Perlawanan PSG vs Istanbul Basaksehir Digantung

Perlawanan terakhir peringkat kumpulan H untuk saingan Champions League antara PSG dan Istanbul Basaksehir ditamatkan lebih awal apabila perlawanan tersebut digantung serta merta lantaran kontroversi yang melanda.

Penggantungan perlawanan ini dibuat selepas pegawai perlawanan/pengadil keempat telah dituduh melakukan telah menggunakan perkataan berbaur rasis kepada salah seorang pegawai pasukan Istanbul Basaksehir.

Ekoran daripada penggunaan yang berbaur rasis itu, para pemain Istanbul Basaksehir tidak mahu meneruskan perlawanan sebagai tanda protes ke atas perlakuan yang mahu ditendang keluar dari bola sepak.

Paris Saint Germain juga bersolidariti dengan Istanbul Basaksehir dan berjalan keluar untuk tidak meneruskan perlawanan.

Permainan telah digantung pada minit ke-14 apabila pembantu jurulatih Istanbul Basaksehir, Pierre Webo yang berada di touchline telah diarah untuk meninggalkan padang.

Pertengkaran terjadi antara pengadil keempat, Sebastian Coltescu dari Romania dan selepas itu kelab dari Turki itu telah menyatakan bahawa pengadil keempat itu mengeluarkan perkataan rasis.

Kylian Mbappe dilaporkan salah seorang pemain PSG yang menentang keras kata-kata rasis daripada pengadil keempat dan menyeru para pemain PSG untuk bersama pemain Istanbul meninggalkan padang.

Istanbul Basaksehir melalui laman Twitternya telah memuat naik gambar yang tertera perkataan “NO TO RACISM” selepas kejadian itu.

Baca Juga

Baca Juga