Persatuan bola sepak Malaysia (FAM) melalui media rasmi mereka telah mengeluarkan senarai kesebelasan utama Malaysia pilihan Kim Pan Gon untuk perlawanan menentang Thailand di Separuh Akhir Pertama Piala AFF 2022.
Tidak banyak perubahan yang dilakukan hanya Lee Andrew Tuck seorang menggantikan Muhammad Mukhairi Ajmal Mahadi berbanding perlawanan menentang Singapura.
Kesebelasan utama Malaysia:
Ahmad Syihan Hazmi, Quentin Cheng Jiun-ho, Dominic Tan, Sharul Nazeem Zulpakar, Ruventhiran A/l Vengadesan,, Stuart John Wilkin, Brendan Gan, Lee Andrew Tuck, Muhammad Safawi Rasid, Mohamad Faisal Abdul Halim, Darren Lok.
Pemain Simpanan:
Kalamullah Al-hafiz Mat Rowi, Muhammad Rahadiazli Rahalim, Nur Shamie Iszuan Amin, Muhammad Fazly Mazlan, David William Rowley, Mohd Nor Hakim Hassan, Sergio Fabian Ezequiel Aguero, Aliff Haiqal Lokman Hakim Lau, Muhammad Mukhairi Ajmal Mahadi, Muhammad Haqimi Azim Rosli.
Kesebelasan Utama & Pemain Simpanan Harimau Malaya
Separuh Akhir 1 Piala Mitsubishi Electric AFF 2022 | Sabtu, 7 Januari 2023
⚽️ MALAYSIA 🇲🇾 🆚️ 🇹🇭 THAILAND
🕣 8.30 malam ini
🏟 Stadium Nasional, Bukit Jalil#FAM #HarimauMalaya #AFFMitsubishiElectricCup2022 pic.twitter.com/gPs5YmZ8hr— FA Malaysia (@FAM_Malaysia) January 7, 2023
Isu tiket dan pentas Jay Chou menjadi tumpuan dan kemarahan ramai kerana 21,000 tempat duduk terpaksa dikosong kerana terlindung dengan pembinaan konsert tersebut.
Piala AFF 2022: Kesebelasan Utama Malaysia vs Singapura
Kesebelasan utama Malaysia di saingan Piala AFF 2022 sentiasa menjadi tanda tanya termasuklah untuk perlawanan menentang Singapura lantaran Kim Pan Gon gemar mengubah dan merombak skuadnya dalam tiga perlawanan berbeza yang melambangkan kepercayaan tinggi dengan barisan pemainnya.
Selepas kehilangan Ahmad Khuzaimi Piee kerana mengalami kecederaan pada perlawanan pertama menentang Myanmar, Harimau Malaya kehilangan Azam Azmi Murad yang digantung dua perlawanan kerana kad merah.
Malaysia tewas kepada Vietnam dalam perlawanan penuh kontroversi lantaran keputusan pengadil yang dilihat sangat buruk dengan tidak peka dengan situasi perlawanan.
↕️ 𝗦𝗧𝗔𝗡𝗗𝗜𝗡𝗚𝗦
📊 Here's how things stand after Match Day 4 in Group 🅱️!
🧐 Which two teams do you fancy to go through?#AFFMitsubishiElectricCup2022 | #BeTheGameChanger pic.twitter.com/52TqfJzh2u
— AFF Mitsubishi Electric Cup (@affmecup) December 31, 2022
Derby Tambak yang menemukan Malaysia dan Singapura merupakan perlawanan terakhir dan perlawanan penentuan untuk mara ke separuh akhir.
Berdasarkan kutipan mata di dalam Kumpulan B apabila Singapura hanya memerlukan satu mata untuk berbuat demikian – hasil dua kemenangan dan satu seri dan 7 mata – berbanding pasukan negara yang memiliki 6 mata hasil dua kemenangan.
