Perkara Penting Dilakukan JDT Yang Wajib Dicontohi Semua Pasukan

AC Milan mengatakan posisi pengarah teknikal/sukan menjadi keperluan terdesak. Terlalu banyak kerja yang harus dilakukan oleh kelab tersebut, Leonardo de Araujo dilantik. JDT pasukan pertama di Malaysia memahami fungsi jawatan ini dengan baik dan perlu dicontohi oleh semua pasukan di Malaysia.

Lantik Pengarah Teknikal/Sukan

Konfederasi Asia dalam buku manual syarat perlesenan menyarankan setiap pasukan melantik Pengarah Teknikal secara sepenuh masa atau separuh masa. Perkara ini diberi tumpuan walaupun belum lagi ditahap wajib atau mandatori.

Pengarah Teknikal perlu mempunyai kelayakan sijil berkaitan tugasan-Sijil Jurulatih A AFC-dan kualiti tambahan seperti bekas pemain bola yang mempunyai pengalaman luas di peringkat profesional. Pengurus dan ahli persatuan yang berkhidmat dengan baik dan lama juga disyorkan.

Pengarah Teknikal bertanggungjawab terhadap beberapa perkara penting dalam perjalanan pasukan seperti:-

  • Membina dan melaksanakan falsafah pasukan
  • Membina struktur program pembangunan pemain belia
  • Menjaga piawaian teknikal
  • Memantau dan menilai semua program teknikal dan pembangunan
  • Pencari bakat
  • Pengurus kepada akademi bola sepak
  • Mengambil dan menguruskan jurulatih yang berbakat
  • Pengurus kepada proses analisis perlawanan

Bagaimanapun jumlah tugasan kerja bergantung kepada keperluan pasukan.

JDT melaksanakan perkara ini dengan melantik Alistair Edward sebagai pengarah teknikal pada Januari 2016.

Alistair Edward kelihatan agak segak- foto Facebook Johor Southern Tiger

Edwards dalam pada itu turut memuji tindakan Tunku Mahkota Johor (TMJ) Tunku Ismail Sultan Ibrahim yang mewujudkan jawatan Pengarah Sukan yang disifatkan satu lagi peringkat profesionalisme yang mahu diserapkan ke pasukan itu- Berita Harian, 10 Januari 2016

“Bagi saya, ia satu lagi platform bagi saya untuk berkongsi pengalaman dan kepakaran saya dengan pasukan yang hebat ini.

“Apa yang TMJ buat sekarang sudah menjadikan JDT sebuah kelab yang paling profesional dan kita sedang menumpukan lebih ke dalam bidang perniagaan, tambahan lagi saya mempunyai Sarjana dalam Pentadbiran Perniagaan (MBA).

“Sebelum ini saya pernah bekerja dengan pasukan kebangsaan Australia. Dengan pengalaman yang saya ada, saya berperanan untuk berkongsi dan melakukannya bersama-sama.

“Saya akan terbabit dalam pemindahan urusan, rundingan dan segala-galanya tetapi pada masa ini kita (JDT) mempunyai ketua jurulatih untuk pasukan, dan itu adalah pasukannya, Jadi peranan saya adalah untuk membantunya hanya dalam pengurusan.”

Tidak banyak pasukan di Malaysia menitik berat keperluan yang disarankan oleh Konfederasi Asia ini. Tidak hairan JDT kelihatan semakin stabil terutamanya membuat perpindahan masuk pemain mengikut keperluan pasukan sejak 2016-2018. Fungsi pengarah teknikal agak membanggakan.

Tetapkan Formasi Asas dan DNA Pasukan

DNA dan formasi JDT bergantung kepada ketua jurulatih sepenuhnya ketika era Cesar Jimenez, Bojan Hodak dan Mario Gomez. JDT bermain dengan formasi 4-4-2/4-4-1-1 direct flow football. Selepas setahun Alistair Edward berada di kerusi pengarah teknikal/sukan, pasukan ini sedang membina DNA polisi kelab.

Pada kebiasaannya jurulatih yang bertanggungjawab menentukan perkara ini. di JDT ia ditentukan oleh pasukan melalui Alistair Edward. Impak perubahan ketika berlaku pertukaran jurulatih diminimakan dan jurulatih yang dilantik perlu sesuai dengan DNA tersebut.

