Piala Asia 2023: Jepun 4-2 Vietnam

Wakil Asia Tenggara Vietnam turun beraksi perlawanan pertama Piala Asia 2023 bagi saingan kumpulan D menentang gergasi bola sepak Asia Si Sang Samurai Biru, Jepun.

Jika dilihat di atas kertas sepertinya Vietnam pastinya menjadi lawan mudah buat Vietnam namun itu tidak terjadi apabila Vietnam memberikan segalanya.

Takumi Minamino seakan mahu memulakan pesta dengan jaringan melalui rembatan deras pada minit ke-11.

Namun jaringan itu hanya mampu bertahan selama lima minit, Dinh Bac Nguyen menyamakan kedudukan melalui tandukan ajaib berpunca dari sepakan penjuru ketua pasukan, Hung Dung Do.

Jaringan itu nyata menjadi tonik kepada Vietnam dan berjaya berada di depan pada minit ke-33 melalui Tuan Hai Pham yang deras menyambar bola muntah tandukan Bui Hoang Viet Anh.

Jepun tidak panik apabila Takumi Minamino menjaringkan gol penyamaan dengan penuh ketenangan penyudah.

Di masa kecederaan, Jepun terus melebarkan defisit kepada dua gol dengan rembatan lencong cantik Keito Nakamura yang hanya mampu dilihat Filip Nguyen.

Baki 45 minit permainan tiada gol tambahan di mana Jepun mengendurkan permainan mereka dan cukup untuk mengekang Vietnam dari melakukan kejutan ke atas mereka lagi.

Dalam satu perlawanan kumpulan D, satu lagi wakil Asia Tenggara, Indonesia akan bertemu Iraq.

Baca Juga

Baca Juga