Kemenangan adalah wajib buat Harimau Malaya jika mahu hadir dan FAM telah mengumumkan bahawa hampir 57,000 keping tiket telah berjaya dijual untuk perlawanan yang berlansung di stadium Nasional Bukit Jalil.
56,742 Tiket Telah Terjual
Tiket serendah RM30 bagi menyaksikan perlawanan terakhir Kumpulan B, Malaysia lwn Singapura masih boleh dibeli di ▶️ https://t.co/EB7H05hGIC
Jom penuhkan Stadium Nasional, Bukit Jalil, malam ini!#FAM #HarimauMalaya #AFFMitsubishiElectricCup2022 pic.twitter.com/mhKeZVB62n
— FA Malaysia (@FAM_Malaysia) January 3, 2023
Kim Pan Gon menyatakan pasukannya kini sudah bersedia menentang Singapura dan persediaan sudah diatur untuk sebarang kemungkinan dan tempoh rehat panjang juga boleh menjadi kelebihan buat Malaysia.
“Pemain, kakitangan, semua orang sudah bersedia untuk perlawanan ini dan sudah tentu sementara Singapura mempunyai kelebihan mereka, kami juga mempunyai kelebihan kami.”
“Dengan sokongan dan dokongan penuh orang ramai kami akan berjuang dan melakukan yang terbaik untuk mendapatkan keputusan yang kami perlukan.”
Kesebelasan Utama & Pemain Simpanan Harimau Malaya
Piala Mitsubishi Electric AFF 2022 | Selasa, 3 Januari 2023
⚽️ MALAYSIA 🇲🇾 🆚️ 🇸🇬 SINGAPURA
🕣 8.30 malam ini
🏟 Stadium Nasional, Bukit Jalil#FAM #HarimauMalaya #AFFMitsubishiElectricCup2022 pic.twitter.com/g19HFqVcL8— FA Malaysia (@FAM_Malaysia) January 3, 2023
Dan inilah senarai kesebelasan utama Malaysia menentang Singapura dalam memastikan tempat ke separuh akhir Piala AFF 2022.
Kesebelasan utama Malaysia:
Ahmad Syihan Hazmi, Quentin Cheng Jiun-ho, Dominic Tan, Sharul Nazeem Zulpakar, Ruventhiran A/l Vengadesan, Muhammad Mukhairi Ajmal Mahadi, Stuart John Wilkin, Brendan Gan, Muhammad Safawi Rasid, Mohamad Faisal Abdul Halim, Darren Lok.
Pemain Simpanan:
Kalamullah Al-hafiz Mat Rowi, Muhammad Rahadiazli Rahalim, Nur Shamie Iszuan Amin, Muhammad Fazly Mazlan, David William Rowley, Mohd Nor Hakim Hassan, Sergio Fabian Ezequiel Aguero, Aliff Haiqal Lokman Hakim Lau, Lee Andrew Tuck, Muhammad Haqimi Azim Rosli.
Hanya dua pertukaran sahaja dari skuad ketika menentang Vietnam di mana Safawi Rasid menggantikan Andrew Lee Tuck dan Quentin Cheng ganti Azam Azmi Murad yang digantung dan Ahmad Khuzaimi Piee kembali disenaraikan.
Ketua Jurulatih Singapura, Takayuki Nishigaya menyatakan Singapura tidak akan bermain dengan corak permainan parking bas dalan perlawanan terakhir Piala AFF 2022 di kumpulan B menentang Harimau Malaya.
🗣 Lions Head Coach Takayuki Nishigaya and midfielder M. Anumanthan shared their thoughts ahead of tonight’s 2022 @affmecup Group B final match against Malaysia. 🦁🇸🇬@#SupportLocalFootball #AFFMitsubishiElectricCup2022
📸 @FASingapore pic.twitter.com/I9NIkVDPPa
— Lions Of Asia (@LionsOfAsia_SG) January 3, 2023
Takayuki Nishigaya sedar akan kelebihan yang dimiliki Singapura yang hanya memerlukan seri untuk mara namun dia mahu mengimbangi pendekatan agresif Kim Pan Gon dengan corak yang agresif juga.
