Perkara Paling Keane Kesalkan Sepanjang Kariernya Adalah Beliau Terlalu Baik

Beberapa hari selepas melancarkan serangan bertalu-talu mengecam David de Gea yang melakukan kesilapan ketika perlawanan bertemu Spurs, Roy Keane mendakwa bahawa beliau percaya dirinya terlalu baik kepada orang ketika kariernya.

Bekas ketua pasukan Manchester United itu terkenal sebagai seorang pemain yang sangat bekerja keras dan seseorang yang selalu menggesa rakan sepasukannya untuk memberikan yang terbaik.

Tetapi menurut legenda dari Ireland itu, sebenarnya semua sikap yang dinyatakan itu hanyalah sisi lain dalam kehidupannya dan beliau sangat menyesal melayan seseorang pemain dengan teruk ketika kariernya dahulu.

Beliau menceritakan kepada The Sunday Independent bahawa:

“Ada kala saya terlalu keras dan ada waktunya saya terlalu lembut.”

“Sekiranya satu hari saya kritikal, saya akan kenang kembali karier saya sendiri, dan bagaimana saya berurusan dengan orang, termasuk dari segi pengurusan, dan saya yakin orang tidak akan percaya, tetapi jujur saya katakan kadang kala saya terlalu baik terhadap orang.”

“Orang bukan sahaja tikam belakang saya, bahkan mereka sampai tahap tikam dada saya depan-depan kerana saya terlalu baik kepada mereka.”

Keane antara pemain yang tidak pernah takut untuk bercakap apa sahaja yang beliau mahu. Paling tidak boleh dilupakan, kerjaya gemilang beliau bersama setan merah tiba ke penghujung selepas beliau terlalu lantang berbicara dalam sesi temu bual bersama MUTV pada tahun 2005.

Kerana tindakan beliau yang terlalu berani itu, kontraknya ditamatkan dan beliau berhijrah ke Celtic.

Beliau selepas itu menasihati rakan-rakan sepasukannya supaya terus berdiam diri sehingga karier mereka tamat demi untuk kebaikkan karier masing-masing.

“Saya tidak menjauh dari Saipan(insiden yang mana beliau meninggalkan Ireland ketika kempen Piala Dunia 2002) memikirkan, saya tidak percaya semua itu berlaku.”

“Semua orang sama sahaja seperti di Manchester United, mereka sangat baik bila masuk TV dan mereka banyak bercakap serta sangat baik terhadap media, tetapi belakangnya?”

“Mereka semua hanya bersuara selepas 15 ke 20 tahun kemudian, sebab itu saya suruh semua rakan sepasukan saya untuk berdiam diri dan jangan terlalu bersuara seperti saya demi untuk menjaga kebaikkan karier mereka.”

Jelas Roy Keane.

Ketegasan Keane memang jelas dan sukar untuk dinafikan bahawa beliau jenis orang yang mementingkan keputusan yang terbaik.

Lihat sahaja bagaimana beliau menghentam David de Gea dan Harry Maguire secara terang-terangan tanpa berselindung. Apa yang penting teguran beliau untuk pemain itu berubah menjadi lebih baik bukan sekadar disimpan dalam hati menjadi dendam.

BACA:  [VIDEO]: Roy Keane Diserang Dan Ditanduk Penyokong Arsenal Di Emirates