Penganjuran Piala Dunia 2030 akan diadakan di enam negara berbeza melangkaui tiga benua sempena meraikan ulangtahun ke-100 FIFA.
Sepanyol, Portugal dan Maghrini akan menjadi tuan rumah rasmi kejohanan tersebut, tetapi tiga perlawanan pertama akan diadakan di Uruguay, Argentina dan Paraguay untuk memberi penghormatan kepada benua Amerika Selatan di mana edisi pertama kejohanan berlangsung.
Perubahan radikal ini dilakukan selepas berbulan lamanya perbincangan secara rahsia diadakan di antara UEFA, CONMEBOL dan CAF, sebelum kertas cadangan dikemukakan kepada FIFA.
FIFA memberikan sokongan penuh terhadap cadangan tersebut untuk mengelakkan bidaan menjadi tuan rumah Piala Dunia 2030 memakan masa yang panjang, selain daripada kos tinggi yang akan dibelanjakan oleh negara pembida.
Cadangan penganjuran tersebut dijangka akan disahkan oleh FIFA di kongres badan bola sepak dunia itu yang seterusnya pada tahun ini.
🏆🌎 Morocco, Spain and Portugal are set to host the 2030 World Cup.
Uruguay, Argentina and Paraguay to play their first games at home to celebrate 100 years since the first edition.
It’s gonna be World Cup in three continents for the first time ever. pic.twitter.com/7TfnoRDcUw
— Fabrizio Romano (@FabrizioRomano) October 4, 2023
Penganjuran oleh enam negara itu juga bermaksud semua enam negara akan layak secara automatik untuk kejohanan yang akan menampilkan 48 pasukan itu.
Bagaimanapun slot dari benua Amerika Selatan akan dikurangkan daripada enam kebiasaan selain satu slot melalui play-off.
Sepanyol, Portugal dan Magribi menjadi pilihan utama penganjuran Piala Dunia 2030 sejak tiga negara itu mengemukakan bidaan secara bersama pada awal tahun ini.
Uruguay dan Argentina turut menyatakan minat sejak 2017, sempena meraikan kejohanan Piala Dunia 1930 yang merupakan edisi pertama penganjuran kejohanan tersebut di Uruguay.
Morocco, Portugal and Spain will host the 2030 World Cup, with Uruguay, Argentina and Paraguay hosting the first three games to mark the tournament’s 100-year anniversary 🏆
All six teams will automatically qualify and it will be the first tournament ever to be played across… pic.twitter.com/Y3uelecU3k
— B/R Football (@brfootball) October 4, 2023
Arab Saudi turut melakukan perbincangan dengan Greek dan Mesit pada tahun lalu untuk menjadi penganjur utama, namun negara Timur Tengah itu kini mengesahkan akan membida untuk edisi 2034 kejohanan.
Perlawanan pertama Piala Dunia 2030 akan berlangsung di Montevideo untuk menghormati legasi Uruguay bergelar juara dan penganjur utama kejohanan tersebut.
Perlawanan kedua akan diadakan di Argentina, dan yang ketiga akan diadakan di Paraguay – negara dimana CONMEBOL dilahirkan.
Baki 101 perlawanan lain akan diteruskan di Sepanyol, Portugal dan juga Maghribi selaku tuan rumah rasmi kejohanan.
Yang menjadikan kejohanan ini agak pelik ialah apabila acara pembukaan akan diadakan di Sepanyol, Portugal atau Maghribi walaupun perlawanan pertama akan diadakan di Uruguay yang terletak lebih 6,000 km merentas Lautan Atlantik.