Perlawanan Man Utd vs Liverpool Ditangguhkan

Perlawanan tumpuan minggu ini antara Manchester United menentang Liverpool yang dijadualkan berlangsung pada 2 Mei 2021 jam 11:30 malam waktu Malaysia terpaksa ditangguhkan.

Penangguhan ini dilakukan kerana isu perlanggaran keselamatan yang dilakukan oleh penyokong Manchester United yang menceroboh masuk ke Old Trafford.

Pihak Premier League telah mengeluarkan kenyataan penangguhan ini melalui laman sesawang mereka premierleague.com dan tidak di war-warkan di media sosial kerana pemboikotan dijalankan.

Keputusan ini diambil secara bersama dari pihak polis, kedua-dua kelab, Premier League dan pihak berkuasa tempatan.

Dalam kenyataan yang dikeluar Premier League telah menyebut:

Keselamatan semua orang di Old Trafford sangat penting. Kami memahami dan menghormati penunjuk perasaan tetapi mengutuk semua tindakan keganasan, kerosakan jenayah dan pecerobohan, terutamanya berkenaan pelanggaran berkaitan COVID-19.

Peminat mempunyai banyak saluran untuk meluahkan pandangan mereka tetapi tindakan minoriti yang dilihat hari ini tidak mempunyai alasan yang kukuh.

Kami bersimpati dengan polis dan pengawal yang harus menghadapi situasi berbahaya yang semestinya tidak mempunyai tempat dalam bola sepak.

Penyusunan semula jadual perlawanan akan diumumkan kemudian.

Tunjuk perasaan tanda protes kepada keluarga Glazer telah menjadi tidak terkawal yang sepatutnya berlangsung secara aman menyaksikan perlawanan sedap minggu ini ditunda.

Protes Anti Glazer Telah Jadi Huru-hara

Penyokong Manchester United telah melakukan protes menentang keluarga Glazer yang merupakan pemilik kelab berhampiran bas pasukan yang diletakkan diperkarangan Hotel Lowry.

Manchester United akan menanti kunjungan musuh zaman berzaman yang juga pasukan penyandang juara yang kecundang, Liverpool di Old Trafford.

Perlawanan ini penting bagi Liverpool untuk memburu slot ke Eropah dan kemenangan diperlukan Manchester United untuk menagguhkan kejuaraan Manchester City.

Jika Manchester United kalah dalam perlawanan ini secara automatik Manchester City akan bergelar juara secara rasmi.

Semua itu tidak diambil peduli oleh penyokong Setan Merah yang membara kebencian mereka kepada keluarga Glazer kerana keputusan perlawanan tidak akan memberi kesan kepada Manchester United.

Lambat laun Machester City akan tetap bergelar juara dan tempat kedua serta perlawanan akhir Europa League juga sudah hampir dalam genggaman.

Protes besar-besaran diadakan dan jumlah mereka yang hadir dijangka akan mencecah 10,000 ribu orang menjelang perlawanan.

Minggu lalu protes ini telah dilangsungkan juga di mana bendera Amerika Syarikat yang merupakan tanah kelahiran keluar Glazer telah dibakar dan sepanduk anti-Glazer dinaikkan.

Pada hari ini satu lagi himpunan dilakukan sebagai tanda bantahan yang boleh dikatakan agak ekstrem di mana suar dibakar secara bersar-besaran di perkarangan Hotel Lowry.

Hotel Lowry menjadi tempat penginapan Manchester United pada hari perlawanan yang berlangsung di Old Trafford.

Hotel Lowry dipenuhi asap merah dari pembakaran suar dan ada yang dilakukan betul-betul di tepi bas pasukan Manchester United sambil lagu dinyanyikan beramai-ramai.

Jika situasi ini berterusan dan bas tidak akan dapat bergerak mungkin akan menggangu jadual perjalanan kerana jalan masuk dan keluar telah terkepung.

Terkini dilaporkan peserta protes anti-Glazer ini telah berjaya menceroboh masuk ke padang Old Trafford di mana perlawanan akan berlangsung sebentar lagi.

Dari perkarangan Hotel Lowry penyokong telah melimpah ke Old Traffor lalu dengan jumlah mereka yang ramai tiada masalah untuk mereka menceroboh masuk ke padang melepasi penghadang.

Adakah perlawanan Manchester United menentang Liverpool akan ditangguhkan?

Sejak Glazer mengambil alih pemilikan kelab pada 2005 kebencian terus hadir kerana keluarga Glazer memperoleh pemilikan kelab secara licik dan keji.

Sejak menjadi pemilik Machester United keluarga Glazer telah mengambil duit kelab lebih daripada £1 bilion dan kelab terpaksa menanggung hutang yang tidak berkesudahan.

Agak berbeza dengan pemilik kelab yang lain yang tidak menyentuh duit kelab dan digunakan untuk membayar hutang serta membentuk pasukan menjadi lebih mantap.

Apa yang dilakukan oleh keluarga Glazer tidak salah sebenarnya kerana kelab milik mereka dan itulah yang tidak disukai penyokong.

Selepas bersaranya Sir Alex Ferguson, Glazer gagal untuk mengekalkan status Manchester United sebagai kelab yang digeruni di Eropah dan terperosok ke Europa League.

Kemuncak kebencian ini selepas Manchester United telah bersetuju menyertai liga haram, European Super League dan menjadi founding club (lebih kurang pengasas).

Keputusan ini merupakan keputusan 100 peratus dari keluarga Glazer yang tidak diketahui oleh pemain, pengurus atau penaja.

Semua yang berada di kelab hanya mengetahui penyertaan Setan Merah hanya melalui media, namun Manchester United telah menarik diri dua hari kemudian.

Joel Glazer meminta maaf dan mengakui ini semua keputusan beliau seorang, Ed Woodward meletakkan jawatan dan kegembiraan buat penyokong Setan Merah.

Namun keluarga Glazer perlu keluar dan Glazer dilaporkan mahu menjual kelab dengan harga £4 bilion.

Hutang ini bermula apabila hartawan Amerika Syarikat, Malcolm Glazer membeli kelab ini melalui satu pinjaman bank sebanyak £800juta pada 2003.

Dengan jumlah faedah sebanyak £60juta setahun, Selepas 17 tahun, kelab Manchester ini masih tenang membayar hutang dengan pendapatan purata sebanyak lebih USD500 juta setahun.

Dah la hutang tak habis tenang keluarga Glazer rembat tahun demi tahun hingga mencecah lebih £1 bilion

BACA:  Kenali 6 Sasaran Bek-Kiri Manchester United Untuk Menggantikan Shaw Dan Malacia Yang Cedera