Perjalanan Malaysia Ke Final AFF U-18 Championship 2019

Pasukan Malaysia bawah 18 tahun turun ke keojohanan AFF U-18 Championship 2019 selaku juara bertahan dan selepas melalui perlawanan peringkat kumpulan dan kalah mati, Malaysia ke final lagi.

Diundi berada dalam kumpulan B yang merupakan kumpulan maut yang terdiri daripada Australia, Thailand, Vietnam, Kemboja dan Singapura, Malaysia lepas ke pusingan kalah mati selaku naib juara kumpulan.

Tewas perlawanan pertama kepada Vietnam, Malaysia bangkit untuk menang 3 perlawanan berturut-turut selepas itu dan itu sudah cukup untuk Mara walaupun tewas kepada Thailand diperlawanan terakhir.

Malaysia bertemu Indonesia selaku juara kumpulan A dan berjaya menewaskan pasukan terhebat di bima sakti itu selepas 120 minit.

AFF U-18 Championship 2019 Separuh Akhir : Indonesia 3-4 Malaysia

Kejohanan AFF Bawah tahun bagi tahun 2019 telah memasuki peringkat separuh akhir selepas berakhirnya saingan di peringkat kumpulan.

Elemen tuah membolehkan Malaysia mara selaku naib juara kumpulan B dan ditakdirkan bertemu Indonesia yang merupakan juara kumpulan A.

Malaysia bermula baik dan garang lagi penuh yakin sebaik sahaja wisel ditiup pengadil menandakan perlawanan separuh akhir bermula.

Aiman Afif menjaringkan gol pendahuluan Malaysia pada minit ke-19 permainan berpunca daripada sepakan percuma selepas garang mengasak dari awal permainan sebelum tahap permainan mula menurun.

Selepas itu Malaysia hampir menggandakan kedudukan namun dua percubaan berturut-turut dariapad Azam dan Luqman dinafikan tiang gol dan tindakan susulan dikeluarkan oleh palang pula.

Indonesia terus-menerus menekan pasukan Malaysia selepas ketinggalan David Maulana, Beckham Putra Nugraha dan Amiruddin Bagus Kahfi Alfikri berjaya mengucar-kacirkan Malaysia.

Beckham Putra yang memakai jersi nombor 7 menyamakan gol penyamaan pada penghujung babak pertama untuk memadamkan gol pendahuluan Malaysia.

Sepuluh minit bersambung separuh masa kedua, Luqman Hakim Shamsudin kembali meletakkan Malaysia didepan dengan gol rembatan padu jarak jauh.

Berbaki 10 minit permainan menyaksikan aksi penuh debaran disajikan apabila 3 gol terhasil dalam tempoh 4 minit.

Indonesia menjaringkan dua gol pada minit ke-80 dan 82 hasil jaringan Muhammad Fajar Fathur Rachman dan Muhammad Salman Alfarid untuk berada di depan dengan kedudukan 3-2.

Namun pemain Muhd Muslihuddin Atiq Mat Zahid yang masuk dari bangku simpanan bejaya mendapatkan sepakan penalti dan tenang disudahkan oleh Harith Haiqal Adam Afkar.

Hanya dua minit sahaja Indonesia didepan dan Malaysia kembali menyamakan kedudukan selepas dua kali mendahului.

Kedudukan 3-3 ini kekal hingga tamat perlawanan walaupun selepas tambahan masa kecederaan selama 5 minit dan permainan dibawa ke masa tambahan.

Kekasaran pemian Indonesia mengundang padah apabila sepakan percuma Malaysia Muhammad Mukhairi Ajmal Mahadi berjaya disundul sesedap rasa oleh Harith Haiqal Adam Afkar untuk Malaysia kembali di depan.

Selepas gol itu perlawanan sedikit tegang selepas pemain Indonesia mula koyak kerana mendapat kad kuning kerana terjahan ganas.

Pantas kekoyakan Indonesia sembuh dan mereka tidak putus asa berusaha untuk menyamakan kedudukan sehingga wisel penamat masa tambahan.

Akhirnya Malaysia yang merupakan juara bertahan mara ke final dalam perlawanan yang penuh mendebarkan.

Indonesia kandas walaupun menurunkan Maulana, Dewa, Bagus, Bagas dan juga Beckham.

FT Indonesia 3-4 Malaysia

Mohd Aiman Afif Md Afizul 19′
Beckham Putra Nugraha 45′
Luqman Hakim Shamsudin 55′
Muhammad Fajar Fathur Rachman 80′
Muhammad Salman Alfarid 82′
Harith Haiqal Adam Afkar 84′ 98′

MALAYSIA: 23. Sikh Izhan Nazrel Sikh Azman (GK); 12. Muhammad Aidil Azuan, 5. Harith Haiqal Adam Afkar, 2. Muhammad Firdaus Ramli; 6. Muhammad Azam Azmi Murad, 13. Muhammad Fakrul Iman Naszari, 7. Muhammad Mukhairi Ajmal Mahadi (C), 15. Muhamad Nuh Azlan Syah Mohd Yusof; 20. Mohd Aiman Afif Md Afizul, 10. Luqman Hakim Shamsudin, 18. Mohd Nasip Mohammad Zain.

