Vietnam menewaskan Malaysia 2-0 pada malam Sabtu, bagi aksi dalam Kumpulan D Piala Asia U23 AFC Qatar 2024.
Kemenangan mengesahkan tempat Vietnam di suku akhir berikutan kekalahan Uzbekistan 5-0 ke atas Kuwait dalam perlawanan lain kumpulan itu.
Pasukan dari Asia Tenggara itu akan menentang Uzbekistan pada Selasa untuk menentukan pemenang kumpulan dalam pertemuan antara finalis 2018.
Malaysia, ditewaskan 2-0 oleh Uzbekistan dalam perlawanan pembukaan mereka.
Malaysia melakukan ancaman hanya selepas empat minit dengan Fergus Tierney berjaya melepasi pertahanan Vietnam tetapi rembatannya tidak menerjah jaring.
Vietnam membalas dengan peluang yang berjaya yang menyaksikan hantaran lintang Khuat Van Khang dari kiri menemui Vo Hoang Minh Khoa di tengah, dengan tandukan pemain itu memaksa Azim Al Amin melakukan penyelamatan refleks.
Najmuddin Akmal turut berpeluang untuk menjaringkan gol. Namun percubaan pemain itu tinggi melepasi palang.
Permainan seimbang akhirnya menyaksikan gol pembukaan yang dinanti nanti terhasil enam minit sebelum tamat separuh masa pertama. Ini apabila Khuat Van Khang menghantar sepakan percuma melencong dengan kaki kirinya ke sudut atas untuk memberikan pendahuluan kepada Vietnam.
Penjaga gol Malaysia cuba menggapai bola itu namun tidak berdaya.
Malaysia boleh masuk ke bilik rehat dengan gol penyamaan, apabila hantaran tinggi Luqman Hakim menemui Tierney pada minit keenam masa tambahan tetapi penyerang itu tidak berjaya menanduk masuk ke sasaran.
Ditekan oleh Malaysia pada permulaan semula, Vietnam mengambil pendekatan lebih sabar dan cuba menyakiti lawan mereka dengan corak permainan berasaskan serangan balas.
Taktikal itu berjaya membuahkan hasil. Ini kerana berpunca daripada gerakan pantas daripada serangan balas itu pemain gantian Vietnam, Bui Vi Hao menlepasi Muhammad Ubaidullah. Kemudian Ubaidullah menjatuhkan pemain itu dengan kekasaran dari belakang.
Pengadil memberikan sepakan penalti kepada Vietnam. Dan ianya dengan cemerlang disempurnakan oleh Vo Hoang Minh Khoa. Rembatannya rendah, dan dapat dibaca, namun gagal diselamatkan penjaga gol Malaysia.
Peluang terbaik Malaysia untuk gol saguhati datang lewat daripada satu lagi hantaran ke belakang Vietnam yang longgar tetapi, sekali lagi, Tierney tidak dapat melakukan percubaan yang lebih baik.
Tamat perlawanan, Vietnam 2 Malaysia 0.
Malaysia rasminya bungkus daripada Piala Asia B-23 edisi kali ini. Dengan perlawanan terakhir akan menjadi aksi pelengkap jadual.