan pergi. Kelab saya. Saya bukan orang yang berkata kekal di sini dan tandatangan kontrak. Orang ramai perlu pergi apabila dia percaya itu adalah yang terbaik.

Pendirian sama Pep Guardiola terapkan kepada pemain, jika mereka tidak gembira bersamanya mereka perlu pergi untuk mendapatkan kebahagian dalam hidup dan percaya Arteta boleh menjadi penggantinya jika dia angkat kaki dari Manchester City ketika mereka masih bersama.

“Kepada pemain saya katakan berkali-kali jika mereka tidak gembira, mereka perlu pergi, hidup terlalu singkat. Terutama pemain. Luangkan masa di tempat yang anda percaya lebih sesuai untuk anda, jika ia tempat yang buruk atau anda tidak menyukainya, pergi.”

“Saya pasti, jika saya meninggalkan City ketika dia masih di sini, dia akan menjadi yang terbaik.”

Arteta telah melakukan keajaiban di Arsenal musim ini, membawa mereka ke puncak carta, lima mata di hadapan Man City di tangga kedua. Pada awal perlantikannya Arteta dicemuh dan dikritik hebat kini berjaya menutup mulut pengkritiknya.

Setelah memenangi Piala FA sebagai pengurus Arsenal pada 2020, pengurus Sepanyol itu akan berusaha untuk mengatasi bekas bosnya dalam usaha untuk merampas semula piala terkenal itu.

BACA:  Guardiola Salahkan Pengadil Dan Anfield