Piala Asia: Naib Juara SAFF Tewaskan Semi Finalis AFF

Pemain paling tua dalam skuad India Sunil Chhetri menjaringkan 2 gol untuk membantu India membuat permulaan yang baik pada kempen Piala Asia kali ini.

Chhetri menjaringkan gol pada setiap babak permainan, membantu skuad ini mencatat kemenangan pertama sejak 55 tahun lalu dalam 3 kemunculan di kejohanan ini. India mendahului kumpulan A selepas Emiriyah Arab bersatu dan Bahrain seri 1-1 pada perlawanan semalam.

Dalam perlawanan yang dipenuhi dengan kekasaran ini, Thailand terlebih dahulu menguji gawang India pada minit ke-11 melalui pemain tengah Thitipan Puangchan selepas menerima hantaran Adisak Kraisorn.

10 minit selepas itu, Thailand terus menambah dengan 3 percubaan dalam tempoh 4 minit melalui Teerasil Dangda, Chalermpong Kerdkaew dan Adisak Kraisorn. Tetapi India terlebih dahulu berjaya membuka jaringan apabila bola percubaan Ashinque Kuruniyan terkena tangan Theerathon Bunmanthan selepas melantun dari penjaga gol .

Chhetri mudah menyempurnakan sepakan penalti tersebut dengan melakukan tendangan di penjuru kiri gawang.

Sunil Chhetri (11) berjaya menjaringkan 2 gol ketika menentang Thailand yang berjaya mencatat 9 clean sheet dari 20 perlawanan terakhir. Foto MyKeel India

6 minit selepas itu Bunmanthan menebus kesilapannya apabila melakukan sepakan percuma berkualiti terus ke kepala Dangda untuk gol penyamaan. Sepakan percuma itu dihadiahkan selepas Chanathip Songkrasin dikasari pada jarak 30 meter.

Ketika perlawanan baru bermula seminit pada separuh masa pertama, hantaran lintang dari Kuruniyan dilepaskan oleh Udanta Singh bagi membolehkan Chhetri berlari dan terus melakukan rembatan separa lambung menewakan Chatcai Budbrom.

Ia merupakan jaringan ke-67 Chhettri untuk skuad kebangsaan India.

India terus menekan pasukan dari Asia Tenggara ini sekali lagi dengan kelincahan Udanta yang membuat turning bagi membolehkan Anirudh Thapa menjaringkan gol ke-3 India pada minit ke-68 sekali gus menamatkan sisa perjuangan Thailand.

Selepas 2 minit India membuat pertukaran berganda termasuk memasukan Jeje Lalpekhlua, pemain ini pantas melakukan jaringan dengan sepakan lambung bagi menamatkan 10 bulan kemarau jaringannya.

Sejak 2015 skuad India dibawah kendalian Constantine ini meningkat agak drastik. Menduduki tangga tercorot pada kelayakan awal tewas kepada Iran, Oman, Turkmeistan juga tewas kepada Guam kembali bangkit pada 2017.

India menjuarai kumpualan A pada peringkat kelayakan pusingan akhir untuk mengenepikan Kygyzstan, Myanmar dan Macau.

Pada tahun 2018, India menjadi naib juara dalam kejohanan Piala SAFF dan hari ini pasukan ini hanya memerlukan 1 kemenangan lagi untuk mara ke pusingan ke-2 Piala Asia dalam kemunculan ke-3 mereka.

Baca Juga

Baca Juga