Menurut ketua jurulatih Singapura dari Jepun itu bermain untuk satu mata belum memasuki persamaan atau formula mereka dan mereka juga mahukan kemenangan.
“Sudah tentu kami mempunyai kelebihan kerana mengetahui satu mata sudah cukup dan Malaysia perlu menang tetapi itu tidak akan mengubah cara kami bermain.”
“Kami menghormati pasukan lawan tetapi kami mahu menyerang sebanyak mungkin dan sementara kami menjangkakan Malaysia menjadi agresif, kami juga mahu melakukan perkara yang sama.”
Piala AFF 2022: Kesebelasan Utama Malaysia vs Vietnam
Pasukan Malaysia bertandang ke Stadium My Dinh, Hanoi untuk perlawanan ketiga Piala Mitsubishi Electric AFF 2022 disaingan kumpulan B bertemu Vietnam yang merupakan antara pasukan pilihan.
Vietnam merupakan ujian sebenar kekuatan skuad Harimau Malaya yang dipimpin oleh Kim Pan Gon dengan barisan muka baru yang setakat ini masih boleh ditebak kemampuan sebenar mereka.
Ketua Jurulatih Vietnam Park Hang Seo walaupun melaungkan keyakinan mampu menang namun tidak memandang rendah kemampuan pasukan Harimau Malaya ini.
Dalam dua perlawanan pertama Kim Pan Gon menurunkan dua barisan kesebelasan utama yang berlainan hanya mengekalkan Muhammad Safawi Rasid, Mohamad Faisal Abdul Halim dan Sharul Nazeem Zulpakar.
📽 Dengar apa kata ketua jurulatih Harimau Malaya, Kim Pan Gon pada sidang media di Hanoi, Vietnam, pagi tadi menjelang perlawanan ketiga Kumpulan B menentang Vietnam di Stadium My Dinh, malam esok.https://t.co/M8Kv0mTQZt#FAM #HarimauMalaya #AFFMitsubishiElectricCup2022 pic.twitter.com/5nfxqMN9k4
— FA Malaysia (@FAM_Malaysia) December 26, 2022
Kim Pan Gon mempunyai kepercayaan tertinggi kepada 23 pemain yang dibawanya dan percaturan pengendali Korea Selatan itu dilabel sebagai berani mati.
Brendan Gan dengan selambanya telah diturunkan dari bangku simpanan untuk beraksi di posisi baharu sebagai pemain pertahanan tengah ketika menentang Myanmar.
Berikut merupakan senarai kesebelasn utama Malaysia vs Vietnam:
Kesebelasan utama Malaysia:
Ahmad Syihan Hazmi, Muhammad Azam Azmi Murad, Sharul Nazeem Zulpakar, Dominic Tan, Ruventhiran A/l Vengadesan, Stuart John Wilkin, Brendan Gan, Muhammad Mukhairi Ajmal Mahadi, Mohamad Faisal Abdul Halim, Lee Andrew Tuck, Darren Lok.
Pemain Simpanan:
Kalamullah Al-hafiz Mat Rowi, Muhammad Rahadiazli Rahalim, Quentin Cheng Jiun-ho, Nur Shamie Iszuan Amin, Muhammad Fazly Mazlan, David William Rowley, Mohd Nor Hakim Hassan, Sergio Fabian Ezequiel Aguero, Muhammad Safawi Rasid, Aliff Haiqal Lokman Hakim Lau, Muhammad Haqimi Azim Rosli.