Pada musim 2017 dan 2018 JDT lebih jelas dengan perancangan dengan menetapkan formasi seawal musim. Foto- Johor Southern Tiger

Bermula pada era Benjamin Mora, Ulisses Morais dan Raul Longhi JDT menjadi seperti pasukan Barcelona. DNA pasukan tetap sama dan tidak terjejas walaupun 3 kali bertukar ketua jurulatih.

Ambil Pemain Yang Sesuai dengan Formasi dan DNA Yang Ditetapkan

Pada permulaan musim 2018 pasukan ini mengubah formasi 4-3-3 kepada 4-4-2 (berlian) penyesuaian dengan perancangan membawa kembali Jose Pereyra Diaz dan Luciano Figuroa. Walaupun dengan 4-4-2 (berlian), asas 3 pemain tengah dan 4 pertahanan tidak terganggu.

Apabila Diaz keluar dari pasukan dengan cara yang tidak dijangka dan Figueroa tidak menepati ekspektasi, pasukan ini telah mempunyai pelan ke-2 yang sudah kukuh. Kembali kepada 4-3-3.

Susunan pemain JDT terutamanya pemain tempatan agak efektif dengan pelan formasi asas yang ditetapkan oleh kelab

Kemasukan pemain baharu terutamanya pemain tempatan jelas memenuhi rangka formasi asas pasukan ini.

Lavere Corbin Ong -Fazly Mazlan

Fazly Mazlan bermain secara regular ketika berusia 22 dan 23 tahun. Pada umur sebegini pemain ini adalah untuk jangka masa yang panjang. Menggunakan pemain muda secara keterlaluan boleh memendekkan kariernya. Kemasukan Corbin Ong yang berada di peak age memberi ruang kepada Fazly dirancang untuk 2-3 musim akan datang.

S.Kunanlan-Azrif Nasrulhaq Hisham

Azrif Nasrulhaq dibeli ketika Kunanlan berusia 29 tahun. Azrif 4 tahun lebih muda berbanding Kunanlan. Dalam situasi ketika itu Mahali Jasuli dilihat tidak sesuai untuk berada di posisi Kunanlan. Azrif diambil untuk proses trasisi pemain di pertahanan kanan.

Walaupun transisi tersebut agak perlahan kerana Kunanlan masih lagi berada dalam prestasi terbaiknya, Azrif kekal dalam perancangan pasukan ini dengan memberi sedikit demi sedikit minit permainan kepadanya.

Zafuan Razak/Fadhli Shas-Adam Nor Azlin

Satu lagi pelan transisi yang jelas ingin dilakukan ketika JDT membeli Adam Nor Azlin. Zafuan mengalami kecederaan dan perlu kembali mencari prestasinya, Fadhli Shah agak prestasi agak yoyo. Adam dibeli untuk mengimbangi posisi ini untuk digandingkan dengan Marcos Antonio.

Walaupun dengan pembelian Adam, JDT tetap meletakan Zafuan dan Fadhi dalam pilihan utama. Adam perlu melalui proses trasisi sebelum mendapat tempat.

Harris Harun-Afiq Fazail

Sama seperti Fazly, Afiq juga terlalu muda untuk dijadikan pemain kunci. Afiq dalam kategori pemain masa hadapan walaupun prestasinya agak mengagumkan pada musim 2017. Malahan lebih menonjol berbanding Amirul Hadi Zainal.

JDT membuat keputusan tepat dengan recall dan daftarkan semula Harris Harun untuk mengimbangi posisi tengah bertahan. Amirul Hadi disisihkan meletakan Afiq dan Gary Steven Robbat dalam pilihan.

Shafiq Rahim-Nazmi Faiz Mansoor/Saymeer Kutty Abba

Shafiq Rahim menjadi pemain tulang belakang JDT pada musim 2017. JDT tetap merasakan ada keperluan untuk menyediakan pelan transisi untuk pemain ini. Nazmi Faiz telah dibeli pada musim 2017, lebih menarik JDT mula meletakan lagi pemain untuk memberi cabaran pada posisi tersebut iaitu Saymer Kutty Abba.

