Perkara Perlu Kau Amalkan Untuk Perlawanan Semi Final Bola Sepak Sukan SEA, Malaysia vs Indonesia

Kalau datang stadium untuk perlawanan semi final bola sepak Sukan SEA nanti, ini antara perkara yang boleh kau amalkan.

1. Beli tiket online dan cetak sendiri. Lebih mudah. Harga sama je. Jangan risau kalau tiada kad kredit, kad debit juga berguna, malahan e-banking juga boleh digunakan.

2. Datang awal. Ini bukan macam game Liga Malaysia PKNP lawan PKNS. Yang boleh keluar rumah pukul 8.30 dan masuk stadium 8.59 malam sambil duduk menonton dengan tenang. Ini separuh akhir Sukan SEA, mungkin lawan seteru utama di Asean iaitu Indonesia. Perlawanan tumpuan ni.

3. Bila dah datang awal, parkinglah ditempat meletak kenderaan yang disediakan. Jangan penuhkan tepi jalan dulu. Menyusahkan orang ramai nanti. Tak kesian ke orang lain yang nak lalu lalang terganggu kerana kita pentingkan diri sendiri.

4. Bila dah parking elok-elok, kuncilah kereta tu. Jangan tinggalkan barang berharga. Kawasan parking tu bukan ada orang jaga.

Parking ikut kawasan. Nak betulkan parking pandai-pandai la cover. Foto : ESPN FC

5. Datang awal semata tak cukup kalau masuk stadium lambat. Dah datang awal tu, masuklah awal. Cari tempat paling sedap untuk tengok perlawanan.

6. Jangan berebut-rebut masa masuk. Beratur. Ramai yang bawa keluarga. Kalau bukan kita tunjukkan tauladan yang baik pada generasi kini siapa lagi? Kata nak negara ni berubah dan maju? Mulakanlah.

7. Kalau dah datang lambat, pergilah ke kawasan yang masih kosong. Tertinjau-tinjau pun tiada guna. Pukul 8.00 malam hotspot dah penuh brader. Pukul 4.00 petang lagi orang dah masuk. Stadium kita ni free seating. First come first serve.

Nak seat sedap masuklah awal. Foto : Malay Mail Online

8. Jangan marah pulak brader-brader yang dah letak bendera or mafla dekat kawasan dia. Mungkin kawan-kawan dia pergi solat, makan atau kencing. Ada yang masih dalam perjalanan.

9. Kalau rasa dia tak patut buat macam tu, awak pun buatlah perkara yang sama. Suruh sorang dua kawan datang awal untuk dapat spot sedap.

10. Keyword dia, respect each others.

11. Tolonglah jangan duduk dekat tangga. Orang nak pergi kencing pun payah brader. Bila terlanggar kepala nanti marah pula. Tapi sendiri pilih duduk atas tangga. Tak patutlah. Kata nak ikut Eropah. Lagipun kan dah beli tiket. Duduklah tempat sedap.

Jangan duduk dan bergurau di tangga. Foto : Mirror

12. Selain jangan duduk dekat tangga, tolonglah jangan bersidai di atas terowong atau penghadang besi dekat bawah sana. Kesian orang belakang tengok bontot awak. Budak-budak paling kesian dalam kes ni. Diorang datang nak tengok bola tapi nampak punggung. Aduhhhhh…

13. Tolong jangan pecahkan kerusi kalau marah pun. Vandalisme bukan budaya yang baik.

14. Jangan baling bekas minuman, sambal keropok lekor segala. Kotor baju geng lain nanti. Balik nanti nak bercanda dengan makwe pula.

15. Bang, stadium diwartakan sebagai kawasan larangan merokok. Hormatlah. Undang-undang dah cantik, kalau bukan kita hormati atau patuhi siapa lagi? Tak kesian ke dekat budak-budak yang terpaksa hidu asap rokok abang tu? Lighter pun tak boleh bawa masuk kan?

Stadium merupakan kawasan larangan merokok. Foto : IBTimes UK

16. Vape pun sama bang. Tahan lah kejap. Tak mati kalau tak hisap rokok. Kalau tak tahan juga pergi ke sudut-sudut yang jauh dari orang. Tapi eloknya tak payahlah. Dah ada akta kan? Cuba kena dekat anak sendiri?

17. Last sekali, sokonglah dengan penuh semangat kesukanan. Menang kalah adat permainan sebenarnya. Masa kita jadi tuan rumah ni, raikanlah. Raikan bukan menghina sesiapa. Sukan untuk perpaduan. Bukan perpecahan.

18. Last yang paling last adalah untuk Ultras. Tak payahlah sibuk-sibuk anjingkan orang. Nyanyi untuk pasukan kita je cukup. Orang semua enjoy dan suka apa korang buat. Tapi bila kau anjingkan pasukan lain, orang jadi benci, meluat serta menyampah. Faham tak ni? Dah dewasa kan? Tunjuklah budaya sokongan yang sihat. Pengaruh yang ada tu gunakan dijalan yang benar. Kau boleh jadi penyatu kepada penyokong di Malaysia ni.

Ayuh ke stadium. Sokonglah bola sepak kita, takkan nak harapa Lukaku tengok pula. Akhir kata, bola sepak kita wajah kita.

Bergembiralah.

Penulis

Artikel ini ditulis oleh Shah Rafi untuk diterbitkan di The Sukan.

Sekiranya anda mempunyai artikel untuk dikongsikan. Hantar di sini.

Baca Juga

Baca Juga