Phil Neville: Penjualan Nemanja Matic Adalah Urusniaga Paling Buruk Pernah Saya Lihat

Bekas pemain Manchester United, Phil Neville berkata keputusan Chelsea untuk menjual Nemanja Matic kepada Manchester United adalah keputusan paling buruk pernah beliau lihat dalam sejarah Liga Perdana Inggeris.

Chelsea dibelasah 3-0 ketika bertandang ke Itali untuk bertemu AS Roma, di mana mereka dilihat bergelut untuk mengawal bahagian tengah dengan baik selepas kehilangan N’golo Kante akibat kecederaan.

Namenja Matic kini berusia 29 tahun, menamatkan pertalian tiga tahun beliau bersama The Blues untuk kembali bersama Jose Mourinho di Old Trafford dalam perjanjian bernilai £40 juta pada tirai perpindahan pemain musim panas lalu.

Matic membuat penampilan pertamanya bersama Red Devil ketika mereka tewas kepada Real Madrid dalam Piala Super UEFA.

Matic menggosok kepala penonton selepas terkena bola yang ditendang.

Sejak menyertai Manchester United, Matic telah berjaya memperkasakan bahagian tengah pasukan tersebut, dan apabila digandingkan bersama Paul Pogba, Red Devils mempunyai gandingan tengah paling bagus dalam Liga Perdana Inggeris.

Aksi cemerlang yang ditampilkan Matic setakat ini telah menerima pujian bekas pemain mereka, Phil Neville yang jelas gembira dengan pembelian Matic.

Neville bagaimanapun masih bergelut untuk memahami rasional disebalik penjualan pemain berkualiti seperti Matic yang dilakukan barisan pengurusan Chelsea. Ketika berucap dalam BBC Five Live, Neville memberikan komen beliau mengenai punca utama Chelsea mengalami kekalahan berat di tangan AS Roma.

“Satu perkataan – Matic. Bagi saya sebabnya sangat mudah. Musim lepas, apabila Chelsea mempunyai Matic dan Kante di bahagian tengah. mereka mempunyai gandingan tengah paling berkualiti berbanding pasukan lain dalam Liga Perdana Inggeris.”

Matic dan Mourinho kembali bersatu.

“Mengapa mereka menjual Matic.. siapa yang melakukan keputusan tersebut perlu dipecat kerana ia adalah keputusan paling buruk pernah saya lihat dalam Liga Perdana Inggeris. Untuk menjual pemain yang masih mampu memberikan aksi berkualiti adalah keputusan yang tidak bagus.”

“Jika kamu bertanya kepada mana-mana pemain Chelsea buat masa sekarang siapa pemain yang mereka mahukan dalam pasukan. Lupakan pemain lain dalam dunia bolasepak sekarang kerana mereka mahukan Matic kembali.”

“Bakayoko bukan pemain yang mampu melakukan apa yang pernah dilakukan Matic kepada Chelsea. Ada lubang besar pada bahagian tengah Chelsea sekarang. Cesc Fabregas bukan peman tengah bertahan yang boleh bermain dalam sistem dua pemain tengah.”

“Fabregas lebih sesuai dalam sistem 3 pemain tengah. Beliau mahu bermain lebih bebas dengan dua pemain dibelakang mampu memberikan sokongan kepadanya. Tambahan pula, Chelsea tidak menggantikan Matic. Samada Matic mahu keluar atau tidak, saya tidak akan membenarkan beliau keluar dari bangunan kelab.”

Chelsea – Benfica – Chelsea – Manchester United

Produk akademi Red Star Belgrade ini menyertai Chelsea pada tahun 2009 tetapi hanya mampu membuat 2 penampilan ketika itu sebelum menyertai Benfica secara tetap.

Matic kembali menyertai Chelsea pada tahun 2014 selepas mempamerkan aksi cemerlang ketika membantu Benfica merangkul pelbagai kejuaraan peringkat domestic.

Matic berjaya membantu Jose Mourinho memenangi kejuaraan liga buat kali ketiga, disamping melakukan 151 penampilan sepanjang berada di Stamford Bridge.

Penulis

Artikel ini ditulis oleh Izzuddin Ismail untuk disiarkan di thesukan.com

Baca Juga

Baca Juga