Perjalanan Skuad Malaysia Ke Final Kejohanan AFF Bawah 18 Tahun

Perlawanan akhir Kejohanan AFF Bawah 18 tahun antara pasukan kebangsaan Malaysia menentang Timnas Thailand bakal berlangsung di Thuwunna Stadium pada hari ini, Ahad, 17 September 2017 pada jam 7.30 malam waktu Malaysia.

Tiada siaran langsung di kaca Televisyen dari perlawanan peringkat kumpulan sehingga separuh akhir. Jadi pandai-pandai la cari live streaming di Facebook atau Youtube.

Malaysia dan Thailand berada bersama dalam Kumpulan A dan pertemuan peringkat kumpulan menyaksikan kedua pasukan seri sekaligus membolehkan Malaysia juara Kumpulan A dengan perbezaan jaringan.

Ayuh kita soroti perjalanan Malaysia sehingga ke final dengan menyaksikan video yang diambil dengan potato. Terima kasih atas usaha mereka yang menghasilkan cuplikan perlawanan ini.

AFF Championship U18 Match 1 : Malaysia 4-1 Laos

Gol dijaringkan oleh Neymar Kedah dan Hadi Fayyadh masing-masing menjaringkan dua gol dalam perlawanan pembukaan.

Hadi Fayyadh 28′ 90′
Akhyar Rashid 45′ 60′
Bounphachan Bounkong 48′

AFF Championship U18 Match 2 : Malaysia 3-1 Singapura

Skuad Malaysia bawah 18 mencatatkan kemenangan kedua, kali ini Singapura menjadi mangsa dan Hadi Fayyadh terus menggegar gawang.

Masa Penuh : Malaysia 3-1 Singapura

(Zafuan Azeman 58′ Ammar Akhmall Alias 69′ Hadi Fayyadh Abdul Razak 89′)
(Katz Saul Ellison 90′)

AFF Championship U18 Match 3 : Malaysia 3-0 Timor Leste

Malaysia dengan bergaya menumpaskan Timor Leste 3-0. Neymar Kedah, Akhyar Rashid terus mengancam apabila menjaringkan satu gol dan membuat satu assist.

Masa Penuh : Malaysia 3-0 Timor Leste

Akhyar Rashid 8′
Nurfais Johari 56′
Saiful Iskandar Adha Saiful Azlan 90′

AFF Championship U18 Match 4 : Malaysia 2-0 Kemboja

Malaysia mengesahkan tempat ke separuh akhir selepas mencatatkan kemenangan ke-4 dengan mengumpul mata penuh.

Perlawanan terakhir kumpulan, Malaysia bakal bertemu Thailand untuk penentuan juara kumpulan.

AFF Championship U18 Match 5 : Malaysia 1-1 Thailand

Gol pendahuluan Nik Akif Syahiran Nik Mat yang kemudian di samakan Thailand sudah cukup buat Malaysia untuk muncul juara Kumpulan A.

Malaysia bertemu Myanmar di separuh akhir.

AFF Championship U18 Semi Final : Malaysia 0-0 Myanmar

Di separuh akhir Malaysia bertemu Myanmar di mana perlawanan berakhir dengan keputusan seri tanpa jaringan. Malaysia mara ke final selepas menang di penentuan sepakan penalti 5-4.

Malaysia bertemu Thailand di final.

AFF Championship U18 Final : Malaysia vs Thailand

Perlawanan akhir seakan ulangan Final Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 di mana Malaysia tewas 1-0 hasil jaringan sendiri penjaga gol hebat Malaysia.

Semoga skuad bawah 18 tahun negara dapat menebus kembali kekecewaan seluruh rakyat Malaysia.

Baca Juga

Baca Juga