Piala Dunia 2022: Croatia 1-1 Brazil (Penalti 4-2)

Croatia mempamerkan aksi kebangkitan untuk mengikat Brazil dan membawa permainan ke penentuan sepakan penalti yang menjadi kepakaran mereka dan menang 4-2.

Perlawanan antara Croatia menentang Brazil menjadi perlawanan pembukaan bagi peringkat suku akhir Piala Dunia 2022 yang berlangsung di Stadium Education City, Qatar.

Tiada kontroversi atau kenyataan yang panas untuk pertemuan Croatia dan Brazil ini apabila kedua-dua pasukan memilih untuk memfokuskan kepada perlawanan suku akhir sahaja.

Pemain tumpuan yang menjadi pasukan dalam perlawanan ini sudah pastilah Neymar bagi pasukan Brazil dan Luka Modric untuk Croatia.

Dari segi statistik dari peringkat kumpulan ke pusingan 16 boleh dikatakan agak seimbang walaupun serangan Brazil dilihat lebih mengancam untuk pertemuan ketiga Piala Dunia mereka selepas 2006 dan 2014.

Usai sepak mula berlangsung selepas pengadil perlawanan dari England, Michael Oliver meniup wisel Croatia menguasai bola untuk tempoh seketika sebelum Brazil dengan pantas mendapat rentak dan permainan mula menjadi milik mereka.

Vinicius Jr melakukan satu percubaan sepakan lencong dari jauh namun tidak cukup kuat untuk menujuk ke penjuru atas gawang mudah didakap Dominik Livakovic.

Brazil datang lagi dengan permainan satu dua cantik Richarlison dan Vinicius Jr namun rembatan Vinicius di hadang dan rembatan Neymar pula agak lemah.

Croatia masih tenang menyerap asakan dan selepas 30 minit perlawanan mula menjadi seimbang dan Croatia cuba untuk mencari gol.

Sepakan percuma Neymar terbias benteng Croatia tetapi gagal untuk mengundang bahaya, separuh masa yang agak hambar tamat tanpa jaringan dengan permainan yang berhati-hati.

Bersambung babak kedua Brazil terus garang dengan dua serangan penuh mengancam namn telah dinafikan namun bola recycle membolehkan Brazil kembali mencuba.

Pengadil menghentikan permainan untuk memberi laluan kepada VAR memeriksa bola terkena tangan pemain Croatia samada layak diberikan penalti atau tidak.

Tiada penalti dari VAR walaupun terkena tangan namun tidak cukup syarat sah penalti dan serangan bertali arus terus dilancarkan Brazil sebelum mengendur.

Melepasi tempoh sejam perlawanan masih tiada lagi gol berjaya dijaringkan. Penjaga gol Croatia, Dominik Livakovic terlalu unggul.

Pada minit ke-64, Lucas Paqueta memperoleh peluang terbaik untuk menjaringkan gol pembukaan namun Dominik Livakovic pantas keluar menerpa untuk menghadang.

Serangan bertali arus terus dilakukan Brazil dengan 15 percubaan serta 8 percubaan tepat namun gol tidak kunjung tiba dan permainan di bawa ke masa tambahan.

Croatia langsung tidak menghadirkan sebarang percubaan tepat sepanjang 90 minit permainan yang bermakna gagal menghadirkan bahaya.

Tiga minit sebelum tamat babak pertama masa tambahan, Croatia memperloleh peluang terbaik mereka dalam perlawananan ini.

Bruno Petkivic berjaya menciota peluang dalam situasi 5 vs 1 dengan kawlan bola kemas menunggu rakan namun rembatan Marcelo Brozovic ke laut.

Neymar akhirnya berjaya meletakkan Brazil dihadapan dipenghujung babak pertama masa tambahan dengan satu rembatan deras.

Permainan 1,2,3 membolehkan Neymar lolos dan penjaga gol Croatia juga digelecek Neymar sebelum melepaskan rembatan untuk gol ke-77 bersama Brazil.

Croatia panik selepas ketinggalan dan tiada pilihan lain yang ada kecuali memberi reaksi balas dengan melakukan serangan. Dengan tiba-tiba Croatia pandai memyerang.

Bruno Petkovic akhirnya menebus kebangangan awal dengan gol penyamaan denga satu rembatan padu yang cukup untuk menewaskan Alisson Becker.

Pada minit ke-117 barulah Croatia mendapat percubaan tepat pertama dan merupakan gol penyamaan.

Dominik Livakovic terus menjadi duri dalam daging Brazil apabila menghadang percubaan jarak dekat Casemiro untuk membawa perlawanan ke penentuan sepakan penalti.

Brazil masih belum pernah kalah dalam perlawanan Piala Dunia pada masa tambahan tetapi satu lagi peringatan Croatia tidak pernah tewas dalam penentuan sepakan penalti Piala Dunia.

