Perlawanan Debut Messi Pecah Rekod Tontonan Tertinggi Dalam Sejarah Ligue 1

Perlawanan debut Messi bersama Paris Saint Germain telah mendapat jumlah tontonan tertinggi dalam sejarah saingan Ligue 1.

Ia merupakan perlawanan yang paling banyak mendapat tontonan dalam sejarah penyiaran TV di Perancis dan jelas sekali ia berpunca dari Messi.

Selepas melengkapkan perpindahan secara percuma menyertai Paris Saint Germain dari Barcelona, pemenang enam kali gelaran Ballon D’or itu akhirnya diberikan debutnya ketika bertemu Reims pagi semalam.

Beliau masuk pada aksi babak kedua permainan dalam perlawanan yang menyaksikan majikan barunya, Paris Saint Germain mencatatkan kemenangan 2-0.

Pada minit ke-65 permainan, Mauricio Pochettino memutuskan untuk mengeluarkan Neymar dan memasukkan Lionel Messi.

Sejak dari Messi memanaskan badan, penyokong di seluruh stadium sudah mula memberikan tepukan yang sangat gemuruh untuknya.

Dan ketika Messi melangkah masuk ke padang, beliau telah disambut dengan penuh meriah oleh semua orang yang hadir tidak kira penyokong PSG mahupun Reims.

Messi sebelum ini masih belum mendapat tahap kecergasan terbaiknya dan kerana itu beliau tidak diturunkan dalam dua aksi perlawanan awal PSG.

Sejak aksi terakhirnya ketika membantu Argentina menjuarai saingan Copa America, perlawanan bertemu Reims merupakan aksi pertama Lionel Messi pada musim ini.

Kerana itu jugalah ramai yang teruja ketika melihat beliau melangkah masuk ke padang, dan melakukan debutnya bersama Paris Saint Germain.

Menurut laporan dari L’Equipe, lebih dari 10.5 juta penonton di Perancis yang telah menyaksikan aksi debut Messi dan ia merupakan rekod baharu Ligue 1 dengan merekodkan jumlah tontonan yang sungguh luar biasa menakjubkan.

Ia bukan perlawanan terakhir liga, bukan juga pertembungan antara dua seteru utama, bahkan bukan juga pertembungan dua gergasi besar dalam saingan Ligue 1, namun ia sekadar perlawanan biasa yang menemukan PSG bertemu pasukan bawahan liga sahaja.

Jelas sekali ia kerana ‘Messi effect’ dan buktinya, rating TV di Sepanyol turut menunjukkan peningkatan yang berbeza berkait jumlah tontonan perlawanan Ligue 1.

Kosmos Holding, syarikat yang dimiliki oleh Gerard Pique berjaya mendapatkan hak penyiaran untuk perlawanan dalam saingan Ligue 1, dan broadcast pertama mereka merupakan perlawanan liga Perancis yang mendapat jumlah tontonan tertinggi dalam sejarah siaran TV Sepanyol.

Secara puratanya terdapat 343,000 penonton dan dua juta tontonan dari penonton di Sepanyol yang menonton di channel Twitch, Ibai Llanos yang mana ia disiarkan secara percuma dan 2.214.000 secara puratanya untuk siaran TV Telecinco.

Secara keseluruhannya, terdapat hampir 6,734.000 tontonan yang menonton aksi debut Messi secara keseluruhannya dan ia merupakan jumlah tontonan yang sangat tinggi.

Ada segelintir penyokong dari Chile, Korea Selatan dan India bahkan sanggup membayar kos tiket khas yang tinggi untuk menonton aksi debut Messi dalam saingan Ligue 1.

Di United Kingdom pula, BT Sport turut mencatatkan keuntungan yang sungguh berlipat kali ganda setelah Messi mula beraksi dalam saingan Ligue 1 pada ketika ini.

Kylian Mbappe menjaringkan dua gol dalam perlawanan tersebut untuk mengesahkan kemenangan 2-0 PSG menewaskan Reims.

Walaupun Messi tidak berjaya mencatatkan assists atau menjaringkan gol, namun beliau tetap berjaya menghiburkan para peminat dengan memasuki padang sahaja.

Bukan hanya penonton, para pemain dari pasukan Reims sendiri turut berasa sangat teruja dengan kehadiran Messi dengan mereka berusaha mencipta kenangan dengan pemain terbaik dunia itu.

Penjaga gol Reims, Predrag Rajkovic memutuskan untuk meminta Messi bergambar dengan anaknya selepas tamat perlawanan tersebut, dengan bintang Argentina itu terus bersetuju untuk melakukan hal tersebut.

Ia merupakan detik indah untuk anak kepada penjaga gol itu, kerana dapat bergambar bersama pemain terhebat sepanjang zaman dan lebih manis lagi ketika debutnya dalam saingan Ligue 1.

Selain Messi, seorang lagi pemain terhebat sepanjang zaman, Cristiano Ronaldo juga sudah melengkapkan perpindahannya menyertai Manchester United.

Beliau sebelum ini menggegar internet ketika berita tentang kepulangan semulanya ke Old Trafford tersebar.

Mungkinkah debut Ronaldo bersama United nanti bakal mendapat jumlah tontonan yang luar biasa? Bincangkan di ruangan komen.

Sumber: SPORTbible

BACA:  Lionel Messi Namakan Empat Pencabar Terdekatnya Untuk Memenangi Anugerah Ballon D'or