Pada penghujung liga 2018 Saymeer, Nazmi dan Shafiq mula digilirkan secara berkala.

Safawi Rashid mungkin menjadi salah satu dari 3 rangkaian penyerang JDT. Hazwan Bakri menjadi pemain simpanan kerap digunakan di posisi penyerang tengah, untuk lebih minit Hazwan kerap digilirkan bersama Safawi.

JDT seperti menetapkan 2 penyerang mereka adalah pemain import dan mengosongkan 1 slot untuk penyerang tempatan.

Rancang Gunapakai Pemain Untuk Semusim

Dalam perjalanan 20 perlawanan Liga Super, JDT berjaya memberi minit kepada hampir kesemua pemain yang didaftarkan. 34 pemain secara keseluruhan, hanya Junior Eldstal, Amirul Hadi Zainal dan Bruno Suares yang tidak mendapat minit. 3 pemain ini diturunakan ke JDT II bagi meraih minit permainan.

JDT memberi minit kepada hampir kesemua pemain yang didaftarkan

Kiko Insa adala pengambilan tengah musim dan dijangka akan mendapat minit permainan dalam baki Liga Super 2018.

Lakukan Transisi Pemain Demi Kesinambungan Pasukan

Dengan dana yang tanpa had pasukan ini tidak terlalu agresif menukar pemain tempatan sejak 2016. Pemain yang dibeli perlu bermula dari proses transisi sebelum disahkan mampu menjadi pemain utama pasukan.

Kelebihan kekuatan dana diguna dengan cara yang betul, pemain dibeli lebih awal dan mempunyai masa 1-2 tahun bagi proses tersebut.

Pelan penggantian Kunanlan-Azrif dan beberapa seksyen lain

Ketika pembelian Azrif, dia adalah pemain utama Selangor. Musim pertamanya bersama JDT, dia hanya diberi sedikit minit permainan dan memasuki musim ke-2 minit permainan ditambah pada kadar yang lebih baik.

Jelas Azrif adalah pilihan kuat untuk pelan penggantian S.Kunanlan. Proses penggantian tersebut dilakukan dengan tidak terlalu agresif sehingga boleh menjejaskan keseimbangan pasukan.

Nazmi Faiz Mansor juga dibawa masuk awal ketika Shafiq Rahim masih berada di prestasi terbaiknya. Apabila Shafiq mula memasuki umur 30an, mengalami kecederaan Nazmi mula diberi ruang. Saymeer Kutty Abba dibeli untuk memberi cabaran perebutan posisi tersebut.

Adam Nor Azlin menjadi pemain muda baru bagi memberi saingan kepada Aidil Zafuan Abdul Razak dan Fadhli Shas. Seperti Azrif, Adam juga perlu bermula dari langkah pertama iaitu menunggu dan dimasukkan perlahan-lahan dalam kesebelasan utama.

Bagaimana dan kenapa proses ini sangat sempurna

Mempunyai pemilik yang kaya boleh membawa kejayaan segera kepada pasukan. Mempunyai pemilik yang kaya dan bijak mampu mengekalkan kejayaan masa panjang dan konsisten kepada pasukan.

Pada permulaan era kebangkitan JDT dalam bola sepak Malaysia JDT adalah pasukan yang membelanjakan banyak wang untuk membawa masuk pemain terbaik.

Dengan kebijaksanaan Tengku Mahkota Johor, pasukan ini membawa masuk beberapa individu yang berfungsi sebagai otak kepada pasukan. Pelantikan Alistair Edward dengan menghidupkan fungsi pengarah sukan/teknikal menjadikan pasukan ini agak stabil.

Selepas 2 tahun fungsi tersebut dihidupkan pasukan ini mengambil langkah seterusnya dengan mengasingkan fungsi pengarah sukan dan pengarah teknikal. Edward sebagai pengarah teknikal dan Martin Hugo Prest sebagai pengarah sukan.

Melihat kepada kelancaran pasukan ini operasi kelabnya, wajar untuk pasukan-pasukan lain mengambil contoh ini. Posisi ini mampu membantu menjadikan hala tuju pasukan lebih jelas. Kos pengarah sukan/pengarah teknikal boleh disesuaikan mengikut kemampuan pasukan.

Baca Juga

Baca Juga