Subs: 1. Firdaus Irman Mohd Fadhil (GK), 3. Muhammad Wazif Nazarail, 4. Muhammad Azrin Afiq Rusmini; 8. Muhammad Firdaus Kaironnisam, 9. Muhd Muslihuddin Atiq Mat Zahid, 11. Muhammad Faris Kamardin, 14. Ahmad Zikri Mohd Khalili, 16. Muhamad Umar Hakeem Suhar Rezwan, 19. Muhammad Fahmi Daniel Mohd Zaaim, 21. Akmal Hazim Ismail, 22. Muhammad Riezman Irfan Mustafah (GK).

INDONESIA: 21. Ernando Ari Sutaryadi (GK), 2. Amiruddin Bagas Kaffa Arrizqi, 6. David Maulana (C), 7. Beckham Putra Nugraha, 11. Mochammad Supriadi, 13. Bayu Mohamad Fiqri, 14. Muhammad Fajar Fathur Rachman, 15. Muhammad Salman Alfarid, 18. Brylian Negiehta Dwiki Aldama, 19. Alfeandra Dewangga Santosa, 20. Amiruddin Bagus Kahfi Alfikri.

Subs: 1. Muhammad Adisatryo (GK), 3. Mochamad Yudha Febrian, 4. Muhammad Fadhil Aditya Aksah, 5. Theo Fillo Da Costa Numberi, 8. Khairul Imam Zakiri, 9. Sutan Diego Armandoondriano Zico, 10. Rendy Juliansyah, 12. Braif Fatari, 16. Komang Teguh Trisnanda, 17. Saddam Emiruddin Gaffar, 22. Risky Muhammad Sudirman (GK).

AFF U-18 Championship 2019 : Malaysia 0-1 Thailand

Pasukan Malaysia bawah 18 tahun turun untuk perlawanan terakhir kumpulan B dengan penuh tekanan dalam misi mencari kemenangan bagi mengesahkan tempat ke separuh akhir selaku juara kumpulan dengan Australia dan Vietnam masih berpeluang luas untuk mara.

Pasukan bimbingan Brad Maloney gagal mempamerkan aksi sebenar seperti dipamerkan dalam 3 perlawanan terdahulu dan tampak tertekan bertemu Thailand yang gagal mencatatkan sebarang kemenangan dalam 4 perlawanan awal.

Nyata Thailand menguasai perlawanan dan Malaysia barai teruk di separuh masa pertama. Bersambung babak kedua Malaysia bermain sedikit kemas walaupun masih dibawah prestasi sebenar. mUjur penyudah tumpul Thailand menafikan jaringan yang banyak.

Pada minit ke-69 Malaysia dihukum dengan kesilapan penjaga gol yang keluar dan cuba membawa bola ketika ditekan pemain Thailand di padang yang tidak rata dan Sitthinan Rungrueang membuka jaringan perlawanan.

Pemain Malaysia tidak mengalah dan cuba mencari gol sehingga wisel penamat walaupun gol tak kunjung tiba. Kekalahan Vietnam kepada Kemboja membolehkan Malaysia mara selaku naib juara kumpulan B.

Vietnam bangkit mengikat Kemboja dipenghujung perlawanan selepas ketinggalan namun Kemboja menjaringkan gol kemenangan di minit akhir masa kecederaan.

Malaysia akan bertemu Indonesia di Separuh Akhir yang akan berlangsung pada 17 Ogos ini.

FT MALAYSIA 0-1 THAILAND

Sitthinan Rungrueang 69’

MALAYSIA: 1. Firdaus Irman Mohd Fadhil (GK)(C); 14. Ahmad Zikri Mohd Khalili, 5. Harith Haiqal Adam Afkar, 4. Muhammad Azrin Afiq Rusmini; 19. Muhammad Fahmi Daniel Mohd Zaaim, 21. Akmal Hazim Ismail, 8. Muhammad Firdaus Kaironnisam, 16. Muhamad Umar Hakeem Suhar Rezwan; 9. Muhd Muslihuddin Atiq Mat Zahid, 10. Luqman Hakim Shamsudin, 11. Muhammad Faris Kamardin.

Subs: 2. Muhammad Firdaus Ramli, 3. Muhammad Wazif Nazarail, 12. Muhammad Aidil Azuan, 13. Muhammad Fakrul Iman Naszari, 15. Muhamad Nuh Azlan Syah Mohd Yusof, 18. Mohd Nasip Mohammad Zain, 20. Mohd Aiman Afif Md Afizul, 22. Muhammad Riezman Irfan Mustafah (GK), 23. Sikh Izhan Nazrel Sikh Azman (GK).

