Piala AFC Final: Kuala Lumpur City 0-3 Al- Seeb

Kuala Lumpur City FC telah melakar kejutan dan sejarah tersendiri apabila berjaya mara ke perlawanan akhir Piala AFC untuk bertemu pasukan dari Omam, Al-Seeb.

Stadium Nasional Bukit Jalil menjadi pentas perlawanan akhir ini yang menyaksikan Kuala Lumpur City FC tewas tiga gol tanpa balas kepada Al-Seeb.

Walaupun bermain di Malaysia tiada halangan untuk penyokong Al-Seeb hadir memberikan sokongan.

Kerabat Diraja, Sayyid Theyazin bin Haitham Al Said memberikan sokongan sepenuhnya kepada Al-Seeb yang layak ke perlawanan akhir Piala AFC buat julung kalinya pada musim ini, apabila turut mengatur penerbangan dari Muscat untuk membawa penyokong kelab itu ke Kuala Lumpur.

Syaid Theyazin adalah kerabat Diraja Oman dan juga Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan Oman. Selain daripada sumbangan berbentuk kewangan daripada kementeriannya, beliau turut bekerjasama dengan syarikat penerbangan Oman Air agar penyokong Al Seeb mampu hadir ke Stadium Nasional Bukit Jalil pada malam ini.

Seperti mana kejayaan Al-Seeb berjaya ke final menjadi kebanggan negara Omam, maka begitulah yang dirasai oleh peminat bola sepak Malaysia dengan pencapaian Kuala Lumpur City FC.

Perlawanan akhir ini dimulakan pada waktu diluar kebiasaan jadual bola sepak Malaysia apabila wisel permulaan pada jam 7 petang.

KL City memulakan perlawanan dengan agak baik dengan sokongan penyokong di Stadium dan Al-Seeb pula tidak jauh jauh tarafnya berbanding pasukan lain di Malaysia menjadikan perlawnaan ini tidak berat sebelah dan seimbang.

Al-Seeb di hadapan pada minit ke-22 menerusi Al Al Busaidi. Di mana sepakan penjuru pemain itu terus menerjah gawang selepas Kevin Mendoza gagal memenangi bola tinggi.

Penyokong KL City meminta semakan VAR dengan jeritan ‘VAR, VAR’. Namun pengadil mendapat pengesahan dari bilik VAR bahawa gol itu bersih dan tidak perlu untuk disemak di monitor.

Al-Seeb menambah satu lagi gol sebelum tamat separuh masa pertama menerusi Albdulaziz Al-Muqbali pada minit ke-37.

Kealpaan dan permainan tidak fokus dari pertahanan pertahanan KL City menyaksikan Albdulaziz Al-Muqbali dengan mudah menerima bola di hadapan gol dan melakukan sundulan bebas.

Dua percubaan terbaik turut berjaya dihadirkan oleh Kuala Lumpur City FC terutamanya daripada Zhafri Yahya ketika gawang sudah terhidang namun gagal disudahkan.

Diseparuh masa kedua, Bojan Hodak menukar cara permainan kepala lebih menyerang dan itulah pilihan yang ada selepas ketinggalan dua gol tatkala bermain dengan lebih bertahan.

Kesungguhan pemain KL City untuk mengurangkan defisit jaringan jelas kelihatan dengan permainan lebih direct ke kawasan Al-Seeb.

Nampak garang dari KL City namun tidak berbisa lantaran ketumpulan sentuhan penyudah dihadapan gol lawan.

Al Seeb sebaliknya mendapat gol ketiga menerusi Muhseen Al Ghasani pada minit ke-69 untuk memastikan kelab Oman itu selesa dengan 3 gol.

Di mana dia melakukan gerakan solo dalam kotak penalti dan menewaskan Kevin Ray Mendoza di tiang dekat dan terus membunuh perlawanan.

Tiada apa yang mampu dilakukan oleh anak buah Bojan Hodak dengan 20 minit berbaki apabila terus gagal untuk sekadar mencari gol saguhati hingga ke wisel penamat.

Al-Seeb mencipta sejarah dalam bola sepak Oman apabila menjadi kelab pertama negara itu untuk menjuarai Piala AFC.

Walaupun tewas, pencapaian KL City ini boleh dianggap sebagai satu pencapaian yang luar biasa di mana tiada siapa yang menyangka KL City mampu mara ke final.

Musim lalu, KL City mencipta kejutan besar apabila berjaya menewaskan JDT di perlawanan akhir Piala Malaysia dan musim ini terus terbang ke Asia.

Baca Juga

Baca Juga