Kesebelasan Utama & Pemain Simpanan Harimau Malaya
Piala Mitsubishi Electric AFF 2022 | Selasa, 27 Disember 2022
⚽️ VIETNAM 🇻🇳 🆚️ 🇲🇾 MALAYSIA
🕢 7:30pm (VN) 🕣 8:30pm (MY)
🏟 Stadium My Dinh, Hanoi#FAM #HarimauMalaya #AFFMitsubishiElectricCup2022 pic.twitter.com/SlTRDDFmaq— FA Malaysia (@FAM_Malaysia) December 27, 2022
Kim Pan Gon telah membuat 9 pertukaran untuk kesebelasan utama menentang Vietnam dengan hanya Sharul Nazeem Zulpakar dan Mohamad Faisal Abdul Halim dari skuad yang membelasah Laos.
Ahmad Khuzaimi Piee yang disahkan kecederaan terkoyak betis oleh Kim Pan Gon selepas menentang Laos tidak ada dalam senarai pasukan walaupun di bangku simpanan.
Kesebelasan Utama Malaysia vs Laos
Malaysia turun untuk perlawanan kedua perlawanan Piala Mitsubishi Electric AFF 2022 di kumpulan B menentang Laos di Stadium Nasional Bukit Jalil dan tiga mata kedua wajib dicari.
Harimau Malaya menang tipis ke atas Myanmar dalam perlawanan pembukaan hasil jaringan tunggal Faisal Halim, aksi adiwira Syihan Azmi di minit menyelamatkan sepakan penalti menafikan Myanmar untuk berkongsi mata.
Beraksi di laman sendiri di stadium keramat Harimau Malaya, Stadium Nasional Bukit Jalil, Ketua jurulatih Malaysia, Kim Pan Gon bukan sekadar mahukan tiga mata tetapi juga jaringan yang besar.
Dalam perlawanan Vietnam menentang Laos, pasukan Vietnam berpesta gol apabila membelasah pasukan Sejuta Gajah dengan enam gol tanpa balas.
“Sasaran kita, mesti menang (esok) dan jika kita mahu menamatkan saingan kumpulan di kedudukan teratas, kita perlu mengejar perbezaan gol. Vietnam sudah dapat enam jaringan manakala kita satu, dan kita kurang lima gol.”
“Kita amat menghormati Laos kerana selepas kekalahan besar, mereka pasti bangkit lebih kuat. Tentu mereka tidak mahu kalah lagi. Kita perlu lebih kuat berdepan Laos untuk capai sasaran kita,” Ujar Kim Pan Gon kepada Awani.
Kim Pan Gon dijangka lakukan beberapa perubahan dalam senarai kesebelasan utama Harimau Malaya menjelang pertemuan berdepan Laos malam ini.
Khuzaimi Piee hampir pasti tidak dapat diturunkan susulan alami kekoyakan di bahagian betis.@ASTROARENA pic.twitter.com/3d16Fxjq8t
— Fadhirul Shuhaimi (@FadhirulS) December 24, 2022
Dan untuk merealisasikan sasaran itu inilah kesebelasan utama Malaysia vs Laos yang telah di senaraikan Kim Pan Gon dengan rombakan besar-besaran:
Kesebelasan utama Malaysia:
Muhammad Rahadiazli Rahalim, Quentin Cheng Jiun-ho, Sharul Nazeem Zulpakar, Nur Shamie Iszuan Amin, Muhammad Fazly Mazlan, Muhammad Mukhairi Ajmal Mahadi, David William Rowley, Mohd Nor Hakim Hassan, Mohamad Faisal Abdul Halim, Sergio Fabian Ezequiel Aguero, Muhammad Safawi Rasid.
Pemain Simpanan:
Kalamullah Al-hafiz Mat Rowi, Ahmad Syihan Hazmi, Dominic Tan, Muhammad Azam Azmi Murad, Ahmad Khuzaimi Piee, Aliff Haiqal Lokman Hakim Lau, Ruventhiran A/l Vengadesan, Lee Andrew Tuck, Darren Lok, Stuart John Wilkin, Brendan Gan, Muhammad Haqimi Azim Rosli.
