Piala Dunia 2022: Sepanyol 1-1 Jerman

Pertembungan antara dua kuasa besar Eropah, Sepanyol dan Jerman merupakan antara perlawanan tumpuan dan ditunggu-tunggu di Piala Dunia kali ini.

Sepanyol dengan bergaya telah membenam Costa Rica dengan tujuh gol tanpa balas di perlawanan pembukaan manakala Jerman terkejut beruk tewas kepada Jepun.

Jerman merupakan lawan sebenar Sepanyol yang bakal menguji kegarangan anak buah Luis Enrique dan Jerman memerlukan kemenangan.

Dua pemain simpanan membawa perubahan bagi mengubah nasib kedua-dua pasukan.

Percubaan jarak jauh dari Dani Olmo hanya mampu melihat percubaannya terkena palang selepas penjaga gol Jerman, Manuel Neuer berjaya menepis sedikit bola ke atas.

Pada minit ke-10 Jerman melakukan gerakan menarik, lorongan Leon Goretzka berjaya sampai kepada Serge Gnabry namun Unai Simon pantas membaca dan menyelamatkan bola.

Gol Antonio Rudiger memecahkan kebuntuan dengan satu sundulan peluru menewaskan Unai Simon namun gol itu dibatalkan kerana Rudiger terlebih dahulu offside sebelum menerima hantaran Joshua Kimmich.

Niclas Fullkrug masuk dari bangku simpanan untuk menyelamatkan Jerman ketika mereka mengikat Sepanyol dengan keputusan seri 1-1 di Stadium Al Bayt.

Pemain gantian Sepanyol, Alvaro Morata membuka jaringan pada separuh masa kedua.

Namun Fullkrug memastikan Jerman mengelak kekalahan berturut-turut menyamakan kedudukan dengan tujuh minit masa permainan sebenar tamat.

Keputusan seri itu meninggalkan Sepanyol di puncak kumpulan E, menjelang perlawanan terakhir kumpulan menentang Jepun.

Jerman perlu menewaskan Costa Rica dan berharap La Roja membantu mereka untuk meluaskan peluang untuk layak.

Kesebelasan Utama Sepanyol: Simon, Carvajal, Rodri, Laporte, Jordi Alba, Gavi, Busquets, Gonzalez, Ferran Torres, Asensio, Olmo.

Pemain Simpanan : Sanchez, Azpilicueta, Garcia, Pau Torres, Llorente, Morata, Koke, Williams, Raya, Balde, Guillamon, Pino, Carlos Soler, Sarabia, Fati.

Kesebelasan Utama Jerman : Neuer, Sule, Kehrer, Rudiger, Raum, Gundogan, Kimmich, Goretzka, Gnabry, Muller, Musiala.

Pemain Simpanan : Ginter, Havertz, Fullkrug, Gotze, Trapp, Klostermann, Brandt, Hofmann, Sane, Gunter, ter Stegen, Schlotterbeck, Adeyemi, Kotchap, Moukoko

Sepanyol 7-0 Costa Rica

Perlawanan pertama bagi kumpulan E setakat ini yang dihuni oleh Sepanyol, Costa Rica, Jerman dan Jepun boleh dinobatkan sebagai kumpulan yang paling menghiburkan di Piala Dunia 2022, Qatar.

Dalam perlawanan pembukaan melibatkan Jepun dan Jerman kejutan besar terjadi apabila Jepun bangkit untuk membenam gergasi Eropah yang menjadi pilihan untuk mara.

Sepanyol satu lagi pasukan pilihan turun menentang Costa Rica dan seakan belajar dari kesilapan Jerman seperti terlebih yakin dan akhirnya terciduk.

Pengurus Sepanyol, Luis Enrique Martinez Garcia nyata tidak memandang rendah lawan dan memanfaatkan semua peluang untuk mengutip tiga mata penting.

Rekod Piala Dunia telah dicatat Spain apabila menguasai 81.8 penguasaan bola dan menyempurnakan 976 hantaran dalam tempoh 90 minit.

Hasilnya Costa Rica telah dibelasah dengan jaringan tujuh gol tanpa balas oleh barisan pemain muda Sepanyol yang dahagakan kemenangan.

Seperti Jerman, Sepanyol memulakan perlawanan dengan permainan penuh meyakinkan menentang lawan yang ternyata lebih lemah yang pasti kemenangan amat dimahukan.

Gol awal dimahukan Sepanyol dalam perlawanan ini secepat yang mungkin dan membuatkan lawan berada dalam tekanan lantaran ini perlawanan Piala Dunia di mana sebarang kejutan mampu terjadi dengan Sapawi Spain, Marco Asensio bermain sebagai false nine.

Dani Olmo boleh meletakkan Sepanyol di hadapan seawal minit kelima lagi namun hantaran Pedri yang disusuli voli dari Olma tersasar ke tiang jauh.

