Persaraan itu Kematian : Arsene Wenger

“Persaraan itu adalah untuk orang muda,” menurut Arsene Wenger, yang masih mahu meneruskan karier sebagai jurulatih sama ada di Arsenal atau tidak.

Wenger juga turut menyamakan persaraan dengan kematian, dan tidak mahu berhenti daripada melatih pemain dalam masa terdekat ini.

Wenger masih tenang di Emirates.

Wenger kini berada dalam tekanan tertinggi sejak mula menguruskan Arsenal 20 tahu yang lalu, dan dia masih belum meyambung kontraknya di Emirates yang akan tamat pada hujung musim ini.

“Aku tak akan bersara!” kata Wenger.

“Persaraan ni untuk orang muda. Untuk orang tua, persaraan itu adalah kematian,” sambung Wenger lagi. Boleh tahan juga perangai orang tua ni.

Wenger ketika muda merupakan seorang penggemar Nusantara Merah.

Dalam perlawanan semalam, Arsenal bejaya mengikat Manchester City 2-2 di Emirates dan sekaligus mengekalkan mereka di tangga keenam liga, dua mata di belakang Manchester United.

Wenger yang mula mengendalikan kelab London itu sejak 1996 berkata, dia masih lagi laparkan kejayaan, sama seperti dahulu.

“Memang la aku lapar, sama macam aku mula-mula sampai dulu. Sekarang walaupun tekanan dia lebih sikit berbanding 20 tahun lepas, aku tetap lapar dan bernafsu untuk menang piala.

Peminat Arsenal sekejap benci, sekejap sayang kepada Wenger.

“Kau tengok kelab ni dulu dan sekarang kan..masa aku sampai dulu, ada 70 orang je yang bekerja di sini tapi hari ni ada 700 orang.

“Dulu satu saham harga dia £400m hari ni £18,000! Takut engkorang fikir lain nanti, meh aku kabor. Aku takde saham pun dalam ni,” kat Wenger menamatkan perbualan.

Eleh, Wenger ni. Macam la tak boleh guna proksi beli saham Arsenal tu.

Jadi, peminat Arsenal sekalian, #InArseneWeTrust atau #WengerOut?

Semua hanya tinggal kenangan.

Sumber artikel diklepet : SportsKeeda

Baca Juga

Baca Juga