Perlawanan pertunjukkan yang menemukan kembali Lionel Messi dan Ronaldo turut dibarisi Neymar, Sergio Ramos dan Kylian Mbappe, telah berakhir dengan kedudukan PSG 5-4 Riyadh All-Star XI.
Walaupun namanya perlawanan pertunjukkan namun sangat menghiburkan dengan 9 gol terhasil dari Ronaldo, Messi, Ramos dan Mbappe, Neymar mencipta assist untuk gol pertama gagal disepakan penalti.
Selain gol yang lawa lagi indah, tiga sepakan penalti telah diberikan oleh pengadil dalam perlawanan ini dan tidak lupa juga dengan kad merah yang turut dilayangkan.
Riyadh All-Star XI hasil gabungan dua kelab gergasi di Riyadh iaitu Al Nassr dan Al Hilal, ternyata gabungan pasukan ini berjaya memberi saingan sengit kepada PSG.
Incroyable séquence! 🤩🤝
Merci Riyadh! ❤️💙#PSGRiyadhSeasonTeam #PSGQatarTour2023 pic.twitter.com/gBoE0oEwIK— Paris Saint-Germain (@PSG_inside) January 19, 2023
Perlawanan persahabatan ini juga merupakan kali pertama Cristiano Ronaldo dan Lionel Messi kembali berkongsi padang yang sama sejak Juventus menewaskan Barcelona 3-0 di saingan Champions League peringkat kumpulan pada Oktober 2020.
Sepanjang karier mereka yang gemilang, Ronaldo dan Messi telah bertarung dalam 36 perlawanan di mana pemain bintang PSG itu telah menang 16 kali dan Ronaldo hanya menang 11 kali sahaja dengan 9 perlawanan berakhir dengan keputusan seri.
Lionel Messi yang merupakan juara dunia bersama Argentina tidak menunggu lama untuk menghiburkan hadirin dengan gol pembukaan pada minit ketiga dengan satu penyudah yang genius seperti biasa.
Itu adalah percubaan dan gol pertama dalam perlawanan ini, Neymar telah melakukan satu hantaran cantik yang pantas dihidu Messi, penjaga gol Riyadh All-Star XI keluar untuk menangkap namun Messi lebih pantas untuk menghukum dengan jaringan pertama perlawanan.
⚽️📹@neymarjr x Leo Messi #PSGRiyadhSeasonTeam I #PSGQatarTour2023 pic.twitter.com/cvAQ2ChHyN
— Paris Saint-Germain (@PSG_English) January 19, 2023
Setengah jam perlawanan berlalu, Cristiano Ronaldo dan Keylor Navas telah berlaga dan dari ulang tayang kelihatan Keylor Navas telah menumbuk muka Ronaldo selepas percubaan menumbuk bola tersasar.
Pengadil menghadiahkan sepakan penalti kepada Riyadh All-Star XI dan kad kuning untuk Keylor Navas yang menggelengkan kepala tidak percaya dengan keputusan yang telah dibuat oleh pengadil perlawanan.
Cristiano Ronaldo tampil mengambil tanggungjawab untuk membuat sepakan dengan satu tendangan ke arah kanan dan tinggi tidak mampu dijangkau oleh Keylor Navas untuk gol penyamaan.
Ini bukan satu perlawanan persahabatan biasa-biasa dan dimainkan dengan serius. Juan Bernat dilayangkan kad merah pada minit ke-38 selepas membantai pemain Riyadh All-Star XI yang mahu melakukan serangan balas pantas.
📹⚽️
👀 @KMbappe
⚽️ @marquinhos_m5#PSGRiyadhSeasonTeam I #PSGQatarTour2023 pic.twitter.com/HH27zPo6Ti— Paris Saint-Germain (@PSG_English) January 19, 2023
Hanya mampu tersengih Juan Bernat selepas dilayangkan kad merah dan empat minit kemudian Marquinhos meletakkan PSG kembali di depan dengan satu tolakan mudah menyempurnakan umpanan cantik Kylian Mbappe.
