Petr Cech Buat Kelakar Diawal Perlawanan Kompetitif Pertama

Penjaga gol Chelsea, Petr Cech telah membuat aksi kelakar dalam perlawanan kompetitif yang pertama beliau mulakan dari kesebelasan utama untuk pasukan pembangunan Chelsea.

Pasukan pembangunan Tottenham Hotspur menjadi lawan Chelsea dan pasukan pembangunan ini merupakan skuad untuk pemain muda bawah 23 tahun.

Sudah menjadi kebiasaan emain utama pasukan juga akan bermain bersama skuad ini selepas pulih dari kecederaan untuk mendapatkan kembali kecergasan dan sentuhan.

Petr Cech yang dinamakan sebagai penjaga gol skuad utama Chelsea walaupun sudah mengumumkan persaraan sebagai langkah berjaga-jaga kerana situasi dunia sekarang.

Pasukan Sweden sebelum ini pernah menurunkan jurulatih penjaga gol kerana kesemua penjaga gol mereka tidak dapat beraksi kerana wabak.

Keputusan yang dibuat oleh Frank Lampard juga bersandarkan kepada keadaan semasa dan masuk akal untuk diterima.

Peter Cech yang kini berusia 38 tahun tidak lagi membuat sebarang penampilan untuk pasukan utama Chelsea sejak keluar dari persaraan.

Perlawanan kompetitif pertama yang bermula dari kesebelasan utama bermula tidak baik untuk Pter Cech yang sudah membuat kelakar kurang dua minit permainan.

Cech cuma bermain dari bawah selepas menerima hantaran kebelakang dan cubaan Cech menghantar bola kembali sangat teruk dan bola keluar untuk sepakan penjuru.

Kesilapan awal Cech itu terus mengundang gol pembukaan buat pasukan pembangunan Tottenham Hotspur dengan satu tolakan jarak dekat.

Pada minit ke-17 sekali lagi Cech tertewas dengan satu sundulan tajam daripada Dane Scarlett yang menyempurnakan satu umpanan cantik.

Dane Scarlett baru sahaja berusia 16 tahun dan tidak lahir ke dunia lagi ketika Chelsea mengikat Cech pada tahun 2004. Satu detik manis buat anak muda ini.

Mujur buat Cech apabila Chelsea menang 3-2 dalam perlawanan ini, walaupun beraksi buruk tetapi akhirnya kemenangan diperoleh maka Cech tidak terhukum dengan kesilapan ini.

Perlawanan ini berlangsung panas apabila dua kad merah telah dilayangkan dan satu keributan telah terjadi.

Drinkwater Koyak

Pemain tengah Chelsea, Danny Drinwater telah dilayangkan kad kuning kerana bertindak menyepak pemain skuad Bawah-23 Tottenham Hotspur sekaligus mencetuskan ketegangan.

Pemain berusia 30 tahun itu pada mulanya dijatuhkan oleh Devine selepas satu hadangan keras di sebelah sisi padang ketika perebutan bola pada situasi 50-50.

Selepas memenangi bola, Devine kemudiannya mahu melarikan bola untuk meneruskan permainan, pada ketika kedudukan sedang terikat 2-2.

Tetapi Drinkwater yang tidak mendapat tempat di dalam skuad utama Frank Lampard nyata mempunyai idea lain.

Beliau bertindak menyepak pemain berusia 16 tahun itu dari belakang, dan insiden tersebut mencetuskan kekecohan di kalangan pemain kedua-dua pasukan.

Disebabkan apa yang berlaku, pengadil perlawanan terpaksa memberi arahan keluar padang kepada kedua-dua pemain menyebabkan kedua-dua pasukan mengakhiri perlawanan dengan 10 pemain.

Drinkwater sudah tdak beraksi bersama skuad utama Chelsea sejak 2018, dan pernah dipinjamkan ke Burnley dan Aston Villa.

Drinkwater yang pernah mewakili England sebanyak 3 kali, ditahan polis selepas ditahan ketika memandu dalam keadaan mabuk dalam insiden yang berlaku awal pagi tadi pada April tahun lalu di Cheshire.

BACA:Β  Petr Cech Umum Akan Bersara Pada Penghujung Musim Nanti