Perlawanan Dortmund vs Monaco Ditangguhkan Kerana 3 Letupan

Perlawanan suku akhir Liga Juara Eropah antara Borussia Dortmund menentang Monaco terpaksa ditangguhkan kerana berlaku tiga letupan berhampiran bas yang membawa pasukan Dortmund.

Bas Yang Membawa Pemain Dortmund Mengalami Kerosakan

Dalam letupan itu Marc Bartra telah mengalami kecederaan kerana terkena serpihan kaca tingkap bas yang pecah. Bartra telah dibawa ke hospital untuk rawatan lanjut.

Marc Bartra

Polis Dortmund mengesahkan kejadian ini berlaku di Hochsten kira-kira 6 batu dari Signal Iduna Park. Setakat ini punca sebenar letupan belum diketahui.

Perlawanan telah ditangguhkan dan akan dimainkan semula pada hari Rabu.

Selain Bartra semua pemain Dortmund disahkan selamat.

Baca Juga

Baca Juga