Assalamualaikum dan selamat sejahtera.
Di sini kami, Bukhari Othman, Pemilik The Sukan dan Mohd Khaidzir atau admin Eikrem, yang telah menulis dan menerbitkan artikel yang bertajuk “Eric Williams Selar Pemain Melaka United Malas, Yusoff Mahadi Tidak Tegas” pada 18 Julai 2017 di laman web thesukan.com, ingin memohon maaf kepada Melaka United, Datuk Yusoff Mahadi, Encik Richard Sinapan, Encik Syed Sammat dan Encik Kamalzhani.
Ini kerana kami telah membenarkan terjemahan dan menerbitkan satu artikel dari sebuah laman web bola sepak berbahasa Inggeris tanpa usul periksa, terburu-buru dan tidak merujuk kepada pihak yang namanya disebut dalam artikel tersebut tentang kisah sebenar di sebalik tuduhan Eric Williams tersebut, sekaligus mencemarkan imej dan menjejaskan reputasi mereka yang terlibat.
Ini adalah pengajaran yang penting buat kami sebagai teladan di masa hadapan.
Sekali lagi kami memohon maaf di atas keterlanjuran tersebut.