1. Nikola Vlasic tenang menyempurnakan sepakan pertama dan Rodrygo gagal disepakan pertama untuk Brazil dengan satu tepisan padu dari Dominik Livakovic.

2. Lovro Majer mudah memperdayakan Alisson dengan merembat ketengah dan Casemiro dengan rembatan deras mencerahkan kembali peluang Brazil.

3. Luca Modric tenang untuk menghantar Alisson dan bola ke arah bertentangan. Pedro juga berjaya melakukan perkara sama.

4. Mislav Orsic walaupun nampak kenaling melakukan satu sepakan yang padu dan Marquinhos menamatkan perjalanan Piala Dunia Brazil.

FT | Croatia (4) 1โ€“1 (2) Brazil

Croatia menjadi pasukan pertama ke separuh akhir Piala Dunia 2022, Croatia mengekalkan rekod tidak pernah tewas dalam penentuan sepakan penalti Piala Dunia.

Kesebelasan Utama Croatia vs Brazil

Kesebelasan Utama Croatia: Livakovic, Juranovic, Lovren, Gvardiol, Sosa, Modric, Brozovic, Kovacic, Pasalic, Kramaric, Perisic.
Pemain Simpanan: Stanisic, Barisic, Erlic, Majer, Grbic, Vlasic, Livaja, Petkovic, Budimir, Orsic, Vida, Ivusic, Sutalo, Sucic, Jakic.

Kesebelasan Utama Brazil: Alisson, Eder Militao, Marquinhos, Thiago Silva, Danilo, Lucas Paqueta, Casemiro, Raphinha, Neymar, Vinicius Junior, Richarlison.
Pemain Simpanan: Alex Sandro, Fred, Weverton, Dani Alves, Fabinho, Bruno Guimaraes, Antony, Rodrygo, Everton Ribeiro, Ederson, Bremer, Pedro, Martinelli.

Pengadil: Michael Oliver (England).

Perjalanan Brazil ke Suku Akhir:

Brazil berada dalam kumpulan G bersama Serbia, Switzerland dan Cameroon. Selepas dua perlawanan Brazil mengesahkan tempat ke pusingan 16 terakhir sebelum tewas kepada Cameroon.

1. Brazil 2-0 Serbia
2. Brazil 1-0 Switzerland
3. Cameroon 1-0 Brazil

Pusingan 16: Brazil 4-1 Korea Selatan
Suku Akhir: Croatia vs Brazil

Perjalanan Croatia ke Suku Akhir:

Croatia telah diundi berada dalam kumpulan F yang turut dihuni oleh Morocco, Kanada dan Belgium. Croatia mencatatkan satu kemenangan dan dua seri untuk mengiringi Morocco selaku naib juara kumpulan.

1. Morocco 0-0 Croatia
2. Croatia 4-1 Kanada
3. Croatia 0-0 Belgium.

Pusingan 16: Jepun 1-1 Croatia (Penalti 1-3)
Suku Akhir: Croatia vs Brazil

Round of 16: Jepun 1-1 Croatia (Penalti 1-3)

Jepun Croatia

Finalis Piala Dunia 2018, Croatia meneruskan cabaran mereka di Piala Dunia 2022 untuk mara sejauh mungkin di mana pasukan dari Asia, Jepun menanti mereka di pusingan 16.

Di atas kertas Jepun bolehlah dianggap sebagai makanan tetapi setakat ini, Jepun telah melibas dua gergasi Eropah iaitu Jerman dan Sepanyol untuk menjadi juara kumpulan.

Semangat Samurai Biru yang meresap ke jiwa pemain Jepun menjadikan mereka bermain dengan penuh semangat dan mampu mencipta sesuatu yang tak dijangka.

Kualiti pemain Croatia tidaklah segah Sepanyol dan Jerman namun jelas lebih berkualiti dari pasukan Jepun dan mampukah mereka memadamkan semangat melawan Jepun ini?

Stadium Al Janoub akan menjadi medan pertempuran dua pasukan ini dan pemenang akan ke suku akhir untuk bertemu Brazil atau Korea Selatan.

Jepun terus mengasak dari awal permainan dan peluang mereka hadir seawal minit kedua melalui tandukan dari Shogo Taniguchi hasil umpanan Wataru Endo.

Tomiyasu telah melakukan kesilapan besar selepas mengutip bola sepakan gol Dominik Livakovic dan cuba membuat satu hantaran lemah kepada Shuichi Gonda.

Ivan Perisic berjaya merampas dan dalam situasi satu lawan satu gagal menunjukkan sentuhan penyudah. Peluang terbaik disia-siakan.

Daizen Maeda gagal menyambar untuk menolak masuk bola di tiang pertama dan Yuto Nagatomo cuba menjolok ditiang kedua namun Croatia berjaya mengeluarkan bola dari kawasan bahaya.

