Peristiwa Pahit Hernando Kena Marah Dengan Cristiano Ronaldo

Share on facebook
Share on twitter

Manu Hernando terkenang semula detik pertiwa melibatkan beliau dengan pemain terbaik dunia, Cristiano Ronaldo ketika berada di padang latihan Real Madrid.

Pada waktu itu, Hernando masih bermain untuk pasukan remaja. Tetapi beliau telah dipanggil untuk menjalani sesi latihan bersama pasukan utama Real Madrid musim 2017/18.

Zaman itu Real Madrid dibawah kendalian Zinedine Zidane dan pasukan mereka ketika itu kurang menjadi di saingan La liga.

Tetapi walau tidak menjadi di saingan Liga, Real Madrid ketika itu merupakan pasukan terbaik dalam saingan Liga Juara-juara.

Real Madrid ketika itu muncul sebagai Juara untuk saingan Liga Juara-juara musim itu.

Sebelum aksi perlawanan akhir Liga Juara-juara, skuad Real Madrid menjalani latihan di pusat latihan Valdebebas.

Menurut MARCA, Zidane memecahkan pemain membentuk dua pasukan dan berlawan sesama sendiri sebagai latihan.

Pada waktu itulah Hernando memberi saingan yang keras keatas pemenang lima kali Ballon d’or itu ketika perebutan bola di udara.

Ronaldo jatuh tersembam akibat dari pelanggaran itu. Menurut laporan juga, Ronaldo terus meluahkan rasa marahnya tanpa segan silu.

Mungkin detik kejadian itu akan terus menjadi kenangan pahit untuk Hernando’s sepanjang kariernya.

Hernando kemudiannya memohon maaf kepada Ronaldo dan mereka meneruskan sesi latihan seperti biasa.

Tetapi, itu lah kali terakhir pemain muda itu dapat berlatih bersama pasukan utama Real Madrid.

Zidane kemudian memutuskan untuk memberi peluang kepada pertahanan muda itu untuk diserap ke pasukan utama.

Namun beliau tidak mencapai tahap yang Zidane mahukan dan Hernando kemudiannya dipinjamkan ke Racing Santander Januari lalu.

Hernando melakukan debut tidak rasminya bersama Madrid pada tahun 2017, ketika mereka bertemu Manchester United dalam perlawanan pra musim.

Hernando tidak pernah turun beraksi bersama pasukan Madrid untuk sebarang perlawanan rasmi.

Tidak pasti sama ada beliau mampu atau tidak untuk mempamerkan aksi mantap bersama pasukan barunya untuk merebut kembali hati Zidane.

Pemain berusia 21 tahun itu sudah tujuh kali turun beraksi untuk pasukan Racing dalam Segunda Division.

Dari tujuh perlawanan itu, Hernando telah berjaya menjaringkan satu gol hasil rembatan dari jauh.

BACA:  Six-pack Cristiano Ronaldo Yang Terdedah Dikatakan Fake Oleh Peminat
Share on facebook
Share on twitter