Persahabatan Tertutup: Kuwait 4-1 Malaysia

Selepas setahun lebih skuad Harimau Malaysi tidak beraksi, akhirnya perlawanan itu tiba menentang Kuwait dalam satu perlawanan persahabatan tertutup yang berlangsung di 7he Sevens Stadium, Dubai, UAE.

Skuad kebangsaan, Harimau Malaya ke Dubai dengan penerbangan sewa khas MH8436 milik Malaysia Airlines (MAS) dengan membawa 45 pemain serta barisan kejurulatihan yang diketuai Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Datuk Haji Hamidin Haji Mohd Amin.

dua perlawanan pemanas badan bertemu Kuwait di Dubai dan menentang Bahrain di Manama, Bahrain sebelum memulakan aksi tiga perlawanan terakhir Kumpulan G, Pusingan 2 Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 di Dubai iaitu bertemu UAE (3 Jun), Vietnam (11 Jun) dan Thailand (15 Jun 2021).

Untuk kesebelasan utama, Tan Cheng Hoe telah menurunkan pemain berikut:

Penjaga gol – Mohd Farizal Marlias

Pertahanan – Mohd Rizal Mohd Ghazali, Mohamad Aidil Zafuan Abd Radzak , Muhammad Irfan Zakaria , La’vere Corbin-Ong.

Tengah – Muhamad Nor Azam Abdul Azih, Brendan Gan, Mohamed Syamer Kutty Abba, Mohamadou Sumareh, Muhammad Akhyar Abdul Rashid

Penyerang – Guilherme De Paula Lucrecio

21′ – Ahmad Aldhefeery membuka tirai jaringan perlawanan melalui rembatan deras kaki kiri beliau sendiri dari luar kotak penalti gagal diselamatkan Farizal Marlias.

28′ – Pemain naturalisasi terkini Malaysia yang mendapat panggilan untuk kempen kelayakan Piala Dunia ini, Guilherme De Paula Lucrecio menjaringkan gol penyamaan Harimau Malaya selepas menyudahkan hantaran Corbin Ong dari sebelah kiri.

Agak meyakinkan prestasi Guilherme De Paula Lucrecio apabila menjaringkan gol dalam debut beliau bersama Harimau Malaya.

Separuh masa pertama – Kuwait 1-1 Malaysia (Ahmad Aldhefeery 21′, Guilherme de Paula 28′)

46′ – Pertukaran besar-besaran oleh Tan Cheng Hoe. Aksi separuh masa kedua Perlawanan Latihan di 7he Sevens Stadium, Dubai, UAE bersambung dengan Tan Cheng Hoe melakukan 9 pertukaran.

Hanya Guilherme de Paula dan Syamer Kutty Abba dikekalkan. Kuwait pula hanya melakukan 1 pertukaran.

55′ – Kuwait menggandakan kedudukan. Tandukan Fahad Alhajeri hasil hantaran Eid Alrashidi dari sebelah kanan gagal diselamatkan penjaga gol gantian Harimau Malaya, Khairulazhan Khalid.

61′ – Kuwait terus melebarkan kedudukan, sekali lagi Khairulazhan Khalid tewas. Penyerang Kuwait, Shabaib Alkhaldi menyudahkan hantaran Eid Alrashidi dari sebelah kanan untuk menewaskan Khairulazhan Khalid.

68′ – Tigal gol dalam tempoh 13 minit dan buat kali ketiga Khairulazhan Khalid tertewas kali ini melalui sepakan percuma deras kapten Kuwait, Fahad Al-Alabraim berjaya menewaskan Khairulazhan Khalid.

73′ – Pertukaran terakhir dilakukan Harimau Malaya dengan penjaga gol, Samuel Somerville masuk menggantikan Khairulazhan Khalid. Samuel Somerville cemerlang apabila tidak bolos dalam perlawanan ini.

Keputusan Penuh – Kuwait 4-1 Malaysia (Ahmad Aldhefeery 21′ Guilherme de Paula 28′ Fahad Alhajeri 55′ Shabaib Alkhaldi 61′ Fahad Al-Alabraim 68′)

Dalam perlawanan yang menguji kekuatan pemain dan keberkesanan taktikal serta untuk mewujudkan keserasian selepas lama tidak beraksi Tan Cheng Hoe melakukan 12 pertukaran.

Ketiga-tiga penjaga gol, Mohd Farizal Marlias, Mohd Khairulazhan Mohd Khalid dan Samuel Jacob Somerville diturunkan dalam perlawanan ini.

Manakala Kuwait pula hanya melakukan lima pertukaran sahaja.

Pada 1 Mei 2021, Tan Cheng Hoe telah mengumumkan senarai nama 25 pemain yang dipanggil oleh ketua jurulatih kebangsaan, Tan Cheng Hoe untuk menyertai kem latihan pusat skuad Harimau Malaya.

Skuad Harimau Malaya telah turun menjalani latihan di Stadium Nasional, Bukit Jalil selama empat hari bermula 16 hingga 19 Mei 2021 sebelum terbang ke Dubai pada 20 Mei bagi perlawanan persahabatan.

Bagi empat pemain yang beraksi di liga luar iaitu Liridon, Junior, Dominic serta Luqman Hakim Shamsudin, mereka tidak perlu melapor diri di Kuala Lumpur pada 16 Mei, sebaliknya terus dari negara masing-masing iaitu Australia, Thailand dan Belgium untuk menyertai pasukan di Dubai pada 20 Mei 2021.

BACA:  Matyo Mahu De Paula Diturunkan Menerajui Barisan Serangan Malaysia Menentang Vietnam