Piala Dunia 2022: Perancis 2-1 Denmark

Juara bertahan Piala Dunia, Perancis turun untuk perlawanan kedua kumpulan D menentang Denmark selepas menumbangkan Australia 4-1 dalam perlawanan pembukaan.

Denmark yang sekdar seri dalam perlawanan menentang Tunisia perlu meraih sekurang-kurangnya satu mata bagi membesarkan peluang mereka ke pusingan seterusnya.

Kemenangan akan memastikan Perancis yang merupakan pasukan pilihan untuk menjadi juara menjadi pasukan pertama mengesahkan kemaraan ke pusingan 16.

Perlawanan berlangsung agak membosankan dan perlawanan ini sepertinya bola jadi seperti perlawanan England menentang Amerika Syarikat yang bosan amat.

Pada minit ke-20 sepakan percuma Antonio Griezman telah mencari Ousmane Dembele di bucu kanan pada yang terus melakukan hantaran lintang.

Adrien Rabiot telah melakukan satu sundulan tajam ke gawang Denmark dan Kasper Schmeichel melakukan aksi menyelamat yang genting.

Perancis mempunyai beberapa peluang terbaik yang gagal disudahkan melalui kepala Giroud gagal untuk menepati sasaran dengan rembatan Kylian Mbappe pula dengan ruang yang selesa nun jauh ke bulan.

Pada minit ke-56, Kylian Mbappe telah melakukan satu larian solo dari tengah padang yang disusuli rembatan kencang memaksa penjaga gol Denmark, Kasper Schmeichel membuat tepisan.

Hantaran jauh Aurelien Tchouameni berjaya dihidu Griezmann yang mengawal bola dengan baik tetapi penyudahnya mencari bola ke bulan Mbappe sebelum itu.

Akhirnya Kylian Mbappe menemui jaringan pertamanya di Piala Dunia 2022 melalui satu gerakan menarik kombinasi satu dua bersama Theo Hernandez.

Bola melalui celahan pemain pertahanan Denmark yang menghalang pandangan Kasper Schmeichel untuk menyelamatkan bola.

Jaringan Mbappe hanya bertahan selama tujuh minit sahaja apabila Andreas Christensen menjaringkan gol penyamaan.

Gol berpunca dari sepakan penjuru Cristian Eriksen yang ditanduk sipi oleh Joachim Andersen dan bola menemui Andreas Christensen yang terus menyudul masuk.

Perancis diuji lagi dengan rembatan keras Jesper Lindstroem dan kali ini Hugo Lloris tidak tertewas dengan satu tepisan yang kemudiannya terus dikeluarkan dari kawasan bahaya.

Perancis tersentak dengan jaringan penyamaan Denmark dan kembali menyerang, aksi akrobatik Rabiot hampir menjadi gol antara tercantik di Piala Dunia tetapi sedikit tinggi.

Kemudian Martin Braithwaite membalas pula dengan satu rembatan kencang yang hanya lalu di tepi tiang.

Berbaki lima minit masa permainan sebenar hantaran lintang Antoine Griezmann berjaya disambar Mbappe untuk menjaringkan gol menggunakan peha.

Gol ke-14 Mbappe dalam 12 perlawanan terakhir bersama Perancis dan kini sudah menjaringkan tujuh gol di Piala Dunia pada usia 23 tahun.

Masa kecederaan selama 6 minit telah diberikan pengadil perlawanan dan tiada apa yang mampu dilakukan Denmark untuk sekurang-kurangnya mencuri satu mata.

Perancis telah melepasi badi pasukan juara bertahan yang selalu saja pulang awal selepas muncul juara dalam edisi sebelumnya dan Perancis sendiri pernah merasainya pada Piala Dunia 2002.

Kemenangan ini telah mengesahkan tempat Perancis di pusingan 16 dan menjadi pasukan pertama mara ke pusingan kalah mati di Piala Dunia 2022.

Perlawanan ketiga tidak lagi bermakna buat Perancis yang sudah mengesahkan kedudukan selaku juara kumpulan D melalui peraturan head to head.

France: Hugo Lloris, Jules Kounde, Raphael Varane, Dayot Upamecano, Theo Hernandez, Adrien Rabiot, Aurelien Tchouameni, Antoine Griezmann, Ousmane Dembele, Olivier Giroud, Kylian Mbappe

Denmark: Kasper Schmeichel, Joachim Andersen, Victor Nelsson, Andreas Christensen, Rasmus Kristensen, Pierre Hojbjerg, Christian Eriksen, Joakim Maehle, Jesper Lindstrom, Andreas Cornelius, Mikkel Damsgaard

Pengadil: Szymon Marciniak
Penolong Pengadil: Paweł Sokolnicki dan Tomasz Listkiewicz
Pegawai Keempat: Ma Ning
Penolong Pengadil Simpanan: Cao Yi

Video Pembantu Pengadil: Tomasz Kwiatkowski
Penolong Video Pembantu Pengadil: Juan Martínez Munuera
Video Offside Pembantu Pengadil: Taleb Al-Marri
Pembantu Video Sokongan Pengadil: Alejandro Hernández Hernández
Penolong Pengadil Video Siap Sedia: Mohammed Al-Hammadi

BACA:  Piala Dunia 2022: Dua Gol Bruno Fernandes Bawa Portugal Ke Pusingan Kalah Mati