Permainan Pro Evolution Soccer Club Manager (PESCM)

Untuk mereka yang ingin cuba menjadi jurulatih bola sepak.Nah kami cadangkan anda untuk cuba bermain aplikasi permainan PESCM Pro Evolution Soccer Club Manager. Kami akan kongsikan bahagian pertama mengenai aplikasi ini.

Boleh didapati di mana-mana telefon pintar Android atau iOS anda boleh mulakan karier anda sebagai pengurus bolasepak fantasi.

Untuk anda yang merasakan aplikasi permainan simulasi ‘Football Manager’ sangat sukar anda boleh mencuba ke aplikasi PESCM kerana ianya mudah difahami namun ianya bukan perlawanan yang mudah.

Grafik yang sangat cantik di bawakan oleh ‘KONAMI’ ini akan membuat anda merasakan seperti permainan bola sepak sebenar. Aplikasi ini akan membantu anda sedikit sebanyak mengenai pengurusan kelab,posisi pemain,tugas pemain dan banyak lagi mengenai bola sepak.

Pilihan Liga Dan Tahap Kesukaran

Terdapat dua pilihan liga untuk anda bermain sama ada di liga domestik atau liga international. Berkenaan liga domestik anda tidak perlu risau tentang penurunan liga kerana di liga domestik tiada penurunan liga berlaku.

Manakala di liga international terbahagi kepada 6 peringkat

• Beginner (5 peringkat)
• Amateur (10 peringkat)
• Regular (20 peringkat)
• Profesional (20 peringkat)
• Top player(20 peringkat)
• Super star(20 peringkat)

Ini bermakna anda perlu melepasi peringkat yang dinyatakan untuk ke peringkat seterusnya. Format yang digunakan 3 pasukan teratas layak ke peringkat seterusnya manakala 3 dibawah akan melalui zon penyingkiran liga.Anda akan kekal di liga sekiranya pasukan anda tidak mencapai top 3 liga tersebut.

Scout Dan Kekuatan Pemain

Anda boleh dapatkan pemain bola sepak kegemaran anda secara rawak melalui scout yang diberikan. scout akan bertukar setiap minggu melalui update dari ‘ PESCM’ dan boleh memilih seberapa pemain yang anda inginkan bergantung kepada coin yang anda miliki.

Untuk lebih mencabar kami sarankan anda supaya tidak membeli coin tetapi dapatkan coin melalui ganjaran haeian dan ganjaran dari penaja yang anda pilih. Jangan risau tentang pemain kerana anda boleh scout player youth anda secara percuma.

Kekuatan pemain bergantung kepada bintang yang diberikan bermula dari 1 hingga 7 bintang.Tetapi anda yang akan memainkan peranan sama ada pemain anda berjaya atau tidak di dalam pasukan anda melalui latihan yang anda berikan

Anda juga boleh memasuki mana2 persatuan yang ditubuhkan contoh di Malaysia (F.A.M) atau lain2 persatuan diseluruh dunia. Kongsikan pengalaman anda bersama rakan2. Anda juga boleh melakukan perlawanan persahabatan bersama rakan persatuan anda.

Ayuh cabar di anda untuk mulakan pasukan anda sendiri.

Kami akan kongsikan di artikel akan datang berkenaan taktik dan control bar bagaimana ingin bermain secara defensif,quick counter,possession,long ball,down middle dan out wide juga berkenaan tugas pemain dan gaya permainan pemain tersebut.

Semoga berjaya

Nota : Artikel ini ditulis oleh Zainol Shahril

Baca Juga

Baca Juga