Perlawanan Ligue 1 Dibatalkan Kerana Pemain Marseille Ajak Penyokong Bertumbuk

Share on facebook
Share on twitter

Telah berlaku kekecohan yang sangat teruk ketika aksi perlawanan antara Nice bertemu Marseille dalam saingan Ligue 1 di Allianz Riviera awal pagi tadi.

Kekecohan yang berlaku telah menyebabkan pengadil memutuskan untuk membatalkan perlawanan tersebut.

Nice ketika itu sedang mendahului permainan dengan keputusan 1-0 hasil jaringan dari Kasper Dolberg pada awal aksi babak kedua permainan.

Walau bagaimanapun, perlawanan tersebut telah dicemari dengan insiden pergaduhan besar yang melibatkan para penyokong dan pemain, bermula dari Dimitri Payet dilempar botol ketika beliau mahu mengambil sepakan penjuru.

Bekas pemain West Ham itu bengang dengan penyokong yang melempar botol padanya dan beliau memutuskan untuk melempar semula botol tersebut ke arah para penyokong.

Hal itu telah mencetuskan kemarahan para penyokong yang kemudiannya mula menceroboh masuk ke padang beramai-ramai untuk berkonfrontasi dengan para pemain.

Pengawal keselamatan dan polis bertugas terpaksa mengawal keadaan panas itu dengan suasana mulai panas pada minit ke-75 permainan.

Ketika kekecohan itu berlaku, salah seorang staff Marseille dengan tiba-tiba menghayun penumbuk tepat mengenai muka penyokong, sementara ada penyokong lain yang cuba untuk menyepak Payet.

Pengurus Marseille, Jorge Sampaoli dilihat seperti mulai hilang sabar dan beliau benar-benar mahu memukul para penyokong tersebut.

Keadaan di atas padang jadi benar-benar tidak terkawal dengan para penyokong mulai semakin ramai yang menceroboh masuk ke padang untuk berdepan dengan para pemain.

Para pemain Marseille kemudiannya memutuskan untuk tidak mahu menghabiskan permainan, dan Presiden kelab kemudiannya bertemu dengan pengadil di terowong untuk membincangkan hal tersebut.

Terdapat laporan yang menyatakan bahawa pengadil perlawanan awalnya memutuskan untuk meneruskan baki permainan, dan ketua pasukan Nice, Dante turut cuba meyakinkan pemain pasukan lawan untuk teruskan permainan.

Walau bagaimanapun, para pemain Marseille menolak untuk kembali bermain dengan perlawanan itu terpaksa di batalkan.

Oleh kerana itu, keputusan perlawanan berpihak kepada Nice 3-0 kerana Marseille menolak untuk menghabiskan baki permainan.

Menurut laporan dari Perancis, salah seorang penyokong Nice terpaksa dikejarkan ke hospital kerana mengalami kecederaan teruk, dan tiga pemain Marseille juga dilaporkan mengalami kecederaan.

Amazon turut melaporkan yang Payet terluka dibelakang badannya dan ada beberapa orang rakan sepasukannya termasuk bekas bintang Arsenal, Matteo Guendouzi turut terluka di bahagian lehernya.

Ia merupakan satu insiden yang tak sepatutnya berlaku dan insiden seperti ini tentunya diharapkan tidak akan berulang lagi selepas ini.

Dunia bola sepak sebelum ini sunyi sepi kerana tiada penonton yang dibenarkan untuk masuk ke stadium menonton perlawanan secara langsung.

Kini banyak stadium telah membenarkan para penyokong untuk masuk, namun suasana kecoh seperti ini bukanlah suasana yang dirindui oleh para peminat.

Pemain seharusnya lebih matang mengawal emosi masing-masing dan tidak mempedulikan gangguan dari penyokong apa lagi mengajak mereka bertumbuk.

Tidak dinafikan kena lempar botol boleh mengundang kemarahan sesiapa sahaja, namun reaksi yang ditunjukkan oleh Payet adalah sangat tidak professional dan tindakan para penyokong juga sangat tidak wajar untuk dilakukan.

Sumber: SPORTbible

BACA:  Pemain Ini Kebingungan Diarah Memakai Topi Renang Oleh Petugas Perubatan
Share on facebook
Share on twitter