Pesawat Membawa Sebuah Kelab Serie A Brazil Terhempas

Sebuah pesawat yang membawa pemain dan pegawai kelab Serie A Brazil, Chapecoense telah terhempas di Colombia. Pesawat tersebut membawa 72 orang penumpang dan 9 krew kabin telah berlepas dari Bolivia.

Media tempatan Brazil melaporkan pesawat yang disewa khas itu telah membawa pemain pasukan Serie A Brazil, Chapecoense yang dijadualkan bermain di perlawanan akhir pertama Copa Sudamerica menentang Atletico National di Medellin pada Rabu.

chapecoense-copa-sudamericana

Sementara itu kerja menyelamat sudah digerakkan dan sedang giat dilakukan untuk mengeluarkan mangsa yang terselamat. Pihak hospital melaporkan “ramai” yang terselamat dan tidak menyatakan angka yang sebenar.

Alan Ruschel, pemain pertahanan yang berusia 27 tahun antara mangsa yang terselamat telah dibawa ke hospital dan dilaporkan stabil. Penjaga gol, Marcos Danilo dan Jakson Follmann juga dilaporkan terselamat, bersama physiologist Rafael Gobbato dan seorang krew kabin yang tidak dapat dipastikan identiti.

pesawat-membawa-sebuah-kelab-serie-a-brazil-terhempas

Laman Facebook Chapecoense belum mengeluar sebarang kenyataan rasmi mengenai kejadian ini kerana masih menunggu laporan rasmi dari pihak berkuasa Colombian Air dan hanya mendoakan semoga Tuhan bersama mereka yang terlibat.

Associação Chapecoense de Futebol

Chapecoense di tubuhkan pada 1973 di bandar Chapeco di negeri Santa Caterina, Selatan Brazil. Pada 2014 mereka berjaya memasuki liga divisyen pertama Brazil, Serie A untuk pertama kali sejak tahun 1970-an.

Pada tahun ini mereka meneruskan kecemerlangan apabila mara ke perlawanan akhir Copa Sudamericana. Bagi negara Amerika Selatan Copa Sudamericana ini setaraf dengan Europa League untuk negara Eropah.

Dalam perjalanan mereka ke final Chapecoense menumpaskan Independiente di Round of 16 dan San Lorenzo di separuh akhir.

Video pasukan Chapecoense di lapangan terbang

Baca Juga

Baca Juga