Pesanan Larry Buat Penyokong Man United: “Jadi Macam Penyokong Arsenal, Tiada Harapan Dan Mereka Ceria”

Seorang pundit yang hanya dikenali Larry telah memberikan komen yang benar dan juujur. Daripada wajahnya kami percaya beliau adalah pakar yang terpercaya dan diperakui.

Dalam satu sesi ulasan bola sepak, pundit berkaliber itu telah meminta penyokong Manchester United jangan terlalu seperti orang stim gam cap dunlop, meletakkan harapan tinggi kepada pasukan mereka.

Musim ini peminat Man United kembali berharapan tinggi dengan berharap pasukan mereka mampu mencabara kejuaraan EPL, Piala FA dan juga UEL.

Namun mereka tersungkur dalam EPL dan Piala FA. Mereka kemudian menyimpan kesemua pemain dalam aksi bertemu Leicester dan kalah. Atas alasan mereka nak memastikan Liverpool tak ke UCL kerana aksi berikutnya mereka menentang Liverpool.

Malang buat mereka, kalah 2-4 di tangan Liverpool. Dan Liverpool mara juga ke UCL.

Namun ianya tak terhenti di situ, mereka kemudian menjadikan UEL sasaran utama. Paul Scholes menjadi penyedap telingat peminat dengan menyatakan Villarreal adalah lawan yang kacang je bagi mereka.

Sekali lagi Man United kalah dengan bermaruah.

Peminat Man United sudah lupa kepada Larry. Di mana Larry tidak suka melihat peminat Man United terlalu berharapan.

Lantas beliau meminta penyokong Manchester United merendahkan ego mereka dan meniru penyokong Arsenal.

Ini kerana sejak akhir akhir ini kes tekanan mental semakin meningkat. Jadi, untuk mengelakkan masalah itu menimpa penyokong Manchester United, Larry memberikan tips berguna.

Larry mendapat tahu para penyokong Manchester United meletakkan harapan terlalu tinggi setelah membaca beberapa akhbar perdana termasuk di Malaysia.

Larry juga terpaksa menutup akaun Twitter kerana melihat benda benda yang sebegini:

Mujur wartawan tak suruh beliau komen Twitter Manchester United yang ajak Chelsea repeat.

Dengan serius Larry berkata: “Saya tujukan ini secara terus kepada penyokong Manchester United tanpa berselindung. Kamu cubalah kurangkan sikit meletakkan harapan tu, sahabat.”

(Tengok muka Larry ni pun dah tahu penyokong dia  Liverpool ni)

“Kamu bukannya kelab yang bagus lagi pun. Dan kamu tak akan bersaing mencabar kejuaraan. Huhu. Kamu cuma perlu gembira sahaja berpegang kepada perkara itu.”

“Ini bukannya satu kecacatan pun, ianya akan menjadi harapan yang akan membunuh kamu.”

Larry meminta penyokong Manchester United belajar daripada pakar iaitu penyokong Arsenal untuk perkara yang tiada harapan ini. Jadikan diri itu tidak ada harapan untuk lebih bahagia.

“Jadi, tengok dekat Arsenal. Mereka pasukan yang tiada harapan. Dan penyokong mereka sedang menikmati masa masa yang indah.”

Seterusnya, wartawan sempat menyampuk dan menjadi batu api, dengan menanyakan soalan bahawa memang penyokong Arsenal gembira dengan muka tiada harapan.

Wartawan: Mereka [penyokong Arsenal] nampak gembira kan, Larry?

“Mereka ada masa yang indah. Penyokong United sekalian, kamu berhenti berharap, dan menunggu datang gelap, sampai nanti suatu saat, kamu akan lebih gembira.”

Walaupun nampak kurang ajar, namun Larry hanyalah berkongsi tips beliau. Kami tidak ada kaitan dengan komen tersebut. Biarlah Larry tanggung sendiri di atas apa komen beliau.

BACA:  Fabregas Akui Banyak Terhutang Budi Dengan Mourinho