Lebih 18 orang penyokong Lille cedera termasuk 3 orang mengalami kecederaan serius selepas penghadang di stadium Amiens Unicorn yang berkapasiti 12 runtuh ketika Lille menjaringkan gol pertama.
Penyokong Lille yang ketika itu ghairah meraikan gol pembukaan dari Fode Ballo-Toure mengalami kecederaan selepas penghadang tempat duduk penonton runtuk yang menyaksikan penyokong jatuh ke tanah dari yang ketinggian 2 meter.
Pihak Bomba, paramedik dan pasukan Palang Merah serta beberapa orang doktor yang berada di stadium bergegas ke tempat kejadian untuk memberi bantuan dan rawatan awal.
Kejadian tersebut membuatkan perlawanan dihentikan oleh pengadil pada minit ke-16 dan ditangguh serta merta.
Laporan dari media Perancis menyebut para penonton yang terlibat dalam kemalangan tersebut berkemungkinan mengalami kecederaan di kaki dan tulang rusuk.
Amiens yang merupakan pasukan tuan rumah telah menulis dilaman Tiwtter rasmi mereka :
“Hati kami sentias bersama mereka yang cedera. Kami berharap kecederaan dialami tidak begitu serius.”