THAILAND: 18. Thirawooth Sraunson (GK), 2. Phongsakon Trisat, 3. Nitibodin Makot, 5. Kritsada Nontharat (C), 6. Kritsana Daokrajai, 10. Purachet Todsanit, 11. Chatmongkol Rueangthanarot, 12. Thana Isor, 14. Phoochit Petcharat, 17. Thirapak Prueangna, 19. Anatcha Thepsiri.

Subs: 1. Soponwit Rakyart (GK), 4. Chiraphong Raksongkham, 7. Channarong Promsrikaew, 9. Sitthinan Rungrueang, 15. Thanadol Kaosaart, 16. Kritsanapol Booncharee, 20. Jakkrapong Sanmahung, 21. Guntapon Keereeleang, 22. Achitpol Keereerom, 23. Natthawut Paengkratok (GK).

AFF U-18 Championship 2019 : Malaysia 3-0 Australia

Pasukan Malaysia bawah 18 tahun turun menentang Australia sebuah pasukan serba kuat dan lengkap bagi perlawanan ke-4 peringkat kumpulan di Stadium Thanh Long, Vietnam .

Diatas kertas semua memihak kepada Australia yang seawal permainan menekan anak-anak muda Malaysia.

Namun tekanan itu cepat diserap pemain muda apabila berada didepan pada minit ke-17.

Separuh masa pertama Malaysia mendahului 3 gol dua daripanya hasil jaringan Luqman Hakim dan satu dari Azam Azmi.

Luqman Hakim bijak menghidu lalu membuat larian ketika menerima hantaran dari tengah padang dengan kelajuan tak mamou dikejar dua pemain Australia.

Luqman bijak dan tenang menewaskan penjaga gol Australia dengan satu bola chip berputar.

Sepulu minit berselang Azam Azmi mengga dakan kedudukan dengan rembatan volley saat pertama selepas menerima bola dari sepakan penjuru.

Berteriak bola masuk ke gawang dengan rembatan padu teruk.

Pada minit ke-39 Luqman Hakim menjaringkan gol ketiga apabila kelincahan beliau gagal disekat Australia.

Rembatan deras Luqman menyaksikan bola masuk dari sudut sukar.

Babaj kedua bersambung tiasa apa yang mampu dilakukan oleh Australia selain meratap kekalahan ini.

FT MALAYSIA (3)- (0) AUSTRALIA

17′ (Luqman Hakim Shamsudin)
27′ (Muhammad Azam Azmi)
39′ (Luqman Hakim Shamsudin)

Starting XI

MALAYSIA: 1. Firdaus Irman Mohd Fadhil (GK)(C); 14. Ahmad Zikri Mohd Khalili, 5. Harith Haiqal Adam Afkar, 4. Muhammad Azrin Afiq Rusmini; 6. Muhammad Azam Azmi Murad, 8. Muhammad Firdaus Kaironnisam, 7. Muhammad Mukhairi Ajmal Mahadi, 16. Muhamad Umar Hakeem Suhar Rezwan; 9. Muhd Muslihuddin Atiq Mat Zahid, 10. Luqman Hakim Shamsudin, 18. Mohd Nasip Mohammad Zain.

Subs: 2. Muhammad Firdaus Ramli, 3. Muhammad Wazif Nazarail, 11. Muhammad Faris Kamardin, 12. Muhammad Aidil Azuan, 13. Muhammad Fakrul Iman Naszari, 15. Muhamad Nuh Azlan Syah Mohd Yusof, 17. Alan Lagang Keryer, 19. Muhammad Fahmi Daniel Mohd Zaaim, 20. Mohd Aiman Afif Md Afizul, 21. Akmal Hazim Ismail, 22. Muhammad Riezman Irfan Mustafah (GK), 23. Sikh Izhan Nazrel Sikh Azman (GK).

AUSTRALIA: 12. Jackson Henry Sidney Lee (GK), 2. Thomas Kevin Aquilina, 6. Louis Joseph D’Arrigo, 11. Lochlan Dean Constable, 13. Kai Clifton Trewin, 15. Noah Henry Pagden (C), 16. Bradley Gareth Chick, 17. Marco Tilio, 19. Gianluca Angelo Iannucci, 20. Lachlan Ricky Brook, 23. Jai Lenny King-Byrne.

Subs: 1. Noah Paul James (GK), 3. Alec Campbell Mills, 4. Kristian Popovic, 5. Thomas Lachlan Fay, 7. Jarrod Carluccio, 8. Fabian Andres Monge, 9. Harry Pola Mccarthy, 10. Dylan Enrique Ruiz-Diaz, 14. Ryan Francis Goodhew, 18. Kai James Calderbank-Park (GK), 21. Jake John Hollman, 22. Lleyton Andrew Tanabe Brooks.

