Peter Crouch Sedih Ronaldo Tidak Mengenalinya

Peter Crouch adalah seorang pemain penyerang legenda di England dan Liverpool.

Kerana mempunyai tubuh fizikal yang tinggi lampai menjadikan beliau pemain yang mudah untuk dikenali.

Beliau mungkin terkenal di England tetapi rasanya beliau tidak cukup terkenal lagi di Brazil.

Crouch, pernah menceritakan bahawa beliau bertemu dengan Ronaldo, namun legenda Brazil itu sama sekali tidak mengenali siapa beliau.

Mempunyai ketinggian 6″7 Crouch mudah untuk kelihatan tidak kira di khalayak ramai mahupun di dalam padang.

Hampir seluruh dunia kalau ada manusia yang mempunyai fizikal yang tinggi akan disamakan dengan Crouch.

Dengan itu sudah pasti beliau mudah diingati terutama dikalangan pemain bola sepak. Tetapi ianya tidak berlaku kepada Ronaldo.

Crouch ketika ditanya tentang penyerang yang beliau teringin untuk digandingkan, jawapannya sentiasa Ronaldo.

Dalam satu sesi temubual, Crouch telah mendedahkan bahawa beliau pernah bertemu Ronaldo dan Ronaldo sama sekali tidak tahu siapa dia.

“Dennis Bergkamp seorang pemain istimewa, tetapi saya tidak merasakan terlalu teruja untuk beraksi bersamanya. Pilihan utama saya adalah Ronaldo yang asli.”

“Saya tidak pasti apa akan berlaku jika saya digandingkan bersama dia, apa yang pasti 90 minit beraksi bersamanya sudah cukup membuat hidup saya bahagia.”

“Saya pernah bertemunya sekali, sebenarnya saya sedang bercuti di Ibiza dan saya terjumpa dia di tepi pantai, dia sibuk dengan botol minuman nya.”

“Setiap kali dia habis minum, supermodel yang ada bersama dia akan tambahkan lagi minuman untuknya.”

“Peluang untuk dapat bergambar bersamanya ada didepan mata, Jadi saya pon cuba untuk mendekatinya, dalam hati saya sangat berharap dia akan menyebut,’owh awak Crouch’.”

“Tetapi hakikatnya dia benar-benar tidak kenal dan langsung tidak tahu siapa saya.”

“Jadi beliau cuma menganggap saya cuma peminatnya yang biasa sahaja.”

Cerita Crouch kepada wartawan Daily Mail.

Ketika ditanya siapa pertahanan yang sering memberi masalah kepada beliau sebagai seorang penyerang.

“Anda pasti terkejut kalau saya kata pertahanan terbaik pernah saya hadapi adalah Martin Skrtel, Beliau memang sering menjadi masalah untuk saya.”

“Saya menyertai Liverpool pada Januari 2008, ketika diluar padang Skrtel seorang yang lemah lembut dan berbudi bahasa, tetapi ketika didalam padang beliau seorang yang berbeza.”

“Saya pernah bermain bersama England dan bertemu dengan beliau yang ketika itu beraksi bersama Slovakia pada tahun 2009.”

“Beliau mempunyai perangai yang suka memanjat atas belakang anda untuk melompat lebih tinggi ketika perebutan bola di udara.”

“Kali pertama anda boleh elak, kali kedua anda akan rasa meluat dan kali ketiga anda pasti akan marah.”

“F***ing hell Matin! Kata saya kepada dia, dan dia cuma akan jawab maaf dia tak nampak saya.”

Kata Crouch menceritakan tentang Martin Skrtel yang dianggap pertahanan paling banyak memberi dia masalah.

BACA:  Crouch Dedah Beliau Pernah Tersilap Jatuh Cinta Pada Isteri Alonso