Perubahan Besar UEFA Champions League Demi Menyelamatkan Kelab England?

UEFA Champions League (UCL) – kejohanan kelab bola sepak termashur di dunia dikatakan bakal dirombak bermula musim 2018-2019, dengan kelayakan automatik bagi empat kelab dari empat liga teratas di eropah.

Empat liga tersebut – bermenungkinan besar – ialah La Liga, Liga Perdana Inggeris, Serie A dan Bundesliga. Mengikut peraturan sekarang, dua liga , La Liga dan Liga Perdana Inggeris, mendapat 3 slot automatik ke peringkat kumpulan UCL, dengan 1 slot kelayakan melalui play-off, kerana kedua-dua liga ini menduduki tangga teratas MA UEFA, sehingga tahun lepas.

MA Jerman dan Itali mendapat 2 slot automatik dan 1 slot play-off kerana ranking masing-masing di tempat ketiga dan keempat.

europe MA ranking
Ranking MA terbaru | Gambar : Uefa.com

Namun tahun ini, MA Jerman telah memintas MA England menjadikan liga Inggeris bakal kehilangan satu slot ke UCL musim 2018-2019, dan ini amat membimbangkan England, liga paling mewah di dunia.

Menurut wartawan Times, Gabriel Marcotti, jawatankuasa eksekutif UEFA dikatakan bakal memutuskan perkara ini dalam satu mesyuarat hujung bulan ini.

Lebih teruk lagi, ada juga cadangan untuk mengekalkan kelab-kelab yang mempunyai ‘nilai sejarah’ dalam UCL seperti Manchester United, AC Milan, Liverpool dan Ajax Amsterdam mendapat kelayakan automatik, tidak kira mereka menamatkan musim walau di tangga berapa liga masing-masing.

Bekas presiden UEFA, Michel Platini sebelum ini mencadangkan supaya Liga Super Eropah diwujudkan, dengan disertai oleh 20 kelab terkaya di eropah yang mana bakal menjadikan UCL sebagai divisyen 2.

Bola sepak adalah satu bisnes, jadi tak peliklah kalau pelbagai idea untuk menyelamatkan kaum kapitalis dicurahkan.

Baca Juga

Baca Juga