Petisyen Dilancarkan Bagi Menggantikan Nama Stadium Emirates Kepada ‘The Arsene Wenger Stadium’

Hanya satu jam selepas pengurus Arsenal, Arsene Wenger mengumumkan keputusannya mengundurkan diri dari pasukan Arsenal di penghujung musim ini satu petisyen telah dilancarkan bagi menukar nama Stadium Emirates.

Peminat Arsenal membuat petisyen itu agar Arsenal menukar nama Stadium Emirates kepada nama Arsene Wenger ‘The Arsene Wenger Stadium’ sebagai satu penghargaan kepada pengurus paling lama berkhidmat dalam 32 tahun sejarah kelab.

https://twitter.com/philgraham83/status/987301723625713664

Cadangan ini mendapat sokongan ramai di media sosial termasuklah dari bekas pemain the Gunners Paul Merson dan Alan Smith yang bersetuju dengan idea ‘The Arsene Wenger Stadium’ ini.

“Mereka(Arsenal) sepatutnya membuang nama Emirates, mereka tidak perlukan wang dan letak nama Arsene Wenger Stadium.” Ujar Paul Merson kepada Sky Sports News.

“Ini stadium beliau (Wenger), Beliau yang membina stadium ini. Wenger layak untuk semua ini walaupun stadium ini di namakan Emirates Arsene Wenger Stadium.”

Alan Smith juga senada Paul Merson :

“Aku setuju dengan apa yang Merson sarankan. Aku fikir ini satu tindakan yang hebat menamakan stadium sempena nama Wenger dan ini satu penghargaan yang sepatutnya.”

“Pada zaman kini, tambah-tambah zaman Najib ni, sudah pasti kelab tidak akan melepaskan dana bernilai jutaan hasil dari jual nama je, tapi aku fikir benda ni sangat menarik.” Ujar Smith yang berpijak di bumi yang nyata.

Wenger meninggalkan warisan yang hebat selepas 22 tahun memerintah dan berjaya mempertahankan kerusinya di Parlimen Arsenal dengan memenangi 10 trofi utama dan mengendalikan 800 lebih perlawanan di Premier League.

Majoriti peminat Arsenal bersetuju dengan idea ini dan menganggap ini satu penghargaan yang sepatutnya dimilik Wenger walaupun sebelum ini lantang dengan kempen #WengerOut.

Wenger membina dan membayar hutang pembinaan stadium.

Wenger Arena lebih merdu bunyinya.

https://twitter.com/Belleriniesta/status/987263786733199361

Arsene Wenger Umum Pengunduran dari Arsenal

Pengurus Arsenal, Arsene Wenger melalui laman sesawang rasmi Arsenal telah mengeluarkan kenyataan mengenai masa depannya.

Wenger beberapa musim kebelakangan ini telah di minta agar berundur ekoran masalah prestasi Arsenal. Maka lahirlah Hashtag seperti #WengerOut #WengerIn #WengerStay #WengerForJohnnyEnglish.

Kenyataan sedih ini dikeluarkan Wenger seperti berikut :

“Selepas membuat pertimbangan dengan penuh teliti dan perbincangan dengan kelab, aku rasa inilah masa yang tepat untuk aku berundur iaitu dipenghujung musim ini.”

“Aku bersyukur kerana mempunyai kesempatan untuk berkhidmat kepada kelab dalam tempoh beberapa tahun yang penuh kenangan.

Selamat Tinggal, Ku undurkan diri.

“Aku menguruskan kelab ini dengan penuh komitmen dan integriti.

“Aku mahu berterima kasih kepada staf, pemain, pengarah dan peminat yang membuatkan kelab ini istimewa. Tidak lupa juga kepada The Sukan.

Berakhirlah sudah, kisah kita…

“Aku menyeru agar penyokong berdiri dibelakang pasukan untuk menggapai tempat tertinggi.

“Kepada semua pencinta Arsenal, jaga diri jaga hati dan jaga nilai yang ada pada kelab.

“Cintaku dan sokongan ku adalah untuk selamanya.”

————

Arsene Wenger

Rekod Wenger Bersama Arsenal

Premier League (3)
– 1997/98, 2001/02, 2003/04

FA Cup (7)
– 1997/98, 2001/02, 2002/03, 2004/05, 2013/14, 2014/15, 2016/17

Community Shield (7)
– 1998, 1999, 2002, 2004, 2014, 2015, 2017

LMA Manager of the Year (2)
– 2001/02, 2003/04

World Manager of the Year
– 1998

Premier League Manager of the Month
– 15 kali

English Football Hall of Fame
– 2006

Premier League record:
Perlawanan – 823
Menang – 473
Seri – 199
Kalah – 151
Peratusan Kemenangan – 57.5 %

Baca Juga

Baca Juga