Jepun mempamerkan permainan penuh berani dengan bermain di tight area dan Croatia memilih bermain dengan selamat dengan cara yang lebih tenang.

Berpunca dari sepakan percuma yang gagal dari Modric, Jepun melakukan serangan balas pantas dan sempat bertukar hantaran dalam kotak Croatia.

Namun percubaan Daichi Kamada sangat jauh dari sasaran dan berselang selepas itu Jepun berada di depan.

Daizen Maeda membuka jaringan dengan satu rembatan jarak dekat dan VAR meneliti gol itu kalau-kalau ada unsur offside sebelum gol disahkan.

Daizen Maeda baru sahaja menjaringkan gol pertamanya dalam perlawanan kompetitif untuk Jepun.

Seperti beberapa permainan yang lepas 5 minit terakhir sebelum tamat 45 minit pertama menjadi sangat menarik dan pasti ada gol dijaringkan.

Begitu juga dengan perlawanan Jepun vs Croatia, pada minit ke-43 Jepun mendahului dan kedudukan kekal hingga rehat.

Sepuluh minit separuh masa kedua bersambung, Croatia berjaya menyamakan kembali kedudukan dengan satu sundulan yang sangat jahat mencari sudut bawah.

Gol berpunca dari hantaran sesedap rasa penuh umami dari Dejan Lovren yang menemui kepala Ivan Perisic. Boleh tahan jauh tanduk.

Wataru Endo membalas dengan satu rembatan yang sedikit melepasi palang dan Ivan Perisic sekali lagi datang tapi belum sempat merembat bola dirampas.

Ivan Perisic menjadi pemain keempat yang merekod jaringan di dalam tiga Piala Dunia terakhir untuk berada sebaris bersama Cristiano Ronaldo, Lionel Messi dan Xherdan Shaqiri.

Luka Modric akhirnya berjaya membuat satu rembatan lencong tak lencong lambung tak lambung yang pastinya jahat tetapi ditepis Shuichi Gonda.

Ante Budimir yang masuk menggantikan Bruno Petkovic pada minit ke-62 mensia-siakan peluang 4 minit kemudian dengan tandukan tersasar tanpa dicabar.

Rembatan kencang Ivan Perisic berjaya dikuis sedikit Tomiyasu dan memesongkan sedikit arah pergerakan bola menjauhi sedikit dari gawang.

Separuh masa kedua menjadi milik Croatia dengan beberapa peluang jahat lagi mengancam tapi mereka hanya mampu mengikat kedudukan sahaja dengan permainan berbaki tiga minit.

Perlawanan dibawa ke masa tambahan selepas kedudukan masih lagi terikat 1-1 dan ini merupakan masa tambahan pertama di Piala Dunia 2022 di peringkat kalah mati.

Kaoru Mitoma melakukan satu rembatan jarak jauh namun laluan bola tepat ke arah penjaga gol Croatia yang terus menepis ke atas tindakan susulan Endo tersangkut.

Croatia mendapat peluang terakhir di penghujung perlawanan dan tiada gol tambahan maka perlawanan dibawa pula kepenentuan sepakan penalti.

Takumi Minamino membuat sepakan pertama tetapi gagal selepas diselamatkan Dominik Livakovic, Nikola Vlasic meletakkan Croatia di depan.

Tekanan teruk buat Jepun Kaoru Mitoma juga gagal dan Marcelo Brozovic meletakkan Croatia 2 gol di depan.

Takuma Asano akhirnya menjadi pemain Jepun paling pandai sepak penalti dan Marko Livaja memberi harapan kepada Jepun selepas gagal disepakan ketiga.

Hatrik penalti save dari Dominik Livakovic menepis sepakan Maya Yoshida dan Mario Pasalic mengesahkan kemaraan Croatia ke suku akhir dengan kedudukan 3-1.

Kesebelasan Utama Jepun vs Croatia

Japan (3-4-3): Gonda; Tomiyasu, Yoshida, Taniguchi; Ito, Morita, Junya, Nagatomo; Doan, Maeda, Kamada. Subs: Kawashima, Mitoma, Saai, Hato, Schmidt, Minamino, Machino, Yamane, Tanaka, Ueda, Shibasaki, Asano, Soma.

Croatia (4-3-3): Livakovic; Juranovic, Lovren, Gvardiol, Barisic; Brozovic, Kovacic, Modric; Petkovic, Kramaric, Perisic. Subs: Grbic, Ivusic, Erlic, Majer, Vlasic, Livaja, Pasalic, Budimir, Orsic, Vida, Sutalo, Sucic, Jakic.

Referee: Ismail Elfath (USA)

BACA:ย  Gol Modric Hancurkan Impian Perancis Pertahan Gelaran Juara UNL