Liverpool mungkin tidak akan berhadapan mencari pengganti yang sesuai untuk mengendalikan pasukan itu pada masa hadapan apabila Jurgen Klopp meninggalkan Anfield pada masa hadapan.
Klopp masih lagi terikat dengan Liverpool sehingga musim panas 2026. Ini bermakna pakar taktikal dari Jerman itu sudah mengendalikan kelab Merseyside itu selama 11 tahun pada ketika itu.
Sejak menyertai Liverpool pada 2015, Klopp telah berjaya membawa revolusi dan mengubah sebuah kelab pertengahan liga sebagai pencabar utama kejuaraan di setiap musim.
Sehingga kini Liverpool telah berjaya menjuarai satu kejuaraan Premier League dan satu kejuaraan Champions League.
Over the last 10 years, Liverpool have a lower net spend than Spurs, West Ham and Aston Villa.
Working under those restrictions, Jurgen Klopp has delivered:
π Premier League
π Champions League
π FA Cup
π Carabao Cup
π Super Cup
π Club World Cup
π Community ShieldHeβ¦ pic.twitter.com/BwOTOAzGYE
β The Kop Watch (@TheKopWatch) September 7, 2023
Sebelum ini jurulatih itu pernah memberi bayangan dirinya akan mencari cabaran baharu apabila kontraknya bersama Liverpool berakhir nanti.
βSaya tidak tahu lagi sama ada akan melakukan perkara yang berbeza selepas meninggalkan Liverpool. Saya sentiasa terbuka,β ujarnya pada ketika itu.
Jurulatih berusia 56 tahun itu turut dikaitkan dengan skuad kebangsaan Jerman sebelum ini, namun dikatakan menolak peluang tersebut untuk memberi komitmen kepada Liverpool.
Gerrard kurang sesuai
Calon termudah untuk menggantikan Klopp sudah tentu adalah Steven Gerrard yang dilihat sebagai seorang legenda di Anfield.
Bekas kapten England itu meraih kejayaan bersama Rangers apabila membimbing pasukan itu muncul juara Liga Perdana Scotland buat kali pertama di dalam tempoh 10 tahun.
Stevie Gerrard what a guy 55 Glasgow rangers champions πππ¬π§ pic.twitter.com/A0Y8yQaCcV
β Kimmie irvine (@kimmierfc1690) May 15, 2021
Walaupun demikian, Gerrard kemudiannya bergelut ketika membimbing Aston Villa sebelum dipecat.
Penggantinya, Unai Emery kemudian berjaya membangkitkan kembali pasukan itu sehingga berjaya layak ke pusingan kelayakan Europa Conference League.
Gerrard kemudiannya membawa diri ke Arab Saudi untuk bergelar pengurus Al Ettifaq β pilihan yang dianggap sebagai langkah ke belakang di dalam kariernya.
Perjanjian rahsia Alonso
Seorang lagi calon yang dilihat sesuai adalah bekas pemain tengah, Xabi Alonso yang pernah bergandingan di bahagian tengah pasukan Liverpool bersama Gerrard.
Bekas pemain dari Sepanyol itu beraksi untuk The Reds dari 2004 sehingga 2008 dan turut dianggap wira di kalangan penyokong di Anfield.
Berjaya mendapatkan lesen kejurulatihan di penghujung kariernya sebagai pemain, Alonso kemudiannya dilantik sebagai pengendali Real Sociedad B.
Kontrak Klopp di Liverpool sampai 2026.
Kontrak Alonso di Leverkusen sampai 2026.Suksesor Klopp. pic.twitter.com/XZcnRQJy1n
β γγγγ7-0γ« (@dekkysugi) September 5, 2023
Pada Oktober lalu Alonso dilantik sebagai pengendali kelab Bundesliga Bayer Leverkusen. Walaupun bermula agak perlahan, Alonso kemudiannya berjaya mengubah nasib Leverkusen dengan corak permainan menyerang yang menarik.
Musim lalu Alonso berjaya membawa Leverkusen layak ke pusingan kelayakan Europa League walaupun pasukan itu berada di kelompok bawahan liga ketika diambil alih oleh nya.
Musim ini Leverkusen telah merekodkan 100% kemenangan dalam semua empat perlawanan Bundesliga musim ini di bawah Alonso.
Bayer Leverkusen this season:
4 games
4 wins πͺ
19 goals scored β½οΈ
3 goals conceded π§±
Top of the Bundesliga πIs Xabi Alonso the one to replace Jurgen Klopp?π€ pic.twitter.com/yVQTk0i9e9
β Anything Liverpool (@AnythingLFC_) September 4, 2023
Kejayaan tersebut menyebabkan Alonso mulai dikaitkan dengan kelab yang lebih besar, namun hakikatnya masa depan pemain itu seolah-olah telah ditentukan,
Menurut laporan Sport Bild, Alonso mempunyai perjanjian rahsia atau klausa khas dengan Leverkusen yang membenarkannya meninggalkan kelab itu bila-bila masa sahaja.
Buat masa ini perjanjian tersebyt belum lagi diaktifkan, namun Alonso tidak mempunyai masalah untuk meninggalkan kelab Jerman itu sebaik sahaja Liverpool memerlukannya.