Di penghujung separuh masa pertama, Neymar telah dijatuhkan di dalam kotak penalti namun pengadil mengatakan bukan penalti pada awalnya, selepas merujuk kepada Video Assistant Referee (VAR) penalti diberikan.
Dalam ulang tayang macam jelas kelihatan Neymar bersimulasi dengan hanya sedikit sentuhan sahaja. Neymar cuba bergedik-gedik mengacah penjaga gol Riyadh All-Star XI namun tidak termakan umpan dengan bacaan tepat dilakukan dan Neymar gagal disepakan penalti.
Cristiano Ronaldo kemudiannya menjaringkan gol kedua di bumi Arab Saudi sebelum tamat 45 minit pertama yang sarat dengan aksi dan drama yang membuatkan penonton terhibur.
Siiiiiiii ! 💛🤩 pic.twitter.com/9Drk1zUUkF
— AlNassr FC (@AlNassrFC_EN) January 19, 2023
Cristiano Ronaldo melonjak untuk melakukan tandukan yang akhirnya terkena tiang dan Ronaldo sangat kecewa, bola melantun kepada Sergio Ramos yang cuba mengeluarkan bola tetapi termiss kick.
Ronaldo membatalkan hasrat untuk tantrum lalu terus menyambar bola hasil kesilapan Ramos itu untuk gol penyamaan dan perlawanan berakhir dengan keputusan semasa 2-2.
Tujuh minit bersambung separuh masa kedua, PSG kembali di depan dan Sergio Ramos telah menebus kembali kesilapan dengan gol ketiga menolak masuk hantaran Kylian Mbappe yang melakukan twist dan turning merobek pertahanan lawan.
Pada minit ke-56, Riyadh All-Star XI kembali mengikat kedudukan melalui Jang Hyun-soo, gol berpunca dari sepakan penjuru yang pantas disundul Jang Hyun-soo yang gagal dicabar Ramos.
Our Talisca is always up to the challenge 🤩🔝 pic.twitter.com/v2IFBpSWhF
— AlNassr FC (@AlNassrFC_EN) January 19, 2023
Kurang tiga minit kemudian, pengadil meniup wisel sekali lagi untuk sepakan penalti ketiga dalam perlawanan ini selepas rembatan lencong Lionel Messi telah terkena tangan Ali Albulayhi.
Kyliang Mbappe yang mencipta dua assist sebelum ini akhirnya berjaya mencetak nama selaku penjaring dengan mudah menjaringkan gol keempat PSG dengan sepakan ke arah yang sama seperti Neymar dan Ronaldo.
Minit ke-77 PSG terus garang apabila menjaringkan gol yang kelima melalui Hugo Ekitike yang melakukan satu larian solo untuk serangan balas pantas dan dia memang pantas gagal dikejar dan rembatannya pula gagal diselamatkan.
Ketika hampir 30 saat permainan akan tamat, Anderson Talisca telah merapatkan jurang dengan gol keempat untuk Riyadh All-Star XI dengan satu rembatan yang sangat cantik tapi tidak cukup untuk mengelakkan kekalahan.
CRISTIANO RONALDO IS NAMED MAN OF THE MATCH! 🏆 pic.twitter.com/8gU16JEicL
— ESPN FC (@ESPNFC) January 19, 2023
Ronaldo telah dipilih sebagai pemain terbaik perlawanan yang rasanya Mbappe lebih layak.L’Equipe melaporkan bahawa PSG akan memperolehi pendapatan lebih dari $10 juta untuk satu perlawanan ini sahaja.
Walaupun ini sekadar perlawanan pertunjukkan namun dimainkan dengan sangat menarik dengan jaringan gol lawan dan layangan kad merah serta aksi kekasaran maka tidak hairanlah hampir 2 juta orang cuba membeli puluhan ribu tiket perlawanan yang dijual secara atas talian.
PSG XI: Keylor Navas, Bernat, Bitshiabu, Ramos, Hakimi, Renato Sanches, Carlos Soler, Vitinha, Mbappé, Messi, Neymar
Saudi XI: Ospina; Al Boleahi, Al Burayk, Al Juwayr, Cuellar, Konan; Gonzalez; Ighalo, Marega, Cristiano Ronaldo, Talisca