Kesebelasan Utama & Pemain Simpanan Harimau Malaya
Piala Mitsubishi Electric AFF 2022 | Sabtu, 24 Disember 2022
⚽️ MALAYSIA 🇲🇾 🆚️ 🇱🇦 LAOS
🕣 8.30 malam ini
🏟 Stadium Nasional, Bukit Jalil#FAM #HarimauMalaya #AFFMitsubishiElectricCup2022 pic.twitter.com/VqUc2teN4T— FA Malaysia (@FAM_Malaysia) December 24, 2022
Berita buruk buat skuad Harimau Malaya apabila tonggak pertahanan negara, Ahmad Khuzaimi Piee yang mengalami kecederaan ketika menentang Myanmar dan dijangka terlepas baki perlawanan kejohanan.
Berita ini berdasarkan dari laporan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam yang menjangkakan aksi Ahmad Khuzaimi Piee di Piala AFF 2022 sudah berakhir.
“Khuzaimi Piee mungkin akan terlepas pada keseluruhan AFF 2022 berdasarkan keadaannya tadi. Dia terpaksa guna Shoulder Crutches. Skuad Harimau Malaya akan update lepas teliti laporan pegawai perubatan. Doakan Jimmy cepat sembuh. 🤲😢”
Khuzaimi Piee maybe will miss out in the entire AFF 2022 based on keadaannya tadi. Dia terpaksa guna Shoulder Crutches. Skuad Harimau Malaya akan update lepas teliti laporan pegawai perubatan. Doakan Jimmy cepat sembuh. 🤲😢
— Zulhelmi Zainal Azam (@zulhelmizainal1) December 21, 2022
Antara berita yang menjadi perbualan peminat bola sepak Malaysia menjelang pertemuan Malaysia dan Laos ini adalah mengenai isu kanvas bagi menutup permukaan padang bagi mengelakkan padang ditakungi air.
Kanvas padang milik kelab bola sepak Johor Darul Ta’zim (JDT) sekali lagi digunakan untuk menutup permukaan padang dan mengelakkannya daripada ditakungi air.
Ini bukan kali pertama kanvas milih juara Liga Super Malaysia (MSL) sembilan kali berturut-turut itu dipinjamkan untuk kegunaan padang di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ).
Langkah tersebut dilakukan bagi mengelak permukaan padang SNBJ ditakungi air sehingga merosakkan permukaan padang seperti mana yang dialami ketika pusingan kelayakan ketiga Piala Asia 2023 yang berlangsung pada Jun lalu.
Junjung kasih kepada Tunku Mahkota Johor (TMJ), DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim atas kesudian baginda meminjamkan kanvas bagi menutup permukaan padang menjelang perlawanan Piala Mitsubishi Electric AFF 2022, Malaysia lwn Laos di Stadium Nasional, malam ini. pic.twitter.com/3MEfVgyhsQ
— FA Malaysia (@FAM_Malaysia) December 24, 2022
Bagi mengatasi masalah itu, kanvas berwarna hijau dipinjamkan oleh JDT untuk mengelakkan air bertakungan sekaligus memastikan keadaan padang berada di tahap terbaik sebelum perlawanan bermula.
Sebelum ini, kanvas tersebut pernah digunakan dalam perlawanan akhir Piala FA 2022 ketika JDT menentang Terengganu pada 10 September lepas.
Kanvas sama turut digunakan menutup permukaan padang SNBJ sebelum perlawanan akhir Piala Malaysia pada bulan lalu setelah hujan turut lebat pada sebelah siang menjelang perlawanan.
Kanvas itu sebenarnya milik JDT dan sering digunakan di Stadium Larkin dan ia adalah langkah proaktif diambil pemilik JDT, Tunku Ismail Sultan Ibrahim (TMJ) bagi memastikan kelancaran final Piala FA tanpa berhadapan masalah padang basah.
Sejak daripada itu, pihak Perbadanan Stadium Malaysia (PSM) secara berterusan meminta kanvas sama dipinjamkan setiap kali membabitkan perlawanan penting di SNBJ.