PGMOL ‘Reject’ Aduan Liverpool Kerana Kelab Itu Dianggap Tidak Tahu Peraturan Bola Sepak

Kekecewaan Liverpool terhadap kualiti pengadilan ketika seri menentang Aston Villa pada Sabtu lalu nampaknya hanya berlaku secara sia-sia kerana Kesatuan Pengadil Profesional Limited (PGMOL) dilaporkan akan menolak aduan yang dilakukan oleh kelab Merseyside itu mengenai mutu pengadilan pengadil di perlawanan tersebut.

Sebelum ini Liverpool menulis surat aduan kepada PGMOL untuk meminta penjelasan mengapa jaringan Cody Gakpo dibatalkan kerana offside dan Tyrone Mings hanya menerima kad kuning kerana kekasaran terhadap penyerang mereka itu.

Menurut PGMOL keputusan pengadil untuk kedua-dua keputusan tersebut adalah berdasarkan tafsiran pengadil kepada situasi secara subjektif berdasarkan peraturan.

Dalam perlawanan pada hujung minggu lalu, Gakpo menyangka dirinya telah menjaringkan gol penyamaan untuk Liverpool selepas pergelutan di dalam kotak penalti.

Jaringan tersebut kemudiannya dibatalkan oleh VAR selepas semakan dilakukan kerana Virgil van Dijk berada di dalam kedudukan offside ketika gerakan menuju jaringan itu dilakukan.

Van Dijk menerima bola di dalam kedudukan offside selepas Ezri Kosa gagal melakukan clearance kemas. Jika tindakan Kosa dianggap tidak disengajakan (deliberate play), jaringan tersebut sepatutnya kekal.

Namun demikian, peraturan deliberate play hanya akan dianggap sedemikian selepas bola itu berjaya dikawal oleh pemain itu terlebih dahulu.

Selepas perlawanan Jurgen Klopp berkata beliau telah berbincang mengenai perkara itu dengan pengadil, John Brooks mengenai insiden tersebut.

“Dia berpendapat ia bukan tindakan tidak disengajakan tetapi saya berpendapat sebaliknya,” kata pengurus dari Jerman itu.

Klopp turut tidak berpuas hati dengan dan mengadu mengenai hadangan keeas ming terhadap Gakpo pada babak pertama perlawanan.

“Cody kelihatan seperti mendapat tajaan daripada jenama terkenal dengan parut yang sangat jelas di dada. Ia tidak akan berlaku sekiranya ia bukan kekasaran melampau,” jelas Klopp lagi.

Untuk insiden tersebut, Brooks hanya melayangkan kad kuning kepada Mings, dan pengendali VAR untuk perlawanan tersebut, Tony Harrington tidak mempunyai sebarang bantahan terjadap keputusan Brooks.

Di dalam kes ini kekasaran (kerana kaki tinggi) adalah berdasarkan tahap ketegasan penagdil, terutama jika pemain yang melakukan kesalahan dianggap tidak menyedari posisi pemain yang mereka kasari. Kekuatan atau impak kekasaran turut akan diambil kira.

Liverpool dianggap sepatutnya lebih tahu untuk menilai situasi tersebut kerana insiden hampir serupa turut pernah berlaku kepada pemain mereka sebelum ini. Tindakan Liverpool membuat aduan pula seolah-olah kelab itu berada di dalam situasi pentingkan diri dan tidak tahu peraturan bola sepak.

Ketika menentang Tottenham, Diogo Jota dilihat melakukan kekasaran ketika cuba mencabar Oliver Skipp sehingga mencederakan pemain itu. Seperti insiden melibatkan Gakpo dan Mings, VAR turut tidak campur tangan dalam insiden tersebut.

PGMOL mengakui dalam sesetengah kes VAR turut pernah memberi keputusan yang salah sepanjang musim ini, namun kes ini bukan salah satu daripadanya.

Sudah pasti – sepertimana perlawanan lain – keputusan penting seperti insiden tersebut akan dilihat dan dinilai semula oleh sebuah kumpulan bebas yang dilantik untuk menilai prestasi keseluruhan pengadil.

BACA:  Neymar Pernah Membantu Liverpool Menjuarai EPL