Piala Dunia 2022: Romelu Lukaku Punca Belgium Tersingkir

Dua pasukan bereputasi besar turun untuk merebut slot ke pusingan 16 terbaik di mana Croatia merupakan naib juara dan Belgium pula pemenang tempat ketiga Piala Dunia 2018.

Croatia berada dalam situasi yang lebih baik apabila hanya perlu seri dan hanya kemenangan akan menghalang mereka dari pulang awal dari saingan Piala Dunia 2018.

Slot satu lagi seperti sudah dalam genggaman Hakim Ziyech dan rakan-rakan di mana agak sukar untuk Maghribi tewas kepada Kanada dalam satu lagi perlawanan.

Croatia sepertinya bermain dengan mahu mencari gol seawal mungkin bagi meletakkan mereka dalam situasi yang lebih selesa.

Dua kali penyelamatan penting dari Thibaut Courtois masih mengekalkan harapan negaranya dalam Piala Dunia dengan menafikan percubaan Marcelo Brozovic dan kemudian Luka Modric.

Croatia penuh harapan untuk meraih sepakan penalti dan yakin akan dianugerahkannya walaupun selepas diteliti oleh Video Assistant Referee (VAR).

Malang buat Croatia apabila VAR telah mengesan kecurangan lain apabila pemain Croatia terlebih dahulu offside dan harapan penalti terbatal begitu saja.

Gerakan menyerang Croatia di separuh masa pertama lebih separuh hadir melalui sebelah kirid dengan Ivan Perisic dan Borna Sosa memainkan peranan penting.

Separuh masa pertama berakhir dengan keputusan terikat seri tanpa jaringan dan bersambung permainan Belgium menggila dan mengasak kubu Croatia.

Yannick Carrasco telah melakukan satu larian yang boleh membuatkan ramai jatuh cinta dan hadangan telah dilakukan lalu bola menuju ke laluan Romelu Lukaku.

Romelu Lukaku telah melepaskan peluang terbaik apabila rembatannya ke gawang terbuka telah terkena tiang yang berdentum-dentum.

Tidak lama berselang, Lukaku mendapat peluang sekali lagi dari hantaran silang namun tandukan melepasi palang, Lukaku seperti terkejut dengan hantaran itu.

Entah apa yang bermain di benak fikiran apabila buat kali ketiga terlepas peluang mudah yang hanya memerlukan tolakan ringkas.

Tolakan berjaya dilakukan Lukaku tetapi ke sebelah tiang luar.

Entah kali keberapa bola datang lagi kepada Lukaku namun sentuhan pertamanya yang teruk walaupun boleh melakukan percubaan terus lalu meneutralkan ancaman walaupun tiada penjaga gol di gawang.

Kemudian datang lagi peluang yang gagal disudahkan oleh Lukaku yang bermain seperti salah seorang pemain pertahanan Croatia yang dengan baik menafikan peluang.

Croatia lebih bertahan di separuh masa kedua dan Belgium melakukan yang terbaik untuk mencari gol, semuanya hampir sempurna kecuali penyudah dari Lukaku.

Lukaku dengan mudah boleh menjaringkan hatrik dari 5 peluang terbaik yang dimiliki tapi Lukaku tetap Lukaku.

Gol tidak kunjung tiba sehingga tamat perlawanan dan Croatia mara selaku naib juara kumpulan F dibelakang Maghribi yang menewaskan Kanada 2-1.

Belgium berputih mata untuk berada ditempat ketiga harapan terakhir generasi emas yang sudah memasuki usia senja terpadam begitu saja.

Mereka hanya boleh menyalahkan diri sendiri dan tidak salah jika mereka mahu menjadikan Lukaku kambing hitam.

Lantaran kegagalan ini Roberto Martinez telah mengambil tanggungjawab dan melepaskan jawatannya selaku pengurus Belgium.

Kesebelasan Utama Croatia : Livakovic; Juranovic, Lovren, Gvardiol, Sosa; Modric, Brozovic, Kovacic; Kramaric, Livaja, Perisic.

Pemain Simpanan : Grbic, Ivusic, Stanisic, Erlic, Majer, Vlasic, Pasalic, Petkovic, Budimir, Orsic, Vida, Sutalo, Sucic, Jakic.

Kesebelasan Utama Belgium : Courtois; Meunier, Alderweireld, Vertonghen, Castagne; Dendoncker, Witsel; Carrasco, De Bruyne, Trossard; Mertens.

Pemain Simpanan : Mignolet, Casteels, Theate, Faes, Tielemans, Lukaku, Batshuayi, T Hazard, E Hazard, Doku, Vanaken, De Ketelaere, Openda, Debast.

Baca Juga

Baca Juga