Piala Dunia 2022: Sepanyol 7-0 Costa Rica

Perlawanan pertama bagi kumpulan E setakat ini yang dihuni oleh Sepanyol, Costa Rica, Jerman dan Jepun boleh dinobatkan sebagai kumpulan yang paling menghiburkan di Piala Dunia 2022, Qatar.

Dalam perlawanan pembukaan melibatkan Jepun dan Jerman kejutan besar terjadi apabila Jepun bangkit untuk membenam gergasi Eropah yang menjadi pilihan untuk mara.

Sepanyol satu lagi pasukan pilihan turun menentang Costa Rica dan seakan belajar dari kesilapan Jerman seperti terlebih yakin dan akhirnya terciduk.

Pengurus Sepanyol, Luis Enrique Martinez Garcia nyata tidak memandang rendah lawan dan memanfaatkan semua peluang untuk mengutip tiga mata penting.

Rekod Piala Dunia telah dicatat Spain apabila menguasai 81.8 penguasaan bola dan menyempurnakan 976 hantaran dalam tempoh 90 minit.

Hasilnya Costa Rica telah dibelasah dengan jaringan tujuh gol tanpa balas oleh barisan pemain muda Sepanyol yang dahagakan kemenangan.

Seperti Jerman, Sepanyol memulakan perlawanan dengan permainan penuh meyakinkan menentang lawan yang ternyata lebih lemah yang pasti kemenangan amat dimahukan.

Gol awal dimahukan Sepanyol dalam perlawanan ini secepat yang mungkin dan membuatkan lawan berada dalam tekanan lantaran ini perlawanan Piala Dunia di mana sebarang kejutan mampu terjadi dengan Sapawi Spain, Marco Asensio bermain sebagai false nine.

Dani Olmo boleh meletakkan Sepanyol di hadapan seawal minit kelima lagi namun hantaran Pedri yang disusuli voli dari Olma tersasar ke tiang jauh.

Selepas 11 minit permainan berlangsung Dani Olmo membuka tirai jaringan selepas hantaran demi hantaran bertiki taka.

Hantaran Gavi telah terbias dan tiba ke kawasan Dani Olmo yang tiada masalah untuk menewaskan Keylor Navas.

Sepuluh minit kemudian, Marco Asensio menggandakan kedudukan selepas menyempurnakan hantaran Jordi Alba, Navas gagal untuk melakukan tepisan terbaik dan menolak masuk bola ke penjuru gawang.

Sepanyol terus mempamerkan aksi yang cantik lagi menawan dan telah pun melakukan 250 hantaran hanya dalam tempoh 25 minit permainan.

Kesilapan Oscar Duarte yang bermati-mati untuk menyepak bola dalam keadaan tidak seimbang telah menyapu tumit Jordi Alba dalam cubaan merampas bola.

Soft penalti namun cukup syarat sah penalti untuk diraih Sepanyol dan gol ketiga dihasilkan oleh Ferran Torres dengan sepakan ala-ala Jorginho yang tidak ke Piala Dunia.

Mendahului 3-0 pada separuh pertama masih tidak cukup buat Sepanyol apabila menambah empat lagi gol di babak kedua.

Ferran Torres menjaringkan gol kedua peribadi dan gol keempat perlawanan sembilan minit selepas permainan kembali bersambung dan tiada tanda puas dari Spain.

Gavi menjaringkan gol penuh bersahaja lagi padu pada minit ke-74 selepas menyudahkan umpanan Alvaro Morata.

Gavi turun dalam perlawanan ini sebagai pemain termuda beraksi bersama Sepanyol di Piala Dunia dan kini menjadi penjaring termuda Sepanyol di Piala Dunia.

Carlos Soler menjaringkan gol keenam Spain dengan satu tolakan mudah. Alvaro Morata bermain satu dua bersama Olmo untuk menghasilkan gol ketujuh.

Sememangnya perlawanan ini dikuasai oleh Sepanyol sepenuhnya di mana Costa Rica gagal mencatatkan sebarang percubaan dalam perlawanan ini.

Buat pertama kalinya Sepanyol menjaringkan 7 gol dalam satu perlawanan Piala Dunia yang merupakan kemenangan terbesar pernah mereka catat sepanjang penyertaan dalam Piala Dunia.

Kesebelasan Utama Spain (4-1-2-3) Simon; Azpilicueta, Rodri, Laporte, Albi; Busquets; Gavi, Pedri; Torres, Asensio, Olmo.

Pemain Simpanan: Balde, Carvajal, Fati, Eric Garcia, Guillamon, Koke, Llorente, Morata, Pino, Raya, Sanchez, Sarabia, Soler, Torres, Williams.

Kesebelasan Utama Costa Rica (4-4-2) Navas; Martinez, Fuller, Duarte, Calvo, Oviedo; Campbell, Borges, Tejeda, Bennette; Contreras.

Pemain Simpanan: Alvarado, Chacon, Hernandez, Lopez, Matarrita, Ruiz, Salas, Sequeira, Torres, Vargas, Venegas, Waston, Wilson, Zamora.

Pengadil Perlawanan: Mohammed Abdulla (UAE)

BACA:Β  David de Gea Tolak Pinangan Β£500,000 Seminggu Al Nassr