Perlawanan Terpaksa Dihentikan Selepas 9 Pemain Dibuang Padang

Perlawanan derby di antara dua pasukan yang beraksi di Brazil, Bahia dan Vitoria terpaksa diberhentikan selepas 9 pemain dilayangkan kad merah.

Perlawanan tersebut berlangsung dengan cukup hangat dan detik kontroversi berlaku pada lewat permainan, dengan masa hanya berbaki 20 minit untuk tamat.

Tindakan Vinicius meraikan jaringan dihadapan penyokong lawan menyebabkan pergaduhan besar

Pasukan tuan rumah, Vitoria melihat 6 pemain mereka diperintahkan untuk meninggalkan padang selepas berlaku pergaduhan besar melibatkan kedua-dua pasukan.

Pergaduhan tersebut tercetus apabila pemain Bahia, Vinicius meraikan jaringan penyamaan pasukannya untuk menjadikan kedudukan 1-1 menerusi sepakan penalti. Sebelum itu, Vitoria mendahului perlawanan menerusi jaringan Denilson.

Vinicius didakwa meraikan jaringannya di hadapan penyokong Vitoria secara provokatif dan tindakan beliau tidak disenangi oleh penjaga gol Vitoria yang bertindak menyerang Vinicius sebelum disusuli pemain-pemain lain.

Pada mulanya, hanya 5 pemain sahaja dilayangkan kad merah iaitu 3 pemain Bahia dan 2 pemain Vitoria. Dua minit selepas itu, dua lagi pemain dikenakan tindakan yang sama kerana bergaduh.

Dengan masa berbaki 13 minit sahaja lagi untuk tamat, seorang lagi pemain Vitoria dibuang padang menjadikan 4 pemain Vitoria menerima kad merah.

Melihat rakan sepasukannya dibuang padang, pemain Vitoria Bruno Pispo menyepak bola sebagai tanda protes dan beliau dilayangkan kad kuning kedua.

Akibatnya, Vitoria hanya mempunyai 6 orang pemain sahaja diatas padang memaksa pengadil menghentikan perlawanan. Untuk rekod, kedua-dua pasukan memerlukan minimum 7 orang pemain setiap pasukan untuk  perlawanan diteruskan.

Keputusan mengenai perlawanan ini akan diputuskan oleh mahkamah sukan Brazil disamping hukuman terhadap pemain yang terlibat.

Baca Juga

Baca Juga