Selepas 11 minit permainan berlangsung Dani Olmo membuka tirai jaringan selepas hantaran demi hantaran bertiki taka.

Hantaran Gavi telah terbias dan tiba ke kawasan Dani Olmo yang tiada masalah untuk menewaskan Keylor Navas.

Sepuluh minit kemudian, Marco Asensio menggandakan kedudukan selepas menyempurnakan hantaran Jordi Alba, Navas gagal untuk melakukan tepisan terbaik dan menolak masuk bola ke penjuru gawang.

Sepanyol terus mempamerkan aksi yang cantik lagi menawan dan telah pun melakukan 250 hantaran hanya dalam tempoh 25 minit permainan.

Kesilapan Oscar Duarte yang bermati-mati untuk menyepak bola dalam keadaan tidak seimbang telah menyapu tumit Jordi Alba dalam cubaan merampas bola.

Soft penalti namun cukup syarat sah penalti untuk diraih Sepanyol dan gol ketiga dihasilkan oleh Ferran Torres dengan sepakan ala-ala Jorginho yang tidak ke Piala Dunia.

Mendahului 3-0 pada separuh pertama masih tidak cukup buat Sepanyol apabila menambah empat lagi gol di babak kedua.

Ferran Torres menjaringkan gol kedua peribadi dan gol keempat perlawanan sembilan minit selepas permainan kembali bersambung dan tiada tanda puas dari Spain.

Gavi menjaringkan gol penuh bersahaja lagi padu pada minit ke-74 selepas menyudahkan umpanan Alvaro Morata.

Gavi turun dalam perlawanan ini sebagai pemain termuda beraksi bersama Sepanyol di Piala Dunia dan kini menjadi penjaring termuda Sepanyol di Piala Dunia.

Carlos Soler menjaringkan gol keenam Spain dengan satu tolakan mudah. Alvaro Morata bermain satu dua bersama Olmo untuk menghasilkan gol ketujuh.

Sememangnya perlawanan ini dikuasai oleh Sepanyol sepenuhnya di mana Costa Rica gagal mencatatkan sebarang percubaan dalam perlawanan ini.

Buat pertama kalinya Sepanyol menjaringkan 7 gol dalam satu perlawanan Piala Dunia yang merupakan kemenangan terbesar pernah mereka catat sepanjang penyertaan dalam Piala Dunia.

Kesebelasan Utama Spain (4-1-2-3) Simon; Azpilicueta, Rodri, Laporte, Albi; Busquets; Gavi, Pedri; Torres, Asensio, Olmo.

Pemain Simpanan: Balde, Carvajal, Fati, Eric Garcia, Guillamon, Koke, Llorente, Morata, Pino, Raya, Sanchez, Sarabia, Soler, Torres, Williams.

Kesebelasan Utama Costa Rica (4-4-2) Navas; Martinez, Fuller, Duarte, Calvo, Oviedo; Campbell, Borges, Tejeda, Bennette; Contreras.

Pemain Simpanan: Alvarado, Chacon, Hernandez, Lopez, Matarrita, Ruiz, Salas, Sequeira, Torres, Vargas, Venegas, Waston, Wilson, Zamora.

Pengadil Perlawanan: Mohammed Abdulla (UAE)

Jerman 1-2 Jepun

Perlawanan di antara Jerman dan Jepun menjadi perlawanan pembuka tirai bagi kumpulan E yang turut dihuni Costa Rica dan satu lagi gergasi Eropah, Sepanyol.

Isu FIFA tidak membenarkan pasukan bertanding memakai lilitan pelangi menjadi isu kebangsaan di Jerman dan mendapat perhatian naib canselor Jerman Robert Habeck dan Menteri dalam negeri Jerman, Nancy Faeser.

Pendirian FIFA dalam isu lilitan pelangi yang dilarang bagi menghormati Qatar telah dianggap sebagai satu kesilapan besar dan telah menekan persatuan bola sepak Jerman (DFB).

Pasar Raya terbesar di Jerman, Rewe telah menamatkan kempen pengiklanan dengan DFB kerana isu yang sama.

Sementara itu Jepun yang menggalas harapan wakil dari benua Asia tenang sahaja tidak terganggu dengan isu kerana mereka sememangnya terkenal dengan adab dan sopan santun.

Jadi tiada masalah untuk Jepun menghormati pendirian Qatar selaku tuan rumah.

Sebagai tindak balas kepada larangan FIFA itu, pemain Jerman telah membuat bantahan dengan menutup mulut ketika sesi penggambaran pasukan sebelum perlawanan.

Jerman selaku pasukan pilihan tiada masalah untuk menguasai perlwanan usai sepak mula dengan terus memberik tekanan demi tekanan kepada Jepun.

