Perlawanan Testimonial Pirlo Dibarisi Pemain Lagenda

Ikon juga lagenda pasukan Italy dan Juventus, Andrea Pirlo telah mengejutkan dunia bola sepak dengan satu berita yang mendukakan apabila telah mengumumkan persaraan beliau dari dunia bola sepak pada usia 38 tahun.

Pirlo telah dinobatkan sebagai salah seorang pemain terbaik dunia dalam generasinya dan juga antara pemain bola sepak terhebat sepanjang zaman telah bermain bersama Brescia, Inter Milan, AC Milan dan Juventus

Pemain yang digelar Chuck Norris Italy ini juga telah berjaya membantu Italy menjulang Piala Dunia 2006 dan saat yang paling diingati hingga kini adalah sepakan panenka yang dilakukan ketika mengambil penalti.

Pengumuman persaraan Pirlo ini dibuat selepas beliau bermain perlawanan terakhir bersama New York City di Major League Soccer(MLS) di laman Twitter rasmi @Pirlo-_Official.

Pada bulan Oktober lalu memberi bayangan bahawa beliau bakal bersara pada penghujung musim Major League Soccer(MLS) bersama New York FC, namum kini segalanya jelas dan sah.

“Kau akan sedar bila masa kau dah sampai, tiap hari kau akan menghadapi masalah fizikal. Kau tak dapat berlatih seperti apa yang kau mahu kerana ada je masalah.” Ujar Pirlo

“Ingatkah semua hari tua pasti menjelma detik waktu yang laju pantasnya tak akan menunggu. Begitu usia makin hari makin meninggi siang malam berganti yang pergi tak berulang sekali lagi.”

“Tua mengejar pasti tiba saatnya, kau merasa hidup tak segagah waktu remaja di mana tenaga menyala-nyala, di hari tua makin terpadam semua.”

Andrea Pirlo akan kembali dalam perlawanan testimonial seperti yang dilakukan oleh pemain Lagenda yang lain apabila bersara dan wang dari hasil perlawanan ini akan diderma kepada badan kebajikan.

Perlawanan ini merupakan perlawanan terakhir Pirlo dan akan berlangsung pada 21 Mei ini. Nama-nama yang bakal membarisi perlawanan ini sangat mengujakan dan mampu membuat anda teransang.

Setakat ini antara nama besar yang sudah mengesahkan akan bermain adalah Gianluigi Buffon, Dida, Cafu, Fabio Cannavaro, Paolo Maldini, Alessandro Costacurta, Mauro Camoranesi, Gennaro Gattuso, Frank Lampard, Rui Costa dan Clarence Seedorf.

Di bahagian serangan setakat ini hanya Del Piero dan Totti dijangka hadir.

Penjaga Gol:

Buffon, Dida, Storari, Abbiati.

Pertahanan:

Adani, Barzagli, Bonera, Bonucci, Cannavaro, Cafu, Chiellini, Costacurta, Favalli, Ferrara, Grosso, Jankulovski, Kaladze, Lichtsteiner, Maldini, Materazzi, Nesta, Oddo, Serginho, Simic, Zambrotta.

Midfield:

Albertini, Ambrosini, Baronio, Brocchi, Camoranesi, De Rossi, Diamanti, Gattuso, Lampard, Leonardo, Marchisio, Pepe, Perrotta, Rui Costa, Seedorf, Verratti, Diana.

Penyerang :

Setakat ini hanya Francesco Totti dan Alessandro Del Piero akan menyertai

Pemain berusia 38 tahun mempunyai rekod yang menakjubkan sepanjang kariernya, di mana beliau telah memenangi enam Serie A bersama Juventus dan AC Milan, dua Champioins League dan satu Piala Dunia sejak mula bermain secara professional pada 1995.

1998-2001 – Inter Milan
2001-2011 – AC Milan
2011-2015 – Juventus
2015 -2017 – New York City FC (Bersara)

Bersama Inter, Pirlo hanya berjaya bermain sebanyak 22 perlawanan dalam tempoh tiga tahun sebelum berpindah ke Milan dan rezekinya ternyata di Rossoneri di mana dia berjaya memenangi Champions League dua kali, dan Serie A juga dua kali.

Pada tahun 2011 Pirlo menyertai Juventus dan ini dilihat seolah-olah Milan menyerahkan takhta Serie A secara terus kepada Juventus.

Bersama Bianconeri, Pirlo berjaya memenangi Scudetto empat kali berturut-turut selain membantu kelab Turin tersebut layak ke perlawanan akhir Champions League pada tahun 2015.

Baca Juga

Baca Juga