Piala AFF 2016 Harimau Malaysia Sasar Separuh Akhir Sahaja

Pengurus pasukan negara, Datuk Hamidin Mohd. Amin pasukan Harimau Malaysia hanya menyasarkan ke separuh akhir sahaja pada saingan Piala AFF 2016 yang bakal berlangsung pada minggu hadapan.

“Misi awal Malaysia adalah melepasi Kumpulan B, yang mana berjaya menempatkan diri dalam kedudukan dua terbaik akan mengesahkan slot separuh akhir. Datuk Hamidin Mohd. Amin

Datuk Hamidin Mohd. Amin juga menambah, Malaysia merupakan pasukan pilihan kumpulan B untuk melepasi peringkat kumpulan bersama Vietnam tetapi pasukan Myanmar selaku tuan rumah tidak boleh dipandang rendah begitu juga dengan pasukan Kemboja.

“Kami kena selesaikan satu persatu perlawanan dengan Kemboja akan menjadi pasukan pertama bakal kita hadapi Ahad ini, kemudian Vietnam dan tuan rumah Myanmar.

“Misi utama adalah meraih tiga mata menentang Kemboja, kemudian beri tumpuan untuk melepasi peringkat kumpulan. Selepas mara ke separuh akhir, kami akan jumpa semula media (tetapkan sasaran baharu).kata Hamidin dalam sidang akhbar di sini, hari ini.

Sementara itu Kapten Malaysia, Amri Yahyah berkata :

“Setakat ini semua pemain memberi komitmen yang tinggi. Kalau nak ikutkan, masa latihan…Tiada masalah.

“Saya harap mereka lebih tenang dan memberi fokus pada setiap perlawanan.”

Selamat maju jaya Harimau Malaysia!

Baca Juga

Baca Juga