Ilkay Gundogan kehilangan bola mudah dipotong Daichi Kamada dan Jepun terus melakukan satu serangan bola pantas, bola dihantar kepada Daizen Maeda.

Hanya berdepan Manuel Neuer dalam situasi satu lawan satu Daizen Maeda membuat satu tolakan mudah untuk meletakkan Jepun dihadapan.

Pengadil membatalkan jaringan Daizen Maeda yang jelas berada dalam kedudukan offside, memberi kelegaan kepada Gundogan yang kehilangan bola.

Jelas permainan menjadi milik Jerman yang menguasai 3/4 perlawanan di mana Jepun hanya mampu berkampung di kawasan sendiri.

Pada minit ke-16, Anthony Rudiger hampir meletakkan Jerman di hadapan namun sundulannya sedikit tersasar untuk sepakan gol.

Jerman datang lagi empat minit kemudian melalui satu rembatan padu Joshua Kimmich yang berjaya dinafikan penjaga gol Jepun, Shuichi Gonda.

Permainan terlalu bersahaja Jerman yang mungkin memandang rendah Jepun hampir terhukum lagi dengan serangan balas pantas hasil dari kehilangan bola mudah.

Percubaan bertali arus terus dilancarkan oleh Jerman tanpa belas.

Jerman akhirnya berjaya memecahkan kebuntuan melalui sepakan penalti yang telah disempurnakan oleh Ilkay Gundogan pada minit ke-33.

Penjaga gol Jepun, Shuichi Gonda, telah menjatuhkan David Raum dua kali berturut-turut, kali pertama kelihatan seperti David Raum bersimulasi namun yang kedua jelas ada sentuhan ketika bola sudah tiada.

Bertubi-tubi serangan Jerman untuk menggandakan kedudukan dan di penghujung perlawanan berjaya menjaringkan gol kedua.

Gol berpunca dari percubaan Josuha Kimmich yang berjaya diselamatkan Shuichi Gonda dan bola muntah disambar terus Kai Havertz.

Namun pengadil menghentikan perlawanan kerana VAR mencari kecurangan jaringan tersebut sebelum dibatalkan kerana offside.

Jerman meneruskan rentak garang mereka untuk baki 45 minit kedua bagi memastikan kemenangan selesa dan tiga mata pertama menjadi imbuhan dari perlawanan ini.

Jamal Musiala telah mempamerkan aksi solo memukau melepasi kepungan tiga pemain Jepun tetapi rembatannya jauh melangkaui palang.

Minit ke-60 Gundogan hampir menggandakan kedudukan dengan rembatan jauh yang dinafikan tiang walaupun semua sudah tertewas.

Jepun membalas dengan satu serangan balas pantas yang tidak menepati sasaran.

Jepun dilihat semakin bertaring dan cuba mahu mendapatkan mata mengasak Jerman tapi dinafikan sentuhan penyudah.

Jerman terus membalas secara brutal dengan empat percubaan berturut dalam satu serangan memaksa penjaga gol Jepun bekerja menghadang dan menepis.

Jepun tidak goyang membalas kembali tapi Neuer masih kebal dan berkelas dunia. Tindakan susulan pula ke gawang terbuka ke laut.

Pada minit ke-60, jelas Jepun menukar mode mereka kepada mode menyerang dan pada minit ke-75 Ritsu Doan berjaya menyamakan kedudukan.

Hanya empat minit diperlukan Ritsu Doan berada di padang untuk memberi impak. Semangat Samurai terus meningkat, Jerman terus ditekan.

Pada minit ke-83 seorang lagi pemain gantian yang masuk pada minit ke-57, Takuma Asano membawa perubahan untuk Jepun bangkit berada di depan.

Satu kebangkitan sensasi telah dicetuskan oleh Jepun dengan dua gol terhasil dalam tempoh 8 minit sahaja untuk meraih tiga mata berharga.

Kesebelasan Utama Germany: Neuer, Sule, Rudiger, Schlotterbeck, Raum, Kimmich, Gundogan, Gnabry, Muller, Musiala, Havertz.

Pemain Simpanan: Ginter, Kehrer, Goretzka, Fullkrug, Gotze, Trapp, Klostermann, Brandt, Hofmann, Sane, Gunter, ter Stegen, Adeyemi, Kotchap, Moukoko.

Kesebelasan Utama Japan: Gonda, Sakai, Itakura, Yoshida, Nagatomo, Tanaka, Endo, Junya Ito, Kamada, Kubo, Maeda.

Pemain Simpanan: Kawashima, Yamane, Taniguchi, Shibasaki, Doan, Mitoma, Minamino, Morita, Tomiyasu, Asano, Machino, Ueda, Schmidt, Soma, Hiroki Ito.

BACA:  Freindly Match: Sepanyol 0-0 Portugal