Piala Asia: Pemain Iraq Terima Kad Merah Selepas Raikan Gol Dengan Bersila Dan Makan

Penyerang Iraq Aymen Hussein menerima layangan kad merah kerana keraian gol ‘melampau’ ketika perlawanan pusingan ke-16 Piala Asia menentang Jordan – dan ia menjadi detik penting yang mengubah haluan perlawanan.

Penyerang berusia 27 tahun itu yang beraksi bersama Al Quwa Al Jawiya di Liga Iraq meletakkan skuad Jesus Casas di jadapan pada minit ke-76 untuk kedudukan 2-1 dalam perlawanan yang diadakan di Stadium Antarabangsa Khalifa itu.

Jaringan Aymen Hussein terhasil selepas dia menerima hantaran lintang bek sayap Merchas Doski daripada sebelah kiri. Tenang menahan bola dengan sentuhan pertama menggunakan kaki kananya, Aymen kemudiannya tidak membuat kesilapan menewaskan penjaga gol Jordan, Yazzed Abu Laila.

Sejurus selepas itu pemain berjersi No.18 itu berlari laju ke arah bertentangan untuk meraikan jaringan tersebut bersama penyokong Iraq yang lain.

Dia kelihatan duduk bersila sambil menunjukkan aksi makan bersuap menggunakan tangannya. Tindakan Aymen bagaimanapun tidak disenangi oleh pengadil perlawanan, Alireza Faghani.

Pengadil tersebut lantas melayangkan kad kuning kedua dalam perlawanan tersebur kepada Aymen- membuatkan ramai yang menyaksikan perlawanan tersebut kebingungan.

Al Jazeera yang berpengakalan di Doha ketika mengulas kejadian tersebut menulis: “Sukar saya mempercayai ini terjadi – beberapa saat selepas menjaringkan gol, Aymen Hussein diarahkan keluar padang.”

“Dia menerima kad kuning kedua, kerana meraikan gol. Sukar untuk menilai dimanakah kesilapan yang dilakukannya, tetapi pengadil jelas tidak pernah meragui tindakan melayangkan kad kuning itu. Ia mengubah perlawanan ini.”

Beraksi dengan 10 pemain selepas itu, Iraq yang merupakan antara pasukan pilihan di kejohanan ini kemudiannya mulai bergelut.

Selepas tertekan sejak wisel permulaan, Jordan akhirnya berjaya menjaringkan gol penyamaan pada minit ke-95 perlawanan melalui pemain pertahanan Yazan Al Arab.

Dan perlawanan berakhir dengan penuh dramatik apabila Nizar Al-Rashdan menjaringkan gol kemenangan Jordan pada minit ke-97.

Jordan yang berjaya meloloskan diri ke pusingan kalah mati selepas mengakhiri saingan peringkat kumpulan di kedudukan ketiga akan bertemu Tajikistan di suku akhir pada Jumaat ini.

Baca Juga

Baca Juga