AFF U-18 Championship 2019 : Malaysia 3-0 Kemboja

Di hari raya terkenang daku pada si dia, kampung yang indah nun jauh di sana, Ayah serta bonda. Namun itu semua tiada dalam fikiran pemain Malaysia bawah 18 tahun.

Anak buah bimbingan Brad Maloney, meneruskan aksi dikejohanan AFF bawah 18 tahun apabila menewaskan Kemboja 3-0 ketika kita semua menyambut Hari Raya Aidiladha.

‪Muhammad Mukhairi Ajmal membuka jaringan dengan satu sepakan lencong cantik sebelum meraikan gol tersebut seperti Cristiano Ronaldo.

Muhd Muslihuddin Atiq menggandakan kedudukan dengan satu rembatan jarak dengan apabila mudah memperdaya penjaga gol Kemboja.

Gol ketiga Malaysia hadir sebelum tamat separuh masa pertama apabila sepakan percuma Muhammad Firdaus Ramli melemaskan penjaga gol Kemboja lagi.

FT MALAYSIA 3-0 KEMBOJA‬

‪Muhammad Mukhairi Ajmal 18’
Muhd Muslihuddin Atiq 38’
Muhammad Firdaus Ramli 45’+2‬

AFF U-18 Championship 2019 : Malaysia 3-1 Singapura

Pasukan Malaysia bawah 18 tahun bangkit dari kekalahan pertama di kaki Vietnam dengan menewaskan Singapura 3-1 di kejohanan AFF U-18 2019 yang berlangsung di Ho Chi Minh City, Vietnam.

Muhammad Firdaus Kaironnisam meletakkan Malaysiua dihadapan seawal minit ke-6 perlawanan sebelum menggandakan kedudukan dengan gol kedua melalui satu sepakan lencong padu pada minit ke-51.

Mario merupakan nama gelaran Muhammad Firdaus adalah anak kepada pemain kebangsaan dan pemain Perlis Muhamad Kaironnisam Sahabudin Hussain.

Malaysia bermain dengan melancarkan serangan bertali arus namun sentuhan penyudah sangat mencemburui, jika tidak pesta gol pasti terjadi.

Terjahan merindui masa(missed time tackle) atau terjahan terlalu awal daripada pertahanan Malaysia nyata menghukum apabila Singapura merapatkan kedudukan.

Namun Luqman Hakim Shamsudin terus mematikan semangat juang Singapura dengan rembatan lencong padu yang gagal ditepis kemas penjaga gol Singapura.

FT MALAYSIA 3-1 SINGAPURA

Muhammad Firdaus Kaironnisam 6’ 51’
Muhammad Zamani Md Zamri 75’
Luqman Hakim Shamsudin 88’

AFF U-18 Championship 2019 : Vietnam 1-0 Malaysia

Malaysia selaku juara bertahan kejohanan AFF Bawah 18 tahun turun untuk perlawanan pertama kumpulan B menentang Vietnam bagi mempertahankan gelaran.

Skuad Malaysia bawah 18 tahun ini dikendalikan oleh Brad Maloney telah diundi untuk berada di kumpulan B yang sangat keras bersama Vietnam, Singapura, Kemboja, Australia dan Thailand.

Vietnam sangat tampak pasukan yang sangat sukar buat Malaysia apabila mengasak bertali arus dan sentuhan penyudah yang liar dalam perlawanan ini namun pemain muda Malaysia tenang menahan asakan.

Berbaki 20 minit permainan barulah Malaysia mendapat rentak dan kembali menyerang untuk mendapatkan gol tetapi tidak ketemui.

Pada minit ke-88, Vietnam mendapat sepakan penjuru yang diambil Vo Minh Trong yang melakukan sepakan lencong yang lemah terus ke gawang mencari tiang dekat(near post).

Umar Hakeem yang menjaga tiang, bocor dengan sepakan yang mengelirukan itu menyaksikan bola terus masuk tanpa rasa melekit.

Skuad kendalian Brad Maloney telah diundi dalam Kumpulan B dan akan bertemu tuan rumah, Vietnam pada 7 Ogos 2019 (Rabu) di Stadium Thong Nhat dalam aksi pembuka tirai sebelum menentang Singapura pada 9 Ogos 2019 (Jumaat) juga di Stadium Thong Nhat, Kemboja pada 11 Ogos 2019 (Ahad) di Stadium Thanh Long, Australia pada 13 Ogos 2019 (Selasa) di Stadium Thanh Long dan Thailand pada 15 Ogos 2019 (Khamis) di Stadium Thanh Long.

FT VIETNAM 1-0 MALAYSIA
Vo Minh Trong 88’

Baca Juga

Baca Juga