Permit Kerja Rangnick Sudah Lulus dan Boleh Bertugas Selaku Pengurus Interim

Permit kerja yang menjadi halangan Ralf ‘Godfather of German Football’ Rangnick untuk memulakan tugasnya selaku pengurus interim Manchester United telah pun lulus.

Warga Jerman berusia 63 tahun itu dilantik pada hari Isnin, tetapi terpaksa menunggu proses kelulusan permit kerja dengan menyediakan dokumen yang diperlukan untuk disiapkan.

Namun Rangnick akan berada di tempat penonton di Old Trafford untuk perlawanan Liga Perdana Khamis menentang Arsenal, dengan Michael Carrick mengetuai United buat kali terakhir dalam tempoh sementaranya.

Secara rasminya Ralf Rangnick akan berkuasa dan mengendalikan pasukan untuk perlawanan pertamanya adalah pada ahad ini di mana Manchester United akan bertemu Crystal Palace.

Bekas bos Schalke, Hoffenheim dan RB Leipzig itu akan bercakap kepada media buat kali pertama selaku pengurus interim pada hari Jumaat menjelang perlawanan pembukaan di laman sendiri menentang Crystal Palace pada hari Ahad.

Perkara ini telah disahkan oleh Manchester United sendiri melalu laman sesawang rasmi mereka:

“Ralf Rangnick akan mengadakan sidang akhbar pertamanya sebagai pengurus sementara Manchester United pada pagi Jumaat dan, seperti biasa, anda boleh menontonnya secara langsung melalui saluran kelab kami.”

Pagi jumaat tu mengikut waktu England la bukan waktu Malaysia.

Carrick, yang telah menyelia kemenangan Liga Juara-Juara di Villareal minggu lalu dan seri menentang pendahulu Liga Perdana Inggeris, Chelsea, mendedahkan pada hari Rabu dia masih belum bercakap dengan Rangnick.

Selepas Crystal Palace, Manchester United akan beraksi di perlawanan terakhir Liga Juara-Juara peringkat kumpulan di tempat sendiri menentang pasukan Switzerland, Young Boys pada 8 Disember.

Menarik untuk disaksikan apakah yang akan dilakukan Rangnick dalam perlawanan menentang Youns Boys kerana Setan Merah sudah sah bergelar juara kumpulan dan Rangnick mungkin akan bereskperimentasi.

Kisah Rangnick Mendapat Idea Untuk Bermain Secara Pressing

Pada bulan Februari  tahun 1983, seorang individu yang bernama Ralf Rangnick ketika itu baru berusia 25 tahun dah menjadi pemain merangkap pengurus bagi kelab Viktoria Backnang – sebuah pasukan dari pekan kecil yang bermain di divisyen keenam Jerman, apabila pasukan Dynamo Kiev yang ketika itu dikendalikan oleh Valeriy Lobanovskiy bertandang untuk perlawanan persahabatan pra-musim.

Kiev pada waktu itu merupakan kelab terkuat dalam empayar Soviet Union dan tidak pelik jika kelab kecil menjadi kecut perut apabila masuk ke padang, meskipun untuk perlawanan persahabatan.

Tetapi, perlawanan yang dijangka menjadi satu medan belasahan pasukan Backnang, bertukar menjadi satu memori yang paling diingati, setidak-tidaknya buat Lobanovskiy.

Rangnick, yang turut bermain sebagai pemain tengah, telah membuatkan pasukan lawan menjadi bingung.

“Beberapa minit selepas perlawanan bermula, selepas bola keluar untuk lontaran ke dalam, aku terpaksa berhenti dan kira jumlah pemain lawan,” ujar bekas pengurus Kiev dalam buku yang ditulis oleh jurnalis sukan, Raphael Honigsetein, Das Reboot.

“Itu adalah buat kali pertamanya aku dapat rasa bagaimana berlawan menentang pasukan yang melakukan pressing terhadap bola dengan begitu sistematik.

“Aku pernah lawan pasukan professional yang besar sebelum tu dan sudah tentu kami tewas perlawanan-perlawanan tu, tapi sekurang-kurangnya mereka memberikan ruang untuk kau ambil nyawa sikit, ada peluang untuk berasa selesa dengan bola di kaki.”

Dalam perlawanan tersebut, anak buah Lobanovskiy tidak diberikan ruang langsung untuk ‘bernafas’.

“Aku ingat sepanjang 90 minit tu kami rasa ditekan,” tambahnya lagi.

“Buat pertama kalinya aku boleh nampak bahawa; ini adalah bola sepak yang sangat berbeza.”

Sejak perlawanan tersebut, Dynamo Kiev akan kembali ke pekan tersebut untuk berlatih pada setiap musim di bawah Lobanovskiy dan Rangnick, yang ketika itu sedang dalam fasa menyiapkan lesen kejurulatihan, akan hadir pada setiap sesi bersama-sama pen dan buku nota, untuk belajar bagaimana cara mereka bermain dan persiapan yang dilakukan.

Gaya permainan pasukan yang dikendalikan Lobanovskiy yang tanpa henti mengejar bola, pressing secara teratur adalah berasaskan daripada pemerhatiannya daripada susunan permainan daripada jurulatih muda, Rangnick, yang kemudiannya mengimplementasikan ideanya terhadap beberapa kelab seperti Hoffenheim dan RB Leipzig, sekaligus membantu merevolusikan bola sepak Jerman.

Pada masa yang sama, dia telah memberikan inspirasi dan melahirkan ramai jurulatih ternama seperti Jurgen Klopp dan Thomas Tuchel.

BACA:  Hasil Ilmu Daripada Godfather Gegenpressing, Murid Rangnick Dapat 2 Anugerah Jurulatih Terbaik